Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nya.nyian] | ڽاڽين

Definisi : nyanyi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nya.nyian] | ڽاڽين

Definisi : gubahan atau ciptaan muzik yg dilagukan dgn suara; bunyi atau suara yg berirama dan berlagu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyanyi
Kata Terbitan : bernyanyi, menyanyi, menyanyikan, nyanyian, penyanyi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah perkataan 'silibel'dan 'silibal' wujud dalam bahasa melayu? jika ada, apakah maknanya? adakah ia bermaksud 'syllable' atau ia suatu istilah berkaitan not nyanyian?Dalam bidang muzik, tidak ada perkataan silibel atau silibal, yang ada silabik, iaitu cara nyanyian cinta yang melibatkan nyanyian satu pic dengan satu suku kata. Dalam bahasa Inggeris ialah syllabic.Penyemakan dan penterjemahan30.04.2014
a)Murid tahun empat dan tahun lima mempersembahkan nyanyian. b )Murid( T)ahun (E)mpat dan( T)ahun (L)ima mempersembahkan nyanyian. ADAKAH TAHUN EMPAT DAN TAHUN LIMA KENA HURUF BESAR?Ejaan yang betul ialah "Murid tahun empat dan tahun lima mempersembahkan nyanyian", tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali ada nama kelas seperti Tahun Empat Sejahtera.Ejaan22.07.2014
Antara dua ayat di bawah, yang manakah mendukung maksud jamak yang betul? (a) Seorang daripada peserta pertandingan nyanyian itu menarik diri. (b) Seorang daripada peserta-peserta pertandingan nyanyian itu menarik diri.Ayat yang betul ialah ayat (a) Seorang daripada peserta pertandingan nyanyian itu menarik diri. Hal ini kerana perkataan peserta itu sendiri sudah terkandung makna banyak, iaitu melibatkan lebih daripada seorang. Secara logiknya juga, dalam pertandingan mestilah disertai oleh ramai peserta. Oleh itu, perkataan peserta tidak perlu dijamakkan. Contoh lain, sebilangan daripada ahli, seramai lima orang pekerja segelintir pemohon dsb.Tatabahasa04.10.2006
pertandingan nyanyian atau pertandingan menyanyi?pertandingan nyanyian atau pertandingan menyanyi?
Pertandingan Menyanyi kerana perkataan "menyanyi" merupakan kata kerja tak transitif iaitu kata kerja yang tidak perlu diikuti objek.
Tatabahasa20.01.2014
Yang mana betul, 'Pertandingan Menyanyi atau Pertandingan Nyanyian.Kedua-duanya betul, iaitu Pertandingan Nyanyian dan Pertandingan Menyanyi.Tatabahasa27.02.2010
Yang manakah betul? Majlis sambutan Hari Kanak-kanak dimulakan dengan ( menyanyikan / nyanyian ) lagu Negaraku.Majlis sambutan Hari Kanak-kanak dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.Tatabahasa17.10.2011
Kami ialah sebuah kumpulan koir di Kedah dan kami ingin pergi ke Thailand untuk berjumpa dengan sebuah kumpulan koir di sana. Kami mempersembahkan nyanyian kami dan mereka mempersembahkan nyanyian mereka. Kedua-dua kumpulan koir saling belajar sesama sendiri. Saya rasa dalam bahasa English dipanggil "Music Exchange Concert". Dalam Bahasa Malaysia dipanggil apa? Terima kasihPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Konsert Pertukaran Muzik.Istilah03.08.2016
"Mohon bantuan. Saya keliru tentang ayat manakah yang betul. 1. Pertandingan nyanyian itu akan Mawi dan Diana sertai. 2. Cikgu Maziah menunjukkan panduan menulis karangan kepada saya. Mohon pencerahan.... :)Terdapat kesalahan tatabahasa dalam ayat pertama. Ayat yang betul ialah Pertandingan nyanyian itu akan disertai oleh Mawi dan Diana. Ayat kedua betul.Tatabahasa13.03.2013
Adakah perkataan sayembara itu hanya boleh digunakan untuk aktiviti sastera seperti puisi, sajak dsb. Selain daripada seperti sayembara sukan, nyanyian dsb adakah dibolehkan.Lazimnya sayembara dikaitkan dengan puisi dan sajak, manakala acara sukan dan nyanyian disebut pertandingan.Makna06.01.2014
1. Saya memimpin tangan / memimpin orang tua melintasi jalan. Perlukah kata kerja memimpin diikuti dengan tangan? kerana perkataan memimpin telah membawa maksud memegang tangan. 2. Sekolah saya mengadakan pertandingan menyanyi / pertandingan nyanyian? Apakah perbezaan antara kedua-dua frasa nama tersebut? 3. Saya menghidangkan makanan kepada / untuk ibu. Apakah perbezaannya ? kerana saya pernah terjumpa menghidangkan .... kepada dan menghidangkan ... untuk.

1. Ayat yang betul ialah saya memimpin tangan orang tua melintas jalan. Hal ini kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, memimpin mempunyai tiga takrifan, iaitu: 1. memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat (menunjukkan jalan dll), membimbing, menuntun: Malim Deman pun ~ tangan puteri lalu berjalanlah; 2. mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara, dll), mengepalai (rapat dsb): dia tidak pernah ~ apa-apa pergerakan; tentera yg dahulu dipimpin oleh Jeneral Suharto telah siap sedia utk menghadapi kemungkinan perlawanan drpd anasir-anasir prokomunis; 3. melatih (mendidik, mengasuh, dll) supaya boleh bekerja (berfikir) sendiri; pelajar-pelajar ini dipimpin oleh guru-guru yg terlatih.

2. Frasa yang betul ialah Sekolah saya mengadakan pertandingan nyanyian kerana nyanyian ialah kata nama, sedangkan menyanyi ialah kata kerja. Penamaan sesuatu perkara hendaklah dalam kata nama.

3. Syat yang lebih tepat ialah saya menghidangkan makanan kepada ibu kerana penggunaan kata sendi nama kepada dalam ayat tersebut menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Ayat tersebut boleh juga diolah sebegini: Saya menghidangi ibu makanan.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 272 untuk keterangan lanjut.  

Tatabahasa07.02.2010
1234

Kembali ke atas