Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nya.ta] | ڽات

Definisi : 1. jelas dan terang (pd pendengaran, pelihatan): dr jauh tampak ~ lembaga itu; 2. nampak dgn terang, ketara: makin aku perhatikan orang itu, makin ~ tujuannya; 3. benar-benar ada, maujud, wujud: alam yg ~; menyatakan 1. menjadikan nyata, me­ne­rangkan, menjelaskan: di dlm buku ini ada dinyatakan dgn ringkas perihal mengubat penyakit yg biasa terjadi; 2. menampakkan, menunjukkan: Ya Tuhanku, hendaklah engkau ~ kebesaran-Mu akan hamba-Mu; 3. mem­beritahu, melaporkan, memaklumkan: Ismail berjumpa dgn pegawai tingginya utk ~ ke­tibaannya; berkali-kali ia ~ keinginannya hendak bertukar kerja; ternyata 1. sudah nyata (nampak dgn terang), terbukti, ketahuan, ketara: bakal jodoh yg dipilihnya ~ sudah ada yg punya; ke­sa­lahannya sudah ~; 2. sudah tersebut (tertulis, tercatat, dll), tersiar; kenyataan 1. perihal nyata, kejelasan, keterangan: segala ~ telah menghilangkan segala sangkaan; 2. keadaan atau hal yg nyata, hakikat, kebenaran: akhirnya aku terpaksa menerima ~ itu juga; 3. sesuatu yg dinyatakan (diberitahukan, diumumkan, dll), penjelasan, pengumuman: Perdana Menteri membuat satu ~ penting melalui radio malam ini; papan ~; 4. sudah nyata, terbukti, ternyata; pernyataan 1. kata-kata dsb yg menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman: satu kajian tentang bahan-bahan galian arkeologi dan juga ~ ke­percayaan dan pengetahuan tentang ber­cucuk tanam; 2. kenyataan rasmi yg di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media: ~ bersama; penyataan perbuatan menyatakan (me­la­hirkan dll): kesusasteraan bukanlah lahir drpd kekosongan, tetapi adalah ~ drpd pergolakan dan perkembangan masyarakat; penyata sesuatu yg dinyatakan secara rasmi, permakluman rasmi, keterangan bertulis tentang sesuatu: setelah mengetahui untung rugi perniagaan dlm sesuatu masa itu, maka perlulah disiapkan pula satu ~; ~ kira-kira penyata (keterangan) yg menjelaskan ke­dudukan kira-kira; ~ tahunan laporan ta­hunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nya.ta] | ڽات

Definisi : 1 jelas atau terang (pd penglihatan, pendengaran): Sebutannya kurang ~. 2 tampak dgn terang; ketara: Niat jahat­nya sudah ~ sekarang. 3 benar-benar ada; maujud; lw abstrak: alam yg ~. menyatakan 1 menjadikan nyata; menerangkan; menjelaskan: Dia telah ~ pendapatnya ttg perkara itu. 2 menunjukkan sesuatu sbg bukti; menandakan; membuktikan: Boleh­kah saudara mengadakan bukti utk ~ tuduhan saudara? 3 memberitahukan; memaklumkan; mengatakan: Beliau telah ~ bahawa undang-undang itu hanya utk sementara waktu saja. ternyata 1 sudah terang; sudah jelas; ketahuan: Kebolehannya ~. 2 sudah disebut, ditulis, disiarkan dsb. kenyataan 1 yg dinyatakan sbg peringatan atau sbg pengumuman; notis. 2 keadaan atau hal nyata; keterangan; kejelasan: ~nya telah menghilangkan segala syak wasangka. 3 sesuatu yg nyata; sesuatu (peristiwa dsb) yg benar-benar ber­laku. pernyataan sesuatu yg dinyata­kan. penyataan perbuatan atau hal menyatakan; pemberitahuan; pe­mak­luman. penyata yg dinyatakan secara rasmi; makluman rasmi: ~ tahunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,

Puisi
 

Kain putih satu hasta,
     Dikoyak-koyak tinggal sejengkal;
Pandanglah saya nyata-nyata,
     Balik ke kampung jangan menyesal.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bergelanggang di mata orang banyak.

Bermaksud :

Terang atau nyata sekali.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
decidedadj 1. clear, definite, nyata, jelas: a ~ difference, perbezaan yg nyata; a ~ step forward, kemajuan yg nyata; be ~d about (the course of action to take etc) sudah pasti ttg (tindakan yg akan diambil dsb); 2. firm, tegas: he holds ~ opinions, dia mempunyai pendapat-pendapat yg tegas; in a ~ voice, dgn suara yg tegas; a ~ refusal, penolakan yg tegas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
apparentadj 1. obvious, nyata, jelas, ketara, terang: it is ~ that war is imminent, sudah nyata or nyatalah bahawa peperangan hampir akan berlaku; symptoms that should have been ~ to any doctor, gejala yg seharusnya telah nyata kpd doktor mana pun; 2. seemingly real, /nampaknya, tampaknya, kelihatan/ spt: we were deceived by his ~ indifference, kami terpedaya oleh sikapnya yg kelihatan spt acuh tak acuh; 3. (phys) ketara: ~ equilibrium, keseimbangan ketara; ~ loss,kehilangan ketara; ~ weight, berat ketara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tangibleadj ketara, nyata: the ~ world around us, dunia yg nyata di sekeliling kita; he has some ~ grounds for complaint, dia mempunyai alasan-alasan yg ketara utk membuat aduan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
evidentlyadv jelas, nyata: he is ~ engrossed in his work, dia nyata asyik dgn kerjanya; they were ~ ignorant of the situation, jelas mereka jahil ttg situasi itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glaringlyadv /amat, begitu/ nyata: it is ~ obvious that they hate one another, memang begitu nyata mereka membenci antara satu sama lain.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
transparent3. obvious, nyata, ketara, jelas: a man of ~ honesty, orang yg kejujurannya nyata; a ~ lie, bohong yg ketara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sensible3. perceptible, appreciable, nyata: a ~ fall in temperature, penurunan suhu yg nyata; 4. (old-fashioned & fml) aware, sedar: those who were ~ of the gravity of the situation took precautions, mereka yg sedar akan keseriusan keadaan ini telah mengambil langkah berjaga-jaga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
manifestadj (fml) clear, jelas, nyata: a ~ truth, kebenaran yg nyata;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unvarnished2. without additional description, plain, nyata: she told the ~ truth, dia memberitahukan kebenaran yg nyata.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
decidedlyadv 1. clearly, definitely, nyata sekali: he is ~ better this morning, dia nyata sekali bertambah baik pagi ini; 2. firmly, dgn tegas: he answered ~, dia menjawab dgn tegas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas