Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nya.ta] | ڽات

Definisi : 1. jelas dan terang (pd pendengaran, pelihatan): dr jauh tampak ~ lembaga itu; 2. nampak dgn terang, ketara: makin aku perhatikan orang itu, makin ~ tujuannya; 3. benar-benar ada, maujud, wujud: alam yg ~; menyatakan 1. menjadikan nyata, me­ne­rangkan, menjelaskan: di dlm buku ini ada dinyatakan dgn ringkas perihal mengubat penyakit yg biasa terjadi; 2. menampakkan, menunjukkan: Ya Tuhanku, hendaklah engkau ~ kebesaran-Mu akan hamba-Mu; 3. mem­beritahu, melaporkan, memaklumkan: Ismail berjumpa dgn pegawai tingginya utk ~ ke­tibaannya; berkali-kali ia ~ keinginannya hendak bertukar kerja; ternyata 1. sudah nyata (nampak dgn terang), terbukti, ketahuan, ketara: bakal jodoh yg dipilihnya ~ sudah ada yg punya; ke­sa­lahannya sudah ~; 2. sudah tersebut (tertulis, tercatat, dll), tersiar; kenyataan 1. perihal nyata, kejelasan, keterangan: segala ~ telah menghilangkan segala sangkaan; 2. keadaan atau hal yg nyata, hakikat, kebenaran: akhirnya aku terpaksa menerima ~ itu juga; 3. sesuatu yg dinyatakan (diberitahukan, diumumkan, dll), penjelasan, pengumuman: Perdana Menteri membuat satu ~ penting melalui radio malam ini; papan ~; 4. sudah nyata, terbukti, ternyata; pernyataan 1. kata-kata dsb yg menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman: satu kajian tentang bahan-bahan galian arkeologi dan juga ~ ke­percayaan dan pengetahuan tentang ber­cucuk tanam; 2. kenyataan rasmi yg di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media: ~ bersama; penyataan perbuatan menyatakan (me­la­hirkan dll): kesusasteraan bukanlah lahir drpd kekosongan, tetapi adalah ~ drpd pergolakan dan perkembangan masyarakat; penyata sesuatu yg dinyatakan secara rasmi, permakluman rasmi, keterangan bertulis tentang sesuatu: setelah mengetahui untung rugi perniagaan dlm sesuatu masa itu, maka perlulah disiapkan pula satu ~; ~ kira-kira penyata (keterangan) yg menjelaskan ke­dudukan kira-kira; ~ tahunan laporan ta­hunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nya.ta] | ڽات

Definisi : 1 jelas atau terang (pd penglihatan, pendengaran): Sebutannya kurang ~. 2 tampak dgn terang; ketara: Niat jahat­nya sudah ~ sekarang. 3 benar-benar ada; maujud; lw abstrak: alam yg ~. menyatakan 1 menjadikan nyata; menerangkan; menjelaskan: Dia telah ~ pendapatnya ttg perkara itu. 2 menunjukkan sesuatu sbg bukti; menandakan; membuktikan: Boleh­kah saudara mengadakan bukti utk ~ tuduhan saudara? 3 memberitahukan; memaklumkan; mengatakan: Beliau telah ~ bahawa undang-undang itu hanya utk sementara waktu saja. ternyata 1 sudah terang; sudah jelas; ketahuan: Kebolehannya ~. 2 sudah disebut, ditulis, disiarkan dsb. kenyataan 1 yg dinyatakan sbg peringatan atau sbg pengumuman; notis. 2 keadaan atau hal nyata; keterangan; kejelasan: ~nya telah menghilangkan segala syak wasangka. 3 sesuatu yg nyata; sesuatu (peristiwa dsb) yg benar-benar ber­laku. pernyataan sesuatu yg dinyata­kan. penyataan perbuatan atau hal menyatakan; pemberitahuan; pe­mak­luman. penyata yg dinyatakan secara rasmi; makluman rasmi: ~ tahunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,

Puisi
 

Kain putih satu hasta,
     Dikoyak-koyak tinggal sejengkal;
Pandanglah saya nyata-nyata,
     Balik ke kampung jangan menyesal.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bergelanggang di mata orang banyak.

Bermaksud :

Terang atau nyata sekali.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
realtime computing (RTC)pengkomputeran masa nyataTeknologi MaklumatPerisianPengkomputeran yang melibatkan sistem perkakasan dan perisian yang tertakluk kepada kekangan masa nyata, iaitu jangka masa operasi yang ditetapkan bagi tindak balas sistem. Keperluan pengkomputeran masa nyata adalah merujuk kepada aspek sistem pengendalian masa nyata dan bahasa pengaturcaraan sinkroni. Hal ini bertujuan supaya rangka kerja dalam pembinaan perisian aplikasi masa nyata dapat disediakan. Contoh pengkomputeran masa nyata ialah sistem bursa saham, sistem kawalan trafik udara dan sistem pengawasan dan pemantauan masa nyata.
real time softwareperisian masa nyataTeknologi MaklumatPerisianPerisian yang tertakluk pada kekangan masa nyata seperti operasi batas waktu daripada berlakunya sesuatu kejadian hingga kepada tindak balas sistem. Perisian ini boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu perisian masa nyata tegar dan perisian masa nyata fleksibel. Bagi perisian masa nyata tegar, kegagalan sistem memberi tindak balas sebelum batas waktu yang ditetapkan akan mengakibatkan kegagalan sistem tersebut. Contohnya, sistem antipeluru berpandu. Bagi perisian masa nyata fleksibel, kegagalan sistem memberi tindak balas sebelum batas waktu yang ditetapkan akan menghasilkan perkhidmatan yang kurang berkualiti. Contohnya, sistem penstriman video.
fraudulent misrepresentationsalah nyata tipuan; salah nyata fraudPentadbiran PerniagaanTiadaKenyataan yang sengaja dipalsukan bertujuan supaya orang lain bertindak ke atas kenyataan tersebut yang boleh merugikan mereka atau kenyataan yang dibuat secara lalai atau cuai tanpa mengambil kira sama ada kenyataan itu benar atau palsu.
fraudulent misrepresentationsalah nyata tipuan; salah nyata fraudEkonomiTiadaTiada
material misrepresentationsalah nyata matan/ salah nyata materialEkonomiTiadaTiada
real-time outputoutput masa nyataTeknologi MaklumatTiadaOutput yang dihasilkan daripada sistem masa nyata. Contohnya siren amaran yang akan diaktifkan apabila Tsunami dikesan oleh sistem penggera Tsunami. Lihat output, sistem masa nyata.
real-time outputoutput masa nyataTeknologi MaklumatTiadaOutput yang dihasilkan daripada sistem masa nyata. Contohnya siren amaran yang akan diaktifkan apabila Tsunami dikesan oleh sistem penggera Tsunami. Lihat output, sistem masa nyata.
real-time compressionpemampatan masa nyataTeknologi MaklumatTiadaProses pemampatan dan penyahmampatan data pantas iaitu tidak ada sela masa yang nyata/ketara untuk pemampatan ketika fail sedang dibuka atau dihantar. Misalnya komputer menggunakan skema pemampatan masa nyata seperti MPEG untuk menghantar isyarat video digital yang bersaiz besar menerusi Internet.
real-time compressionpemampatan masa nyataTeknologi MaklumatTiadaProses pemampatan dan penyahmampatan data pantas iaitu tidak ada sela masa yang nyata/ketara untuk pemampatan ketika fail sedang dibuka atau dihantar. Misalnya komputer menggunakan skema pemampatan masa nyata seperti MPEG untuk menghantar isyarat video digital yang bersaiz besar menerusi Internet.
real-time systemSistem Masa NyataTeknologi MaklumatTiadaSebarang sistem yang memberi respons kepada isyarat input serta merta atau pantas supaya sistem dapat beroperasi dalam masa yang ditentukan. Pemasaan tindak balas (output) yang menyusul input sistem masa nyata adalah sangat kecil dan boleh diterima. Respons sistem masa nyata lazimnya dalam beberapa milisaat. Contohnya program ICQ yang membolehkan pengguna bersembang pada masa nyata dan sistem kawalan trafik udara.
12345678910...

Kembali ke atas