Mangsa kemalangan ngeri itu tinggal nyawa-nyawa ikan selepas______lori. a. Digolek b. Digilis c. Diguling d. Digiling apakah jawapan? Apakah maksud "digilis"? | Jawapan yang betul ialah "digilis lori". | Tatabahasa | 03.05.2014 |
1. Kejadian gempa bumi di Turki itu telah "mengorbankan banyak nyawa". 2. Kejadian gempa bumi di Turki itu telah "banyak mengorbankan nyawa". Ayatyang menggunakan "mengorbankan banyak nyawa/ banyak mengorbankan nyawa" betul? | Ayat yang betul ialah 'Kejadian gempa bumi di Turki telah mengorbankan banyak nyawa'. Banyak ialah kata bilangan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa nama tersebut. | Tatabahasa | 08.02.2011 |
Apakah Maksud dan definisi perkataan "Nyawa" dalam kamus? | Nyawa bermaksud roh yg ada dlm tubuh manusia, haiwan dll ketika hidup. Untuk maklumat lanjut layari nyawa">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=nyawa. | Tatabahasa | 02.03.2012 |
berikan definisi lengkap insurans | Kamus Dewan mendefinisikan Insurans ialah perjanjian tanggungan yg dibuat oleh sesebuah syarikat utk mengganti kerugian dan bayaran premium tertentu; spt insurans kebakaran insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya berlaku kebakaran (pd rumah dll); insurans nyawa insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya orang yg berkenaan meninggal dunia; nyawa nyawa bekal umur insurans yg menjamin bayaran sekiranya orang yg berkenaan mencapai umur yg tertentu atau meninggal dunia | Makna | 24.08.2007 |
Selamat Petang! Frasa bawah tulis di billboard, sila tolong membetulnya, terima kasih. 1) Akibat yang memandu di dalam mabuk 2) Keselamatan nyawa atau Keselamat nyawa Terima Kasih! | Ayat yang betul ialah: 1) Akibat memandu semasa mabuk; dan 2) Keselamatan nyawa. | Tatabahasa | 17.08.2011 |
Selamat sejahtera. Boleh Tuan/Puan bantu tukarkan ayat di bawah ini kepada ayat klasik? Terima kasih. Hutang nyawa, harus dibayar dengan nyawa. Beta akan pastikan Gapura Ilmu menjadi padang jarak padang tekukur. Bersiap sedia untuk menggembleng tenaga melawan angkatan tentera beta yang gagah perkasa. Jikalau Gapura Ilmi punya muallim, Jentayu Emas punya lebih dari itu. Jikalau Gapura Ilmi mempunyai kota yang menempatkan sebuah markas tentera, Jentayu Emas tidak hairan akan itu. Hantarlah selautan tentera sekalipun, tentera beta tidak akan dapat ditewaskan. Sultan negara tuan hamba saja sudah mangkat dibunuh beta, bahkan putera mahkotanya jua. Adapun jika tuan hamba tidak mampu menggalas tanggungjawab sebagai panglima, letak saja jawatan itu. Tak usah memalukan nama negara tuan hamba yang kononnya gah di mata dunia itu. | Untuk makluman tuan, DBP tidak melaksanakan fungsi terjemahan dalam bahasa asing termasuklah bahasa klasik. Walau bagaimanapun, tuan boleh merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) yang telah merakamkan entri bahasa klasik dengan label kependekan kl seperti arakian yang bermaksud sesudah dan selepas itu dan syahadan yang digunakan pada permulaan cerita yang membawa maksud selanjutnya. Tuan juga boleh merujuk buku-buku terbitan DBP seperti Siri Warisan Sastera Klasik: Hikayat Ular Nangkawang, Hikayat Asal Mulanya Wayang, Hikayat Malim Deman dan lain-lain untuk rujukan bentuk penulisan bahasa klasik yang bersesuaian. | Sastera | 24.12.2023 |
Alaykumussalam, Mohon pencerahan mana satu yang betul penggunaannya: A. Pada saya nyawa saudara lebih penting. B. Bagi saya nyawa saudara lebih penting. | Ungkapan yang lebih tepat ialah "pada saya nyawa saudara lebih penting. | Tatabahasa | 27.03.2015 |
penjodoh bilangan untuk nyawa | tiada penjodoh bilangan untuk nyawa | Tatabahasa | 25.09.2014 |
Kata ganti diri yang mana paling tepat?: 1. . Perbualan antara Tengku Nong dan pemuda kampung a) "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua selamat, lebih baik jangan ingkar.Ada sesiapa yang mahu menentang hamba?" tanya Tengku Nong semakin angkuh. b) "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua selamat, lebih baik jangan ingkar.Ada sesiapa yang mahu menentang patik?" tanya Tengku Nong semakin angkuh. c) "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua selamat, lebih baik jangan ingkar.Ada sesiapa yang mahu menentang beta?" tanya Tengku Nong semakin angkuh. | 1. "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua semua selamat, lebih baik jangan ingkar. Ada sesiapa yang mahu menentang beta?" tanya Tengku Nong semakin angkuh. | Tatabahasa | 23.04.2013 |
Kita acap kali tersentak oleh kemalangan jalan raya yang meragut nyawa. Adakah perkataan 'tersentak' sesuai digunakan dalam ayat ini? | Perkataan “tersentak” sesuai digunakan. Ayat yang lebih tepat ialah “Kita acap kali tersentak dengan berita kemalangan jalan raya yang meragut nyawa”. | Tatabahasa | 14.01.2022 |