Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nye.nya/] | ڽڽق

Definisi : tidak sedar apa-apa (ketika tidur), lena, lelap, nyedar: setelah itu ia pun tidur dgn ~nya; menyenyakkan menjadikan (seseorang) nyenyak: dia tertidur semula dinyenyakkan oleh dendang renyaian gerimis; kenyenyakan perihal (sifat atau keadaan) nyenyak, kelenaan: lampin yg direka dgn sempurna dpt memastikan keselesaan dan ~ tidur seseorang bayi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nye.nya/] | ڽڽق

Definisi : tidak sedar akan apa-apa (ketika tidur); lena; lelap; nyedar: Ia pun tidur dgn ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyenyak
Bersinonim dengan lena, lelap, nyedar.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, yang manakah betul antara 'tidur nyenyak' ataupun 'nyenyak tidur'. Ayatnya berbunyi begini, "Ketika itu, Encik Raj sekeluarga sedang nyenyak tidur." Sekian, terima kasih.Perkataan "nyenyak tidur" betul dan bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa18.12.2013
'Bagaimanakah anda dapat/boleh tidur nyenyak?' Dalam ayat di atas, 'dapat' atau 'boleh' harus saya gunakan? Terima kasih.Perkataan 'dapat' digunakan dalam konteks yang menunjukkan keupayaan atau kemampuan, manakala perkataan 'boleh' digunakan dalam konteks yang menunjukkan keizinan atau  kebenaran. Dalam contoh ayat yang diberi penggunaan yang betul ialah dapat -  'Bagaimanakah anda dapat tidur nyenyak?'Tatabahasa22.06.2010
Apakah kesalahan yang terdapat di dalam ayat di bawah? 1) Keretayang Salmah beli itu mahal harganya. 2) Ikan goreng yang diletakkan di atas meja telah kucing makan. 3) Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dia hadapi. 4) Semua makumat yang diberikan oleh pihak polis adalah rumit. 5) Pengemis itu sungguh nyenyak berseimutkan embun. 6) Mereka berbincang tentang barangan yang perlu mereka bawa ke kem itu.1) Kereta yang Salmah beli itu mahal harganya.

2) Ikan goreng yang diletakkan di atas meja telah dimakan oleh kucing.

3) Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dihadapi.

4) Semua maklumat yang diberikan oleh pihak polis adalah rumit.

5) Pengemis itu tidur dengan nyenyak berselimutkan embun.

6) Mereka berbincang tentang barangan yang perlu dibawa ke kem itu.
Tatabahasa21.08.2013
Salam, dalam Bahasa Melayu, terdapatkah perbedaan halus atau secara semantik untuk kata-kata "apabila," "ketika," dan "tatkala"? Terima kasih.Kata apabila, ketika dan tatkala ialah kata keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa keterangan dengan klausa utama. Penggunaannya berdasarkan konteks ayat - Apabila senja tiba, kelawar berterbangan keluar mencari makananPencuri memasuki rumah itu ketika penghuninya sedang nyenyak tidur dan Tatkala hujan turun, mereka masih di sawah. Dari aspek makna, kata keterangan apabila dan tatkala boleh bertukar ganti penggunaannya. Untuk melihat makna ketiga-tiga kata ini, sila rujuk PRPM. Tatabahasa12.08.2022
Apakah perbezaan sunyi dan senyap ? Kedua-dua ialah sinonim atau bukan ? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, senyap bermaksud 1. = ~ sunyi = sunyi ~ sunyi sekali, tidak bising sedikit pun, sepi; 2. tidak kedengaran apa-apa, tidak ada sesiapa yg bercakap (berkata-kata): ketika itu ~, tiada siapa yg berani bercakap; 3. tidak berkata-kata, tidak mengatakan apa pun, tidak ber-suara, diam; 4. nyenyak (tidur), lena; 5. tidak sibuk (perniagaan), lengang; 6. tidak diper-katakan lagi (sesuatu perkara): akhirnya perkara itu ~ dgn sendiri. Sunyi pula bermaksud 1. tidak kedengaran sebarang bunyi (suara), hening, senyap: suasana menjadi ~, masing-masing membisu; ~ senyap sangat sunyi; 2. tidak berorang, kosong, lengang, sepi: dr jauh dilihatnya rumah itu ~ sepi; negeri itu ~; pasar sudah mulai ~; 3. bebas drpd, jauh (dr), lepas drpd: manusia di dlm dunia ini tidak ~ drpd tamak dan haloba; bahasa Melayu telah diajarkan dan dipelajari dgn lebih ghairah walaupun tidak ~ drpd masalah; tiada ~nya = tiada ~-~nya tiada putus-putus, selalu, sentiasa. Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan ini adalah sama maknanya.Istilah11.11.2010

Kembali ke atas