Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nye.ri] | ڽري

Definisi : sakit spt ditusuk-tusuk jarum dsb pd mana-mana bahagian tubuh, terutamanya apabila disentuh, ditekan dsb: bola mata terasa sakit dan ~ apabila ditekan; kenyerian rasa nyeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nyeri


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nyerisakit spt ditusuk-tusuk jarum dsb pd mana-mana bahagian tubuh, terutamanya apabila disentuh, ditekan dsb: bola mata terasa sakit dan ~ apabila ditekan; kenyerian rasa nyeri.Kamus Dewan Edisi Keempat
kenyerianrasa nyeri.Kamus Dewan Edisi Keempat
remaiberasa sakit (nyeri) di tulang: tulang tangannya ~-~ sahaja.Kamus Dewan Edisi Keempat
merentikberasa sakit (bahagian tubuh), nyeri.Kamus Dewan Edisi Keempat
penyeriseseorang atau sesuatu yg me­nyeri-kan: anak-anak itulah yg menjadi ~ rumah tangga mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
rentikJw; merentik berasa sakit (bahagian tubuh), nyeri.Kamus Dewan Edisi Keempat
indolen(Ubat) menyebabkan rasa sakit atau rasa nyeri dan membesar secara perlahan-lahan (bkn tumor, ulser dsb): tumor ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
osteomalasia(ostéomalasia) (Ubat) keadaan tulang menjadi lembut akibat gangguan proses pembentukan mineral, yg mengakibatkan rasa sakit, nyeri, lemah otot, kekurangan berat badan, dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
seri I1. cahaya semarak: nila gunanya utk menghilangkan warna perang pd kain putih dan menambah ~ pd warna biru; 2. ke-muliaan, keindahan, kemegahan: Rafeah itu ~ segala perempuan di situ; ~ balai sl balai penghadapan (tempat raja dihadapi rakyat); ~ gadus sj kuih pipih dan bulat yg diperbuat drpd tepung gandum; ~ gunung kelihatan cantik (elok, bagus); ~ kaya sj makanan (drpd telur, gula, santan, dan tepung) yg biasanya dimakan dgn roti; ~ muka a) air (cahaya) muka; b) = berseri muka kelihatan bercahaya mukanya (kerana kegirang-an dll); c) sj penganan drpd pulut berlapis dgn seri kaya; ~ panggung orang bintang bangsa-wan (sandiwara dll); berseri 1. bercahaya, bersemarak; 2. kelihatan cantik, berupa mulia (megah dll): maka negeri Melaka pun tiada ~ lagi; 3. = berseri-seri kelihatan bercahaya mukanya dll (kerana kegirangan, keriangan, dll): dgn wajah yg ~-seri, dibukalah surat itu dan dibacanya; menyerikan menjadikan berseri, menyinar­kan, menyemarakkan (majlis dll): majlis itu diserikan dgn pencak silat; pohon rendang yg sedang diserikan oleh bunga yg memerah cerah; keserian keadaan yg (ber)seri: ~ pakaian baginda terserlah dgn selendang kuning yg dipakainya; penyeri seseorang atau sesuatu yg me­nyeri-kan: anak-anak itulah yg menjadi ~ rumah tangga mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas