Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nye.ri] | ڽري

Definisi : sakit spt ditusuk-tusuk jarum dsb pd mana-mana bahagian tubuh, terutamanya apabila disentuh, ditekan dsb: bola mata terasa sakit dan ~ apabila ditekan; kenyerian rasa nyeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nyeri


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chronic pain managementpengurusan nyeri kronikPerubatanTiadaRawatan dan penjagaan nyeri kronik secara berperingkat dan sistematik oleh pasukan pengurusan nyeri kepada pesakit kanser dan saraf kronik. Rawatan ini mengambil masa yang lama atau berterusan sepanjang hayat.
pain managementpengendalian nyeriPerubatanTiadaBidang perubatan yang merangkumi rawatan pesakit yang mempunyai masalah nyeri seperti selepas kecederaan, selepas pembedahan atau pengidap kanser. Pengendalian nyeri biasanya dijalankan oleh pakar anestesiologi atau pakar perubatan yang terlatih. Kaedah yang digunakan termasuklah penggunaan ubat dan rawatan fizikal.
cancer pain managementpengurusan nyeri kanserPerubatanTiadaPengurusan pesakit yang mengalami nyeri akibat kanser seperti kanser payudara, hati dan tulang. Pengamal perubatan akan memberikan ubat penahan sakit sama ada secara oral, suntikan intramuskular, suntikan intravena, infusi atau melakukan sekatan saraf pusat dan periferi berserta pemberian psikoterapi untuk mengurangkan nyeri tersebut.
chronic pain syndromesindrom nyeri kronikPerubatanTiadaKeadaan nyeri yang berlarutan atau berpanjangan dengan kesan psikologi. Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan penyakit barah dan saraf kronik seperti barah pankreas, limpa, hati, tulang dan gaster.
pain clinicklinik nyeriPerubatanTiadaKlinik yang menguruskan penjagaan pesakit yang mengalami nyeri kronik.
algesiaalgesiaPerubatanTiadaRasa nyeri atau sensitif yang melampau terhadap nyeri.
angina pectorisangina pektorisPerubatanTiadaNyeri di bahagian dada disertai dengan kesukaran bernafas akibat iskemia jantung. Nyeri ini biasanya merebak ke bahagian bahu dan lengan kiri.
persistent somatoform pain disordergangguan nyeri somatoform berterusanPerubatanPsikiatriPenyakit atau gangguan psikiatri yang dihidapi oleh seseorang apabila mengalami sakit atau nyeri yang berterusan tanpa sebarang masalah fizikal.
narcotic analgesicanalgesik narkotikPerubatanTiadaKumpulan ubat penahan nyeri yang terhasil secara semula jadi atau sintetik dan memberi kesan seperti morfin. Ia bertindak dengan bergabung pada reseptor opiat dalam sistem saraf. Kegunaan utama ialah untuk menahan nyeri yang kuat seperti dalam pembedahan, kecederaan atau penyakit kanser. Penggunaan yang berpanjangan menyebabkan ketagihan. Dos yang berlebihan boleh menyebabkan depresi pernafasan dan kematian. Contohnya Morphine dan Pethidine. Sinonim analgesik opioid.
tendernessnyeriPerubatanTiadaRasa sakit pada bahagian tubuh apabila disentuh.
123456

Kembali ke atas