Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nyo.nya] | ڽوڽا

Definisi : 1. panggilan kpd perempuan Cina yg sudah bersuami; 2. perempuan Cina drpd golongan Baba; 3. id panggilan kpd pe­rempuan yg sudah bersuami; ~ rumah pe­rempuan tuan rumah, perempuan yg em­punya (memiliki) rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nyo.nya] | ڽوڽا

Definisi : 1 panggilan yg biasanya utk perempuan Cina yg sudah bersuami. 2 perempuan Cina dr golongan Baba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nyonya

Puisi
 

Ayam biring kuning kakinya,
     Anak nyonya membeli kain;
Abang tinggal sumbing hatinya,
     Sama-sama mencari lain.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
common asystasia (Asystasia coromandeliana)rumput nyonya (Asystasia coromandeliana)VeterinarTiadaTiada
dondang sayangdondang sayangMuzikTiada

 Nyanyian hiburan kaum Melayu dan kaum Baba Nyonya di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Penyanyi akan menjual beli pantun sambil sindir-menyindir. Pantun biasanya diucapkan secara spontan dan biasanya bertemakan kasih sayang, budi pekerti, buah-buahan, jenaka dan nasihat. Penyanyi dondang sayang diiringi ensembel biola, akordion, rebana dan gong yang didendangkan dalam rentak asli. Dondang sayang bermaksud berdendang sayang, iaitu menyanyi untuk menunjukkan sifat kasih.

dentatedentatHerbaBotani dan BioteknologiBentuk tepi daun yang bergerigi kasar, tajam dan mengarah keluar dari lai daun. Contohnya, pegaga nyonya (Centella asiatica).
acculturationakulturasiMuzikTiada

Proses penyerapan dan penyesuaian budaya yang berlaku apabila dua kebudayaan yang berbeza bertembung. Proses ini akan melahirkan kebudayaan yang baru seperti kebudaya­an Baba dan Nyonya hasil percantuman ciri Melayu dan Cina.


Kembali ke atas