Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil orang: Tipah, ~ Tipah!; ~ ya! sr kata utk menyatakan teringat akan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata o II


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Untuk tulisan jawi, ejaan perkataan yang mengandungi kata ganda, digunakan dash atau hyphen? Apakah alasannya? Terima kasih.

Kata Ganda<o:p>o:p>

Kata ganda penuh ditulis dengan menggunakan tanda angka dua Hindi (٢). Penulisan kata ganda penuh seperti contoh yang berikut:<o:p>o:p>

anai-anai = اناي٢ <o:p>o:p>

baik-baik = باءيق٢ <o:p>o:p>

kupu-kupu = کوڤو٢ <o:p>o:p>

Apabila bahagian kata yang diganda itu berubah bentuknya, tanda sempang (-) digunakan sebagai tanda ganda. Kata ganda jenis ini termasuklah kata ganda berimbuhan dan kata ganda berentak.

<o:p>o:p>

(i) Penulisan kata ganda berimbuhan seperti contoh yang berikut:<o:p>o:p>

mudah-mudahan = موده-مودهن<o:p>o:p>

zaman-berzaman = زمان-برزمان<o:p>o:p>

lama-kelamaan = لاما-کلاماءن

<o:p>o:p>

(iiPenulisan kata ganda berentak seperti contoh yang berikut:<o:p>o:p>

bolak-balik = بولق-باليق<o:p>o:p>

lauk-pauk = لاءوق-ڤاءوق<o:p>o:p>

kontang-kanting = کونتڠ ـ کنتيڠ<o:p>o:p>

 

Catatan: Terdapat sesetengah kata ganda yang dieja dengan menambah huruf alif (ا) pada bentuk ganda yang pertama apabila menerima imbuhan kerana kata ganda dianggap sebagai satu perkataan. Contohnya, perkataan:<o:p>o:p>

bersama-sama  =برساما-سام
<o:p>o:p>

bersuka-suka = برسوکا-سوک
<o:p>o:p>

semata-mata = سماتا-مات
<o:p>o:p>

Lain-lain14.03.2022
Apakah beza penggunaan kata nama ‘ajaran’ dengan ‘pengajaran’?

<o:p> o:p>“Ajaran” bermaksud sesuatu yang diajarkan oleh sesorang atau sesuatu seperti agama dan kitab.

<o:p>o:p>

“Pengajaran” bermaksud hal, proses atau perbuatan mengajar atau mengajarkan atau Pengalaman pahit yang dijadikan sebagai pedoman atau iktibar supaya tidak berulang.<o:p>o:p>

Contoh ayat:<o:p>o:p>

      i.       1. Iskandar selalu ingat akan ajaran gurunya.<o:p>o:p>

     ii.       2. Pengajaran Cikgu Arifin tentang sejarah Bahasa Melayu ternyata sangat berkesan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 32.<o:p>o:p>

Tatabahasa16.01.2024
Salam, ayat yang manakah betul? 1. Tukar/Tukarkan pecahan kepada peratus. 2. Lukis/Lukiskan graf pada ruang jawapan. 3. Tulis/Tuliskan jawapan yang betul. 4. Ramal/Ramalkan isi padu air di dalam bekas. 5. Isi/Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. Boleh terangkan penggunaan imbuhan akhiran-kan? Terima kasih.

Semua ayat tersebut betul:<o:p>o:p>

1. Tukar/Tukarkan pecahan kepada peratus. <o:p>o:p>

2. Lukis/Lukiskan graf pada ruang jawapan. <o:p>o:p>

3. Tulis/Tuliskan jawapan yang betul. <o:p>o:p>

4. Ramal/Ramalkan isi padu air di dalam bekas. <o:p>o:p>

5. Isi/Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.<o:p>o:p>

Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. <o:p>o:p>

Contohnya: <o:p>o:p>

i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; <o:p>o:p>

ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; <o:p>o:p>

iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan;<o:p>o:p>

iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; <o:p>o:p>

v. kata tugas - sudahkan, sertakan.  Akhiran - kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-...-kanbeR-...-kanmempeR-...-kandi-...-kan, dan dipeR-...-kan.

<o:p>o:p>

Akhiran –kan juga merupakan salah satu daripada imbuhan yang membentuk kata kerja transitif. <o:p>o:p>

Terdapat dua pengertian khusus yang dikaitkan dengan penggunaan akhiran –kan, iaitu:

(i)
memberi pengertian kausatif atau menyebabkan jadi, contohnya: buku-bukukan (menyebabkan jadi buku) waris-wariskan, panjang-panjangkan. 

(ii) memberikan pengertian benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain, contohnya: beli-belikan (membelikan untuk orang lain), masak-masakkan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 183 - 186.

<o:p>o:p>

Lain-lain23.10.2023
Saya ingin bertanya apakah maksud dan perbezaan penggunaan tanda-tanda seperti berikut (mohon pencerahan berserta contoh) : a) : b) :- c) ;

A)Tanda titik bertindih (:) digunakan seperti yang berikut:<o:p>o:p>

1. digunakan pada akhir suatu penyataan apabila diikuti suatu (a) rangkaian atau pemerian, atau (b) penjelasan. Misalnya:<o:p>o:p>

       i. Yang kita perlukan sekarang ialah barang-barang yang berikut:  <o:p>o:p>

          kertas, dakwat dan pen.<o:p>o:p>

      ii. Ketua: Abdullah Salleh.<o:p>o:p>

         Hari: Isnin<o:p>o:p>

2.digunakan (a) antara jilid atau nombor dengan halaman, (b) antara bab denghan ayat dalam kitab suci, atau (c) antara dengan anak judul suatu karangan. Misalnya:<o:p>o:p>

Dewan Sastera, IV(1974),4:9<o:p>o:p>

Surah yasin:9<o:p>o:p>

3.digunakan dalam teks drama sesudah kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan. Misalnya:<o:p>o:p>

       Ibu   :  “Bawa bungkusan ini,Mir!”<o:p>o:p>

       Amir : “Baik,bu.”<o:p>o:p>

B)Tanda koma bertitik (;) digunakan seperti yang berikut:<o:p>o:p>

1.Tanda koma bertitik dapat digunakan untuk memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Misalya:<o:p>o:p>

Malam makin larut; kamu belum selesai lagi. <o:p>o:p>

2.Tanda koma bertitik digunakan untuk memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majluik sebagai pengganti kata penghubung. Misalnya: <o:p>o:p>

Ayah menyiapkan kertas kerjanya; ibu sibuk bekerja di dapur; adik menghafalkan nama-nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar. <o:p>o:p>

Manakala simbol (:- ) tidak digunakan lagi dan digantikan dendan simbol tanda titik bertindih (:).
Tatabahasa23.06.2014
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya untuk Kata Seru dimana kami mempunyai sedikit perbalahan pendapat: 4. “_______, rupa-rupanya kamulah yang merosakkan lukisanku selama ini!” kata Lim kepada Cheah. A. Ah B. Eh C. Oh D. Cis dimana jawapan yang kami persetujui ialah D.Cis, namun begitu terdapat beberapa sangkalan dimana mengatakan kata seru C.Oh juga boleh diterima kerana menggunakan perkataan (rupa-rupanya). Di harap pihak tuan dapat membantu kerana saya merupakan guru Matematik yang mengajar BM di SJKC dan berseorangan. Saya juga akan mendapatkan tunjuk ajar dari pensyarah BM di IPG berdekatan untuk masalah ini. Terima Kasih.“_______, rupa-rupanya kamulah yang merosakkan lukisanku selama ini!” kata Lim kepada Cheah.

A. Ah B. Eh C. Oh D. Cis dimana jawapan yang kami persetujui ialah D.Cis, namun begitu terdapat beberapa sangkalan dimana mengatakan kata seru C.Oh juga boleh diterima kerana menggunakan perkataan (rupa-rupanya). 

oh = sr kata utk menyatakan terkejut (hairan, ke­cewa, menjadi yakin, dll): ~, baru ini kau tahu!; ~! kata Ros terkejut; o II.

cis = sr kata utk menyatakan perasaan marah (mencemuh, benci, dll); mengeciskan mencemuh, mengatakan cis (kpd): kerana perbuatan kau yg keji itu, nanti aku diciskan oleh orang di sini.


Yang lebih tepat ialah kata seru 'cis'.
Tatabahasa13.10.2012
Tuan, adakah ayat di bawah betul? Apa Abu suka? Abu suka susu.

Ayat tanya yang betul ialah: <o:p>o:p>

(i)   Apakah Abu suka? <o:p>o:p>

 (ii) Atau Abu suka apa? <o:p>o:p>

Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadiran dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel-kah.<o:p>o:p>

Ayat penyata:  Abu suka susu adalah betul. <o:p>o:p>

<o:p> o:p>

Tatabahasa26.02.2014
1. Apakah perbezaan antara garisi dengan gariskan? 2. Apakah perbezaan antara diperhati dengan diperhatikan? Terima kasih.<o:p>

Penggunaan yang betul ialah ‘gariskan’dan ‘diperhatikan’. Akhiran –kan mempunyai dua pengertian khusus, dalam soalan tuan, –kan memberi pengertian kausatif atau menyebabkan jadi, contohnya:<o:p>o:p>

buku – bukukan (menyebabkan jadi buku)<o:p>o:p>

garis – gariskan (menyebabkan jadi ada garis)<o:p>o:p>

Manakala, akhiran-I tanpa awalan wujud hanya dalam dua bentuk tertentu, iaitu:<o:p>o:p>

(i)           Dalam ayat pasif orang pertama dan kedua, contohnya: Perkara itu mesti kamu halusi.<o:p>o:p>

<o:p> o:p>

(ii)         Dalam ayat suruhan, contohnya: Tolong baiki basikal yang rosak itu. <o:p>o:p>

<o:p> o:p>

Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 183-190. <o:p>o:p>

 

o:p>

<o:p> o:p>

Tatabahasa28.04.2014
bagaimana cara yang tepat mengunakan tulisan nombor dan angka dalam penulisan dokumen rasmi? contoh: terdapat sebanyak lima (5) projek perlu diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) tahun. perlukah kurungan tersebut?

Berdasarkan Gaya Dewan Edisi Keempat, gaya penulisan nombor dalam ayat seperti yang berikut:<o:p>o:p>

1.    Nombor pada permulaan ayat<o:p>o:p>

Nombor pada permulaan ayat hendaklah dieja kecuali nombor yang menunjukkan tahun kalendar. Contoh:<o:p>o:p>

a)    Lima belas orang pelajar Sekolah Menengah Aminuddin Baki telah menerima anugerah pelajar cemerlang. <o:p>o:p>

b)    1957 ialah tahun kemerdekaan bagi negara ini.<o:p>o:p>

2.    Nombor dalam ayat<o:p>o:p>

a)    Nombor sifar hingga sembilan hendaklah dieja. <o:p>o:p>

Contoh: Polis menemui lima bungkusan berisi wang yang telah ditinggalkan oleh perompak. <o:p>o:p>

b)    Semua nombor dalam ayat boleh dieja atau ditulis dengan angka jika lebih daripada sembilan tetapi penulisannya hendaklah selaras. Contoh:<o:p>o:p>

i.              Ketua Pengarah DBP telah menghadiahkan dua ratus buah Kamus Dewan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.<o:p>o:p>

atau<o:p>o:p>

ii.            Ketua Pengarah DBP telah menghadiahkan 200 buah Kamus Dewan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.<o:p>o:p>

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat, muka surat 161-162.

Ejaan07.11.2023
saya sangat bermasalah untuk menerangkan kepada ank murid mengenai perkataan berimbuhan akhiran..adakah pihak dapat membantu saya cara yang terbaik membantu murid memahami kata berimbuhan akhiran??

Puan boleh merujuk Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan maklumat seperti yang berikut:<o:p>o:p>

1.     Akhiran kata nama (halaman 117-120)<o:p>o:p>

2.     Akhiran Kata Kerja (i) Akhiran –kan (halaman 183); (ii) Akhiran –i (halaman 186)<o:p>o:p>

3.     Akhiran daripada Sanskrit (halaman 307-308)<o:p>o:p>

4.     Akhiran daripada Arab-Parsi (halaman 310).<o:p>o:p>

Tiada teknik terbaik bagi mengajarkan bab akhiran kepada murid selain daripada guru memahami terlebih dahulu semua aspek yang berkaitan. Puan juga boleh mempelbagaikan contoh agar murid dapat membezakan setiap akhiran.<o:p>o:p>

<o:p> o:p>

Tatabahasa12.03.2014
Assalamualaikum, Antara ayat di bawah yang manakah betul? - Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan? - Maka, yang manakah nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan? Terima kasih.Ayat yang bersesuaian adalah seperti yang berikut:

i. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan.
<o:p>o:p>ii. Maka, yang manakah nikmat Tuhan kamu yang kamu dustakan.

<o:p>o:p>


<o:p>o:p>

<o:p>o:p>

Tatabahasa22.03.2024
12345678910...

Kembali ke atas