Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata o II 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berdasarkan kepada Merujuk kepada Berasakan kepada atau Berdasarkan pada Merujuk pada Berasaskan pada Kepada atau pada?1">

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, perkataan “kepada” dan “pada” tergolong dalam kata sendi nama.<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

<o:p _rdeditor_exists="1"> o:p>

Perkataan “kepada” terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk (i)  manusia, (ii) haiwan, (iii) unsur mujarad, (iv) menyatakan pecahan dan (v) menyatakan perubahan keadaan.<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

<o:p _rdeditor_exists="1"> o:p>

Contoh ayat:<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

i.              Sila kembalikan borang itu kepada kerana pejabat ini.<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

ii.             Sisa makanan itu diberikan kepada kucing.<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

iii.            Pastikan  anak-anak anda tidak terdedah kepda bahaya dadah.<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

iv.            Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan.<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

v.             Suhu badannya meningkat kepada 39oC.<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

<o:p _rdeditor_exists="1"> o:p>

Perkataan “pada” pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterang waktu dan tempat. Contohnya:<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

i.              Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi.<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

ii.             Layang-layang itu tersangkut pada tiang telefon.<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

<o:p _rdeditor_exists="1"> o:p>

Oleh itu, berdasarkan huraian di atas, perkataan “berdasarkan” dan “berasaskan” tidak perlu diikuti dengan “kepada” atau “pada”. Perkataan “berasaskan” dan “berdasarkan” merupakan kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap (kata nama). Sebagai contohnya berdasarkan soalan, berasaskan pemikiran. <o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

<o:p _rdeditor_exists="1"> o:p>

Merujuk ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti objek daripada frasa nama, iaitu perkara.  Contohnya merujuk perkara. Walau bagaimanapun frasa "merujuk kepada perkara"  telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat dan diterima.<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

Tatabahasa16.01.2017
Saya mahukan kepastian mengenai penutup surat rasmi. Biasa kita lihat "Segala kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih". Ayat di atas ialah ayat songsang. Jika ditukar menjadi ayat biasa dalam bentuk ayat aktif akan menjadi "Saya mendahului dengan ucapan terima kasih segala kerjasama daripada pihak tuan". Susunan ayat ini tidak gramatis kerana tergantung. Sepatutnya ditulis begini mengikut pemahaman saya. Susunan ayat biasa "Saya mendahulukan ucapan terima kasih atas kerjasama daripada pihak tuan". Susunan ayat songsang "Atas kerjasama yang diberikan saya dahulukan ucapan terima kasih". kalau "didahului dengan", kata kerja aktifnya ialah mendahului. sepatutnya mendahulukan. Apa pandangan DBP tentang perkara ini?

Tuan/puan yang budiman,<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

<o:p _rdeditor_exists="1"> o:p>

Apitan di-…-kan ialah bentuk pasif bagi meN-…-kan. Ciri apitan ini dan maknanya sama seperti yang terkandung dalam imbuhan meN-…-kan. <o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

<o:p _rdeditor_exists="1"> o:p>

Contoh: <o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

<o:p _rdeditor_exists="1"> o:p>

mendahulukan (aktif)      -         didahulukan (pasif)<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

menyatakan (aktif)          -        dinyatakan (pasif)<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

<o:p _rdeditor_exists="1"> o:p>

Seperti di-…-kan, apitan di-…-i ialah bentuk pasif bagi kata kerja aktif meN-…-i, contohnya:<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

<o:p _rdeditor_exists="1"> o:p>

mendahului  (aktif) -           didahului (pasif)<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

mengotori (aktif)      -           dikotori (pasif) <o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

<o:p _rdeditor_exists="1"> o:p>

<o:p _rdeditor_exists="1"> o:p>

Oleh itu, ayat yang betul yang lazim digunakan ialah:<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

<o:p _rdeditor_exists="1"> o:p>

i.              Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

<o:p _rdeditor_exists="1"> o:p>

ii.            Perhatian dan kerjasama tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. <o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

Lain-lain10.10.2018
Salam, ayat yang manakah betul? 1. Tukar/Tukarkan pecahan kepada peratus. 2. Lukis/Lukiskan graf pada ruang jawapan. 3. Tulis/Tuliskan jawapan yang betul. 4. Ramal/Ramalkan isi padu air di dalam bekas. 5. Isi/Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. Boleh terangkan penggunaan imbuhan akhiran-kan? Terima kasih.

Semua ayat tersebut betul:<o:p>o:p>

1. Tukar/Tukarkan pecahan kepada peratus. <o:p>o:p>

2. Lukis/Lukiskan graf pada ruang jawapan. <o:p>o:p>

3. Tulis/Tuliskan jawapan yang betul. <o:p>o:p>

4. Ramal/Ramalkan isi padu air di dalam bekas. <o:p>o:p>

5. Isi/Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.<o:p>o:p>

Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. <o:p>o:p>

Contohnya: <o:p>o:p>

i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; <o:p>o:p>

ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; <o:p>o:p>

iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan;<o:p>o:p>

iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; <o:p>o:p>

v. kata tugas - sudahkan, sertakan.  Akhiran - kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-...-kanbeR-...-kanmempeR-...-kandi-...-kan, dan dipeR-...-kan.

<o:p>o:p>

Akhiran –kan juga merupakan salah satu daripada imbuhan yang membentuk kata kerja transitif. <o:p>o:p>

Terdapat dua pengertian khusus yang dikaitkan dengan penggunaan akhiran –kan, iaitu:

(i)
memberi pengertian kausatif atau menyebabkan jadi, contohnya: buku-bukukan (menyebabkan jadi buku) waris-wariskan, panjang-panjangkan. 

(ii) memberikan pengertian benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain, contohnya: beli-belikan (membelikan untuk orang lain), masak-masakkan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 183 - 186.

<o:p>o:p>

Lain-lain23.10.2023
Selamat sejahtera. 1. Biasanya Bendahara atau Laksamana berkata dengan Sultan, kata ganti nama diri pertama ( patik ) dan KGND kedua ( tuanku ) digunakan. Soalan 1: Kalau sebaliknya, Sultan berkata dengan Bendahara atau Laksamana, apakah KGND pertama dan KGND kedua yang paling sesuai digunakan? Soalan 2: Kalau sultan/raja berkata dengan kerabat raja yang lain seperti Permaisuri/ Sultanah, Putera, dan Puteri, apakah KGND pertama dan KGND kedua yang paling sesuai digunakan? Terima kasih.

Salam Sejahtera. Penggunaan Kata Ganti Nama Diri (KGND) Pertama dan Kedua adalah seperti yang berikut: <o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

1.  Sultan berkata dengan Bendahara atau Laksamana:
   
i.  Beta (KGND Pertama)<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

ii.  Tuan Bendahara / Laksamana (KGND Kedua)<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

2. Sultan berkata dengan Permaisuri/Sultanah<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

i.  Kekanda (KGND Pertama)<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

ii. Adinda (KGND Kedua)<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

1.   Sultan berkata dengan Putera/Puteri<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

i. Ayahanda (KGND Pertama)<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

ii. Anakanda (KGND Kedua)

<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

Sekian. Terima kasih.<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

Tatabahasa18.06.2017
Apakah beza penggunaan kata nama ‘ajaran’ dengan ‘pengajaran’?

<o:p> o:p>“Ajaran” bermaksud sesuatu yang diajarkan oleh sesorang atau sesuatu seperti agama dan kitab.

<o:p>o:p>

“Pengajaran” bermaksud hal, proses atau perbuatan mengajar atau mengajarkan atau Pengalaman pahit yang dijadikan sebagai pedoman atau iktibar supaya tidak berulang.<o:p>o:p>

Contoh ayat:<o:p>o:p>

      i.       1Iskandar selalu ingat akan ajaran gurunya.<o:p>o:p>

     ii.       2. Pengajaran Cikgu Arifin tentang sejarah Bahasa Melayu ternyata sangat berkesan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 32.<o:p>o:p>

Tatabahasa16.01.2024
1. Apakah perbezaan antara garisi dengan gariskan? 2. Apakah perbezaan antara diperhati dengan diperhatikan? Terima kasih.<o:p>

Penggunaan yang betul ialah ‘gariskan’dan ‘diperhatikan’. Akhiran –kan mempunyai dua pengertian khusus, dalam soalan tuan, –kan memberi pengertian kausatif atau menyebabkan jadi, contohnya:<o:p>o:p>

buku – bukukan (menyebabkan jadi buku)<o:p>o:p>

garis – gariskan (menyebabkan jadi ada garis)<o:p>o:p>

Manakala, akhiran-I tanpa awalan wujud hanya dalam dua bentuk tertentu, iaitu:<o:p>o:p>

(i)           Dalam ayat pasif orang pertama dan kedua, contohnya: Perkara itu mesti kamu halusi.<o:p>o:p>

<o:p> o:p>

(ii)         Dalam ayat suruhan, contohnya: Tolong baiki basikal yang rosak itu. <o:p>o:p>

<o:p> o:p>

Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 183-190. <o:p>o:p>

 

o:p>

<o:p> o:p>

Tatabahasa28.04.2014
Yang mana betul. Badan Kepimpinan Pelajar atau Badan Kepemimpinan Pelajar. Ke arah KEPIMPINAN yang berkualiti dan berintegrasi atau Ke arah KEPEMIMPINAN yang berkualiti dan berintegrasi.<o:p _rdeditor_exists="1">Kedua-dua istilah  iaitu kepimpinan dan kepemimpinan ialah padanan bahasa Melayu untuk "leadership".   Penggunaannya bergantung pada konsep dan konteks ayat. Kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Manakala kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-­tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin.<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>Contoh ayat: 
i.     Kepimpinan melalui teladan.
ii.    Tun Mahathir berusaha membawa corak kepemimpinan yang berbeza daripada pemimpin-pemimpin sebelumnya.

<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>Jawapan:
i.      Badan Kepimpinan Pelajar
ii.     Ke Arah Kepimpinan yang Berkualiti dan Berintegriti
iii.    Perkataan “Integrasi” tidak sesuai digunakan dalam frasa ini kerana mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan “Integrasi” membawa maksud bergabung dan berpadu. <o:p _rdeditor_exists="1">o:p>o:p>

<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

Tatabahasa19.02.2020
Mohon cadangan bagi istilah-istilah berikut yang digunakan dalam perdagangan mata wang kripto: i) 'tokenization'; ii) 'detokenization'; dan iii) tokenized. Contoh 'tokenization/detokenization of assets' dan 'tokenized assets'. Terima kasih.

Salam Sejahtera. Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu untuk i) “tokenization”; ii) “detokenization”; dan iii) “tokenized” dalam pangkalan data kami. Namun, kami mencadangkan padanan istilah bahasa Melayu ialah<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

i)    Tokenisasi (contoh: tokenisasi aset)<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

ii)   Detokenisasi/Nyah tokenisasi (contoh: detokenisasi  aset/nyah tokenisasi aset)<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

iii)  Bertoken (contoh: aset bertoken)<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

Sekian. Terima kasih.
Istilah15.10.2017
Yang manakah gramatis (atau kedua-dua versi boleh diterima)? “Zimbabwe dahulunya dikenali dengan yang manakah antara nama berikut?” ATAU “Zimbabwe dahulunya dikenali dengan nama yang mana antara berikut?” Terima kasih kerana membantu.

Ayat yang betul berbunyi: <o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

  1. Zimbabwe dahulunya dikenali sebagai .........<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>
  2. Zimbabwe dahulunya dikenali dengan nama yang berikut:<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

i.    .........<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

              ii.   .........
Tatabahasa28.05.2019
Soalan: Assalamualaikum. Tuan DBP. Saya Encik Hisham Bin Othman @ Mohd bertugas di Unit Keselamatan, Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. Saya ingin bertanya berhubung penggunaan kata nama am dan kata nama khas serta penggunaan symbol / dan & di dalam tulisan. 1. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen? 2. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen kanan adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen Kanan? 3. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen tinggi adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen Tinggi? 4. Ejaan yang betul bagi pegawai kanan imigresen adakah ditulis dengan Pegawai Kanan Imigresen? Terima kasih di atas respons dan maklumbala dari pihak Tuan DBP. Hisham Bin Othman @ Mohd. 08.04.2019

1. Nama khas, contohnya nama jawatan ditulis dengan huruf besar untuk huruf permulaan setiap perkataan seperti yang berikut:<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

  1. Pegawai Imigresen<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>
  2. Pegawai Imigresen Kanan<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>
  3. Pegawai Imigresen Tinggi<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

2. Nama am pula ditulis dengan semua huruf kecil seperti contoh ayat di bawah:<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

<o:p _rdeditor_exists="1"> o:p>

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman lima individu termasuk seorang pegawai kanan imigresen. <o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

<o:p _rdeditor_exists="1"> o:p>

3. Penulisan dalam bahasa Melayu tidak menggunakan simbol & untuk menggantikan perkataan “dan” seperti yang digunakan dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh dalam frasa: ikan, sayur dan minyak masak tidak dibenarkan ditulis “ikan, sayur & minyak masak”.<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

<o:p _rdeditor_exists="1"> o:p>

4. Tanda garis miring(/) digunakan untuk rujukan surat rasmi dan sebagai pengganti kata “atau” dan “per” atau dipakai semasa menulis nombor alamat seperti contoh di bawah:<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

            i. rujukan surat:<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

                        DBP/173/14/4/K.3 (68)<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

            ii. pengganti “atau”, “per” dan “nombor alamat”<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

a)    Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan  <o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

b)    Kos cetak RM3.00/naskhah
        c)    22, Jalan AU 1A/3H, Taman Keramat Permai

Tatabahasa08.04.2019
123456789

Kembali ke atas