Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[oa.sis] | اوواسيس

Definisi : kawasan yg subur dan mempunyai air di padang pasir, wahah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[oa.sis] | اوواسيس

Definisi : tanah subur dan berair yg terdapat di padang pasir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata oasis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OASIS

Oasis ialah kawasan subur yang mempunyai

tumbuh-tumbuhan di gurun, tempat air bawah

tanah berada sangat hampir dengan permukaan

tanah bagi mewujudkan telaga dan mata air. Air

yang terdapat di oasis asalnya turun sebagai hujan

atau salji di gunung atau bukit yang berjauhan.

Selepas meresap ke dalam tanah, air ini secara

perlahan-lahan meresapi batu-batan yang terdapat

di bawah tanah, lalu mengalir ke kawasan rendah

di gurun. Ia kemudian timbul semula di permukaan

bagi membentuk mata air atau cukup cetek untuk

memenuhi telaga. Kawasan yang mempunyai

tumbuh-tumbuhan di sepanjang anak sungai yang

sentiasa mengalir di gurun, juga dipanggil oasis.

UMUM 
MERV

Merv ialah sebuah oasis di Asia Tengah.

Keluasannya ialah 5000 kilometer persegi. Ia

terletak di penara gurun di Turkmenistan (lihat

Turkmenistan [peta]).

UMUM 
ASHGABAT

Ashgabat (pend. 407 000) ialah ibu negara

Turkmenistan. Ashgabat, yang juga dikenali

sebagai Ashkhabad, terletak di sebuah oasis di

gurun Karakum di selatan Turkmenistan (lihat

Turkmenistan [peta]). Sebahagian besar Ashgabat

musnah dilanda gempa bumi pada tahun 1948.

Bandar ini dibina semula dengan bangunan yang

rendah-rendah. Terusan Karakum mengalir di

Ashgabat dan membekalkan air ke bandar ini dari

Amu Darya, sebatang sungai yang letaknya 724

kilometer di timur Turkmenistan. Parit pengairan

yang dikenali sebagai aryk membarisi kedua-dua

belah jalan.

UMUM 
SEMENANJUNG SINAI

Semenanjung Sinai ialah sebahagian daripada

Mesir yang terletak di timur Terusan Suez dan Teluk

Suez. Semenanjung ini bersempadan dengan

bahagian barat Israel. Ia meliputi 61 100 kilometer

persegi dengan penduduk seramai 200 000 orang.

Semenanjung Sinai ialah daratan kering yang

mempunyai beberapa oasis kecil. Di utara, daratan

pantainya berpasir, di tengah terdapat penara batu

kapur yang tinggi, manakala di selatan pula terdapat

gunung-ganang. Semenanjung Sinai menghasilkan

petroleum, mangan, dan mineral lain.

UMUM 
SAHARA

Sahara ialah gurun yang terbesar di dunia. Ia

meliputi kawasan seluas 9 juta kilometer persegi.

Pemandangan gurun Afrika yang luas ini termasuk

banjaran gunung, penara berbatu-batan, dataran

berkelikir, dan tanah tandus berpasir. Gurun yang

gersang itu terpisah hanya oleh tanah penanaman

sepanjang Sungai Nil dan di oasis yang bertaburan.

UMUM 
MADINAH

Madinah, kota yang terletak di kawasan oasis di Arab Saudi.

AGAMABandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas