Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ob.sé.si] | اوبسيسي

Definisi : (obsési) 1. sesuatu yg sentiasa meng­ganggu atau menghantui fikiran seseorang: segera dapat saya tangkap semacam ~ dlm kepala teman itu; 2. keadaan terlalu me­mikirkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata obsesi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
obsesiObsesi bermaksud sesuatu yang sentiasa meng­ganggu atau menghantui fikiran seseorang.Makna17.05.2010
Adakah penggunaan perkataan 'obsesi' dalam ayat di bawah betul? Remaja sekarang terlalu obsesi dengan penggunaan telefon bimbit. Terima kasih.Betul.Tatabahasa12.07.2010
Selamat petang, Adakah wujudnya perkataan 'obses' dan 'pemerdagangan' dalam bahasa Malaysia?

Istilah obses tidak ada dalam bahasa Melayu, yang diterima pakai ialah obsesi yang bermaksud 1. sesuatu yg sentiasa meng­ganggu atau menghantui fikiran seseorang: segera dapat saya tangkap semacam ~ dlm kepala teman itu; 2. keadaan terlalu me­mikirkan sesuatu. Istilah pemerdagangan boleh digunakan dan ada dalam istilah ekonomi sebagai padanan kepada commercialization.

Istilah20.04.2010
Salam. Berdasarkan carian kata di PRPM, Obsess membawa maksud terlalu memikirkan sesuatu; menghantui. 1) Jika dalam contoh ayat, "She is obsessed with cartoon," bolehkah diterjemahkan Obsessed sebagai taksub? 2) Apa pula penerangan bagi perkataan Taksub? Ia tiada dalam PRPM. 3) Menurut PRPM, Obsession pula diterjemahkan sebagai obsesi, jadi mungkin boleh dipertimbangkan terjemahan ini, Obsess (BI) --> Obses (BM). Salam.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "taasub" bermaksud kuat pegangan atau keyakinan yang keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang, fanatik. Padanan bahasa Inggeris untuk "taasub" ialah doctrinaire. Istilah "obses" tidak ada dalam bahasa Melayu, yang diterima pakai ialah "obsesi" yang bermaksud  sesuatu yang sentiasa meng­ganggu atau menghantui fikiran seseorang.Makna04.11.2016

Kembali ke atas