Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ob.sé.sif] | اوبسيسيف

Definisi : (obsésif) sentiasa atau asyik me­mikirkan, mengenangkan atau dihantui se­suatu (bkn fikiran, perasaan dsb seseorang): keadaan ini amat ketara di kalangan ibu bapa yg mudah murung atau terlalu ~ terha­dap anak-anak mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ob.sé.sif] | اوبسيسيف

Definisi : /obsésif/ terlalu atau sentiasa memikirkan sesuatu sehingga meng­ganggu fikiran; dihantui sesuatu (masa­lah, perkara dsb) sehingga menyu­sah­kan diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata obsesif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera, bolehkah pihak DBP membantu dengan senarai penterjemahan untuk penyakit2 mental seperti depression (kemurungan) dll? Apakah penterjemahan yang sesuai untuk istilah-istilah medikal berikut? Anxiety (Keresahan?) Panic Attack Obsessive Compulsive Disorder Bipolar Disorder Eating Disorder Emotional and Behavioural Disorder Schizophrenia (Skizofrenia?) Ribuan terima kasih. WassalamBerikut adalah padanan istilah yang dinyatakan di atas dan boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan puan:
  1. Anxiety: Keresahan
  2. Panic attack: Serangan panik
  3. Obsessive-compulsive disorder: Kecelaruan obsesif-kompulsif
  4. Bipolar disorder: Kecelaruan rasa hati
  5. Eating disorder: Gangguan makan
  6. Emotional and Behavioural Disorder: Kecelaruan emosi dan tingkah laku
  7. Schizophrenia: Skizofrenia
Untuk makluman puan, istilah ini boleh didapati melalui carian pada laman web https://prpm.dbp.gov.my/
Istilah19.02.2021
Assalamualaikum, Saya ingin dapatkan pengesahan bagi terjemahan ayat di bawah: Research has shown that narcissists are more likely to cheat in game-play and romantic relationships, take more resources for themselves and leave fewer resources for others, value material things, and be obsessively concerned with their outer appearance. Terjemahan bahasa Melayu: penyelidikan telah menunjukkan bahawa narsisis lebih cenderung untuk menipu dalam main permainan dan hubungan romantik, mengambil lebih sumber untuk diri mereka sendiri dan meninggalkan hanya sedikit untuk orang lain, menghargai benda material dan mengambil berat secara obsesif terhadap penampilan luaran mereka. Mohon pengesahan terutamanya bagi terjemahan perkataan "narcissists" dan "game-play." Sekain, terima kasih.Tidak ada contoh penggunaan narcissists dan game-play dalam pangkalan data kami. Istilah yang berkaitan dengan narcissis seperti narcissism dan narcissistic dipinjam dan disesuaikan ejaannya dalam Bahasa Melayu menjadi narsisme dan narsistik, namun tidak ada terjemahan kata narcissists. Kami berpandangan terjemahan yang paling hampir ialah taasub pada diri sendiri. Perkataan bermain permainan bagi padanan game play boleh diterima dan makna sebenar boleh dijelaskan berdasarkan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan29.05.2019

Kembali ke atas