Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.fén.sif] | اوفينسيف

Definisi : (ofénsif) bp 1. bersifat, cenderung atau di­gunakan utk menyerang (bkn senjata, tin­dakan dsb): para penunjuk perasaan juga dikatakan ada membawa senjata-senjata ~; 2. menyakitkan atau memanaskan hati (bkn kata-kata, kenyataan dsb), menyelar, meng­hina: jangan mengeluarkan kata-kata yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ofensif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
allianceperikatanSains PolitikHubungan AntarabangsaPermuafakatan dua atau lebih negara yang bersetuju untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang. Terdapat dua jenis perikatan utama, iaitu perikatan defensif bagi mempertahankan diri daripada serangan atau ancaman pihak luar. Kedua, perikatan ofensif yang bertujuan menyerang pihak lain. Contohnya, pada masa Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat dan Britain serta Eropah Barat membentuk ikatan kerjasama menentang pihak Fasis. Selain tujuan peperangan, ikatan kerjasama juga dimeterai dalam bidang perdagangan, kebudayaan, pendidikan dan sukan. Contoh perikatan ialah ASEAN, APEC, NATO dan SEATO.

Kembali ke atas