Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.fis] | اوفيس

Definisi : bp pejabat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ofis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya dalam proses menulis sebuah novel yang berkisar tentang gelagat pekerja-pekerja di sebuah pejabat. Cadangannya, saya ingin memberi novel tersebut dengan judul "Ofis" atau "Opis". Adakah wajar saya memilih judul sedemikian. Sekian, dan terima kasih atas maklumbalas.Perkataan ofis merupakan bahasa percakapan. Bahasa yang baku ialah pejabat. Oleh yang demikian adalah tidak wajar perkataan ofis digunakan sebagai judul novel tersebut.   Ejaan12.05.2008
Assalamualaikum. Saya nak buka ofis perniagaan travel agency. Untuk dapatkan lesen, perlu ada kelulusan papan tanda dari DBP. Dengan siapa saya perlu rujuk?Waalaikumussalam ...
Sila buat permohonan semakan bahasa Melayu pada papan iklan melalui https://dbpsahbahasa.my/
Sekian terima kasih
Lain-lain17.01.2024
Salam sejahtera, adakah benar tidak digalakkan menggunakan kata pinjaman (kata yang sudah diserap masuk ke dalam bahasa Melayu) jika ada padanan katanya dalam bahasa Melayu? Sedangkan bahasa Melayu itu bersifat dinamik. Contohnya kata ofis & pejabat.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kata pinjaman ialah perkataan yang diambil daripada bahasa asing. Padanan yang diserap terus dalam bahasa Inggeris boleh terus digunakan sekiranya padanan tersebut sudah ada dalam kamus sahaja. Contoh perkataan yang diberikan, perkataan ofis hanya digunakan dalam bahasa percakapan sahaja tetapi dalam penulisan rasmi perlu menggunakan bahasa Melayu standard iaitu pejabat.Makna15.10.2019

Kembali ke atas