Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[of.said] | اوفساءيد

Definisi : (Suk) berada di luar kawasan yg dibenar­kan bermain sehingga menjadi suatu kesalah­an (bkn pemain bola sepak, hoki dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[of.said] | اوفساءيد

Definisi : ist 1 berada di luar kawasan yg dibenarkan bermain sehingga men­jadi suatu kesalahan (bkn pemain bola sepak, hoki dsb). 2 keadaan atau hal ofsaid 1: Gol itu telah diba­talkan kerana telah berlaku ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ofsaid


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalammualaikum, saya terlibat dalam bidang penyiaran, harap dapat membantu saya dalam penggunaan perkataan yang betul untuk sukan bolasepak. 1. shots 2. corners 3. fouls 4. offsides 5. possessions saya merujuk ke carian kata 1. fouls dieja faul 2. offsides dieja ofsaid tidak menemui carian kata dibawah 3. bolehkah corners dieja sudut apakah perkataan yang tepat untuk 4. shots 5. possessions harap dapat membantu saya terima kasihCadangan terjemahan adalah seperti yang berikut:
1. shots - sepakan/tendangan
2. corners - sudut/penjuru
3. fouls - faul
4. offsides - ofsaid
5. possessions - menguasai
Untuk makluman tuan, perkataan ini hendaklah disesuaikan dengan konteks penggunaannya khususnya penggunaannya dalam ayat.
Penyemakan dan penterjemahan27.02.2015
Saya rasa seronok dan mahu ucap tahniah kerana mewujudkan suatu perkataan baharu khusus untuk bahasa Melayu seperti selfie kepada swafoto. Saya teringin nak melihat suatu perkataan khusus peraturan-peraturan dalam permainan dan sukan khususnya bola sepak yang saban hari kita main, melihat dan tonton. Saya mencari perkataan bahasa Melayu untuk offside dan foul, tetapi yang saya jumpa ialah ofsaid dan faul. Saya mohon ada perkataan baharu untuk bahasa kita yang merupakan jiwa dan identiti kita. Tidak perlu yang panjang, contoh anak dara tua jadi andartu. Atau apa-apa perkataan yang mudah disebut yang semestinya pihak DBP lebih mahir dalam bidang ini. Semoga dapat dipertimbangkan dan dapat memartabatkan lagi kedudukan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Sekian.Istilah ofsaid dan faul ialah istilah yang rasmi dalam bidang sukan. Walau bagaimanapun, cadangan tuan akan kami kemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk dipertimbangkan.   Istilah12.02.2017

Kembali ke atas