Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[oh] | اوه

Definisi : sr kata utk menyatakan terkejut (hairan, ke­cewa, menjadi yakin, dll): ~, baru ini kau tahu!; “~!” kata Ros terkejut; o II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[oh] | اوه

Definisi : kata seru utk menyatakan rasa ter­kejut (hairan, kecewa) dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata oh

Puisi
 

Anak itik bawah rumah,
     Main budak cepat berlari;
Oh encik orang di rumah,
     Terima tidak saya ke mari.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagi ayat "Oh, my God," apakah terjemahan yang sesuai untuk ayat itu dari segi sari kata televisyen?1. Terjemahan yang sesuai bagi "Oh, my God" ialah Oh Tuhanku atau Ya Tuhanku
Makna19.09.2020
apakah bentuk kata dan golongan kata bagi perkataan oh?Perkataan "Oh' merupakan kata seru untuk menyatakan rasa ter­kejut (hairan, kecewa). Bentuk katanya pula ialah kata tunggal.Tatabahasa12.02.2013
Ayat yang manakah gramatis ? 1. Oh, rupa-rupanya Encik Borhan ! 2. Oh, Encik Borhan rupa-rupanya ! 3. Tiga orang murid sedang makan makanan di bawah pokok. 4. Tiga orang murid sedang minum minuman di kantin. Terima kasih.Ayat yang gramatis: 1. Oh, rupa-rupanya Encik Borhan! 2. Oh, Encik Borhan rupa-rupanya! 3. Tiga orang murid sedang makan di bawah pokok. 4. Tiga orang murid sedang minum di kantin.Tatabahasa29.02.2012
Penggunaan tanda baca koma yang mana adalah betul? (contoh ayat ialah lirik lagu) 1. Bungalah mawar, aduhai sayang, tumbuh di taman 2. Bungalah mawar, aduhai, sayang, tumbuh di taman 1. Oh, sayang, kembalilah kepadaku 2. Oh sayang, kembalilah kepadaku 1. Oh, Tuhan, dengarlah rintihan hambamu 2. Oh Tuhan, dengarlah rintihan hambamuPenggunaan tanda baca yang betul seperti yang berikut:
  1. Bungalah mawar, aduhai, sayang, tumbuh di taman!
  2. Oh, sayang, kembalilah kepadaku!
  3. Oh, Tuhan, dengarlah rintihan hambamu!
Untuk lebih memahaminya, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 255.

Lain-lain06.02.2023
Mohon semakan terjemahan Oh no, I can’t believe that it is raining here again! Oh tidak, saya tak percaya hujan turun lagi di sini!Kami hanya menyemak penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu. Oh tidak, saya tidak percaya hujan turun lagi di sini!Penyemakan dan penterjemahan07.11.2017
Nurislamuddin Saruddin oh...jika saya ingin emelkan artikel, saya perlu emelkan ke emel yang mana satu yang betul? sbb ada banyak saluran emel. sekian.Terima kasih saudara. Sila layari laman sesawang DBP dan lihat panduan no telefon atau emel melalui rujukan Bahagian Majalah. Tuan boleh menelefon mana-mana pegawai berkenaan untuk mengetahui di mana artikel tuan sesuai diterbitkan. Jumlah majalah terbitan DBP ialah 12 majalah, iaitu Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Pelita Bahasa, Dewan Kosmik, Dewan Ekonomi, Dewan Masyarakat, Tunas Cipta, Dewan Bahasa dan Dewan Budaya.Lain-lain16.01.2014
1. ( Eh / Oh ), payung yang kamu pakai ini kepunyaan kakak saya! Apakah jawapan yang sesuai tentang soalan ini ? Terima kasih.1. Eh, payung yang kamu pakai ini kepunyaan kakak saya! Tatabahasa20.05.2011
1. Koma perlu diletakkan selepas kata seru seperti oh, wah. Oleh itu penggunaan yang betul adalah seperti di bawah, betul atau tidak? i) Oh, Tuhan. Selamatkanlah kami. ii) Ya Tuhan. Selamatkanlah kami. 2. cintakan/sayangkan - Kedua-dua ini disenaraikan dalam Kamus Bahasa Melayu dalam talian. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sayangkan https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=cintakan Adakah kedua-dua ini gramatis? Bukankah "cinta akan" dan "sayang akan" penggunaan yang betul dan gramatis berpandukan Tatabaha Dewan? Jadi, bolehkah "sayangkan" atau "cintakan" digunakan?
1. Penulisan yang betul ialah Oh, Tuhanku, selamatkanlah mereka! Ya, Tuhanku, selamatkanlah kami! Sila rujuk halaman 255 buku Tatabahasa Dewan. 


2. Penggunaan yang gramatis ialah sayang akan dan cinta akan. 
Tatabahasa31.05.2021
Beza perkataan "Oh" dan "Eh" Tolong jawab Terima kasih

“Eh” ialah kata seru untuk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dan lain-lain): Contoh ayat, 1. “Eh, dulu di sinilah dia tinggal!” 2. “Eh, Ali rupanya yang datang”. “Oh” pula ialah kata seru untuk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dan lain-lain): Contoh ayat, 1. “Oh, baru ini aku tahu!” 2. “Oh, Tuhanku, selamatkanlah mereka!”

Berdasarkan keterangan tersebut, kedua-duanya kata seru ini boleh digunakan kerana membawa maksud yang hampir sama.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 255.

Tatabahasa22.03.2022
(Oh , Eh) tidak sangka Sandra mahu menyertai pertandingan silat itu! Maaf saya ingin bertanya tentang jawapan tersebut adakah eh jawapan yang tepat?Untuk makluman puan, eh ialah kata seru untuk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dll) , manakala oh pula ialah kata seru  untuk menyatakan terkejut (hairan, ke­cewa, menjadi yakin, dll).

Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang hampir sama.

Puan boleh merujuk laman web http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.
Lain-lain21.05.2020
12345

Kembali ke atas