Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.key] | اوکي

Definisi : (okéy) baiklah, yalah, O.K.: ~, ~, Zul. Kau yg lebih faham. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata okey


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah terdapat perkataan menyempat-nyempat kalau-kalau ala-ala okey-okey sorang-sorang benda alah sah-sah diaorang kita orang kau orang korangSebahagian perkataan yang tuan berikan terakam dalam data kami, contohnya kalau-kalau yang bermaksud barangkali. Sebahagian yang lain tidak ada kerana hanya digunakan dalam wacana tidak rasmi seperti perbualan antara rakan. Untuk melihat perkataan yang lain sama ada atau sebaliknya, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan berkenaan dan ruangan 'Cari", contohnya http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kalau-kalau.Tatabahasa26.05.2014
Yang mana paling tepat: a) "Okey! Satu! Dua! Tiga!" Johan melantik diri sendiri menjadi pengadil. b) "Okey, satu, dua, tiga!" Johan melantik diri sendiri menjadi pengadil.

"Okey, satu, dua, tiga!" Johan melantik diri sendiri menjadi pengadil. Untuk lebih menguasai aspek tanda baca, rujuk buku Gaya Dewan, terbitan DBP.

Ejaan03.11.2011
Assalamualaikum. Timbul kekeliruan mengenai penggunaan tanda elipsis (...) iaitu apakah perlu dijarakkan atau dirapatkan selepas perkataan di hadapannya. Contoh: "Okey... jangan buang masa." atau "Okey ... jangan buang masa." Terima kasih.Wa alaikum salam,

Tanda elipsis ( ... ) perlu dijarakkan selepas perkataan di hadapannya. Merujuk contoh yang diberikan, Okey ... jangan buang masa.
Tatabahasa22.02.2018
Apakah DBP merestui penggunaan "okey" sebagai terjemahan "okay" dalam penyarikataan?Perkataan "okey" boleh digunakan dalam penyarikataan. Lain-lain06.05.2023
Salam sejahtera, saya ingin tanya, adakah perkataan 'okey' dan 'nah' wujud dalam pangkalan data dbp? Adakah perkataan-perkataan ini boleh digunakan dalam ayat dialog BM?"Nah" ialah kata seruan yang digunakan pada awal percakapan untuk menarik perhatian orang yang mendengarnya, manakala "okey" lebih gramatis dalam ayat digunakan perkataan "baiklah".Tatabahasa01.03.2017
Salam. Saya ingin bertanya. Bagi ayat yang berakhir dengan BUKAN, YA, BETUL, OKEY, NAMA PANGGILAN, NAMA ORANG dan sebagainya, adakah mesti diletakkan tanda koma sebelumnya seperti contoh berikut atau tidak perlu? Contoh: 1) Mereka tahu saya cedera, BUKAN? 2) Dia marah akan awak, YA? 3) Awak tidak mahu pergi seorang diri, BETUL? 4) Kamu tidak perlu risau, okey? 5) Maafkan saya, IBU. 6) Saya akan bantu awak, HASHIM. Sekian. Terima kasih. Salam.Merujuk pada contoh yang diberi. ayat ini digunakan dalam dialog. Penggunaan tanda koma tersebut betul.Lain-lain23.02.2018
Salam sejahtera, Mengenai slanga, adakah bahasa kependekan (bp), tergulung di dalam kategori ini? Bolehkan, ni (ini), tu (itu) dll dianggap sebagai slanga? Bagaimana pula dengan perkataan okey? Adakah ianya dianggap sebagai slanga? Saya juga ingin tahu sama ada perkataan slanga, apabila digunakan dengan partikel "lah", perlukah ia disambungkan? Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, slanga bermaksud kata-kata (ungkapan dan sebagainya) yang tidak tergolong dalam bahasa baku (biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi).

Ni, tu dan okey dianggap sebagai slanga kerana hanya digunakan dalam bahasa percakapan tidak rasmi. Okey dalam bahasa rasmi ditulis baiklah.

Bagi semua perkataan yang ditulis dengan partikel “lah”, hendaklah dieja bersambung (nilah, tulah). Walau bagaimanapun, ayat yang gramatis ialah inilah dan itulah.


Istilah17.04.2020
Adakah perkataan"ok" boleh digunakan dalam BM dalam ayat secara rasmi? Perkataan “ok” atau “okey” tidak boleh digunakan dalam penulisan rasmi kerana dianggap sebagai slanga yang hanya digunakan dalam bahasa percakapan. Perkataan tersebut perlu digantikan dengan perkataan “baiklah”. Makna25.02.2022
Salam Sejahtera DBP, Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang penggunaan perkataan "lah" di dalam Bahasa Malaysia. Setahu saya, penggunaan "lah" boleh dikatakan sebagai bahasa tidak rasmi dan tidak diiktiraf semasa acara / percakapan rasmi. Dan, adakah perkataan "Ok" boleh digunakan di dalam Bahasa Malaysia?Dalam Kamus Dewan kata Lah ditakrifkan sebagai partikel atau kata tugas yang digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya: seperti contoh ayat, Makanlah kuih itu, Janganlah kamu berasa segan.

Dalam  Bahasa Melayu, ejaan yang betul ialah okey.
Tatabahasa20.09.2012

Kembali ke atas