Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ok.si.da] | اوکسيدا

Definisi : (Kim) sebatian oksigen dgn satu unsur kimia lain; ~ berasid sebatian oksigen dgn unsur bukan logam, yg menghasilkan larutan berasid apa­bila bercampur dgn air; ~ berbes sebatian oksigen dgn unsur logam, yg menghasilkan larutan berbes apabila bercampur dgn air;mengoksidakan menyebatikan dgn oksigen; pengoksidaan perbuatan mengoksidakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ok.si.da] | اوکسيدا

Definisi : ist sebatian oksigen dgn un­sur-­unsur lain: kalsium ~; natrium ~. mengoksidakan menyebatikan se­suatu unsur dgn oksigen. peng­oksi­daan perbuatan atau proses meng­oksidakan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata oksida


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
oksidaoxideSebatian yang dihasilkan daripada tindak balas oksigen dengan unsur lain. Oksida dapat dikelaskan kepada beberapa kumpulan, iaitu oksida asid seperti sulfur(VI) oksida, oksida bes seperti natrium oksida dan aluminium oksida.Menengah Rendah
oksida berbesbasic oxideSebatian oksida unsur logam yang menghasilkan larutan berbes apabila bertindak balas dengan air. Contohnya, kalsium oksida (CaO) membentuk kalsium hidroksida (Ca(OH)2).Menengah Atas
oksida berasidacidic oxideSebatian oksida bukan logam, seperti SO2 atau P2O5, yang menghasilkan larutan berasid apabila bertindak balas dengan air.Menengah Atas
kalsium oksidacalcium oxidePepejal berwarna putih, larut dalam asid dan bertindak balas dengan air untuk membentuk kalsium hidroksida. Kalsium oksida digunakan untuk membuat racun serangga, racun kulat dan makanan ternakan. Bahan ini dikenali juga sebagai kapur tohor. Formula CaO.Menengah Rendah
bauksitbauxiteBijih aluminium, iaitu aluminium oksida yang merupakan sumber utama untuk mendapatkan aluminium yang tulen.Menengah Atas
hematithaematiteBijih besi yang terdiri daripada ferum(III) oksida serta sedikit benda asing. Formula kimia Fe2O3.Menengah Atas
hujan asidacid rainHujan yang terbentuk apabila gas sulfur dioksida, karbon oksida dan nitrogen dioksida terlarut di dalamnya.Menengah Atas
amfoterikamphotericSebatian yang berkeupayaan untuk bertindak sebagai asid dan bes. Contohnya, aluminium oksida meneutralkan asid lalu membentuk garam aluminium dan air, serta berfungsi sebagai asid apabila larut dalam alkali untuk membentuk garam aluminat.Menengah Atas
kasiteritcassiteriteBahan mineral berwarna hitam, coklat atau putih yang terdiri daripada timah(IV) oksida dan merupakan sumber bijih timah yang utama.Menengah Rendah
gula penurunreducing sugarGula yang mempunyai sifat menurunkan larutan Fehlings atau larutan Benedict kepada kuprum oksida.Menengah Atas
12

Kembali ke atas