Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ok.ta.na] | اوکتان

Definisi : (Kim) hidrokarbon alkana cecair yg terdapat dlm petroleum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ok.ta.na] | اوکتان

Definisi : ist hidrokarbon alkana yg ter­dapat dlm pet­roleum, digunakan dlm sintesis organik dan sbg bahan pelarut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata oktana


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OKTANA

Oktana ialah mana-mana satu daripada 18

sebatian kimia yang terdiri daripada lapan atom

karbon, dan 18 atom hidrogen. Oktana adalah

antara bahan utama petrol. Oktana yang dikenali

sebagai isooktana digunakan dalam campuran

ujian untuk menentukan sebaik mana petrol tahan

terhadap ketukan (lihat Nombor oktana ). Petrol

yang mempunyai nombor oktana tinggi mencegah

ketukan enjin dengan lebih baik daripada petrol

yang mempunyai nombor oktana rendah.

UMUM 
NOMBOR OKTANA

Nombor oktana ialah nombor yang menunjukkan

sebaik mana bahan api motor tahan terhadap

“ketukan”. “Ketukan” berlaku apabila bahan api

terakhir dalam silinder enjin terbakar terlalu cepat.

Nombor oktana bahan api motor diketahui dengan

membandingkan kecenderungan ketukan bahan api

dengan kecenderungan ketukan bahan api rujukan

dalam enjin ujian. Setiap bahan api rujukan adalah

campuran heptana normal (bahan api cenderung-

ketukan) dan isooktana (bahan api tahan ketukan).

Heptana normal mempunyai nombor oktana sifar,

dan isooktana mempunyai nilai 100. Bahan api motor

mempunyai nombor oktana 85 jika ia menghasilkan

ketukan yang sama sebagaimana bahan api rujukan

yang terdiri daripada 85 peratus isooktana dan 15

peratus heptana normal. Kebanyakan petrol

mempunyai nombor oktana dari 80 hingga 100. Lihat

juga Petrol.

UMUM 

Kembali ke atas