Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.lah] | اوله

Definisi : 1. cara (berbuat sesuatu), akal (daya upaya, tipu daya), laku, tingkah: bagaimana ~nya hendak menjadi kaya cepat? 2. per­buatan, buatan, kerja: ini sudah tentu ~ anak saya; bukan ~ bukan buatan, bukan main; 3. per­buatan yg aneh-aneh, canda, tingkah: orang tua yg banyak ~nya; olah-olah; bukan ~ bukan buatan, bukan main­an; seolah-olah seakan-akan, selaku, seperti: me­langkah indah, ringan, cepat ~ tak ber­pijak di lantai; berolah 1. berbuat (berperangai) yg aneh-aneh, bercanda, bertingkah: isterinya ~ pula, apa lagi mertuanya; 2. berbuat sesuatu utk mengabui mata, mengenakan tipu muslihat, dll; memperolahkan 1. mempermainkan, mem­per­olok-olokkan, mempersendakan; 2. mem­perdayakan, menipu; olahan suka berperangai, suka bertingkah: se­orang laki-laki yg keterlaluan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.lah] | اوله

Definisi : ; mengolah mengerjakan sehingga menjadi sesuatu yg lain (yg dapat digunakan, lebih sempurna, dll): getah dan bijih yg di­keluarkan di negeri ini dihantar keluar utk diolah; cerpen yg diolah drpd perben­da­haraan lama; ~ bahan mentah mengerjakan bahan-bahan mentah supaya menjadi barang yg boleh digunakan dll; ~ tanah mengerjakan tanah utk ditanami; olahan cara mengolah atau diolah: dgn itu susunan dan ~nya amat penting, agar dapat bahasa itu menjalankan tugas-tugasnya; pengolahan perihal (usaha, perbuatan, dsb) mengolah: Belanda memasuki perkebunan itu dan menjalankan tugas ~ kelapa sawit; kejayaan cerita ini ialah kerana keberanian pengarangnya dan ~nya yg segar; pengolah orang yg mengolah, alat utk meng­olah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.lah] | اوله

Definisi : 1 cara membuat sesuatu; akal; daya upaya: Apa ~nya supaya kita cepat kaya? 2 perbuatan; perangai: Orangnya sudah tua, tetapi banyak ~nya. berolah 1 berperangai yg aneh-aneh. 2 berbuat sesuatu utk memperdaya orang; menipu. memperolahkan mempermain-ma­in­­­­kan atau memperdaya. seolah-olah seakan-akan: Beliau melangkah ~ tidak berpijak di lantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[o.lah] | اوله

Definisi : ; mengolah mengerjakan se­suatu (spt memasak, mengukir) se­hing­ga menjadi benda lain yg lebih sempurna. ~ bahan mentah memproses barang-barang mentah supaya men­jadi bahan yg dpt digunakan. ~ tanah mengerjakan tanah supaya dpt di­tanami. pengolahan perbuatan atau hal mengolah: Jepun dan negara-negara di Eropah menjalankan tugas ~ sebahagian besar drpd bahan mentah keluaran kita. ~ cerita ini kemas dan menarik. pengolah 1 orang yg mengolah. 2 alat yg di­gunakan utk mengolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata olah

Peribahasa

Bukan mati kerana Allah,
     melainkan kerana olah.

Bermaksud :

Mendapat kecelakaan kerana banyak tingkah atau akalnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chandelle manoeuvreolah gerak chandelleAeroangkasaTiadaOlah gerak pesawat udara yang memusing dan menaik secara tiba-tiba bertujuan untuk mencapai ketinggian dan penukaran arah dengan segera.,Olah gerak pesawat udara yang memusing dan menaik secara tiba-tiba bertujuan untuk mencapai ketinggian dan penukaran arah dengan segera.
bunt aerobatic manoeuvreolah gerak aerobatik tandukAeroangkasaTiadaOlah gerak aerobatik pesawat udara yang bertentangan dengan daya tarik graviti, pergerakannya seakan-akan kerbau menanduk.,Olah gerak aerobatik pesawat udara yang bertentangan dengan daya tarik graviti, pergerakannya seakan-akan kerbau menanduk.
manoeuvring tanktangki olah gerakKejuruteraanTiadaTangki yang digunakan untuk menjalankan uji kaji olah gerak model kapal.
aerobaticaerobatikAeroangkasaTiadaOlah gerak pesawat udara yang disengajakan dan berlainan daripada keadaan penerbangan biasa.,Olah gerak pesawat udara yang disengajakan dan berlainan daripada keadaan penerbangan biasa.
manoeuvre marginjidar olah gerakAeroangkasaTiadaSatu jidar yang selari dengan perentas min iaitu pusat graviti pesawat udara berada di hadapan titik olah gerak untuk keadaan kayu tetap dan kayu bebas.
vertigovertigoPerubatanTiadaHalusinasi pergerakan, iaitu apabila seseorang terasa seolah-olah sekitarannya berputar (vertigo objektif) atau seolah-olah dirinya sendiri yang berputar (vertigo subjektif). Vertigo boleh dicetuskan pada subjek normal melalui rangsangan tertentu, atau akibat penyakit telinga dalam atau gangguan ke atas radas vestibul. Keadaan ini berlaku dalam beberapa penyakit, misalnya penyakit Meniere dan neuroma akustik. Tanda penting bagi keadaan ini ialah nistagmus, dan antara gejala lain termasuklah loya, muntah-muntah dan rebah.
divejunamAeroangkasaTiada1. Junam: Olah gerak penerbangan dalam keadaan penurunan menjunam dengan kuasa atau tanpa kuasa enjin.,Meter yang mengukur kelajuan penerbangan mengikut nombor Mach.,1. Junam: Olah gerak penerbangan dalam keadaan penurunan menjunam dengan kuasa atau tanpa kuasa enjin.
hallucinationhalusinasiPerubatanTiadaKhayalan terhadap sesuatu perkara, seolah-olah perkara tersebut wujud pada orang yang mengalami keadaan ini. Dalam keadaan begini, orang yang berkhayal itu seolah-olah dapat melihat, mendengar dan menyentuh perkara tersebut, sedangkan perkara tersebut tidak wujud dalam dunia nyata.
dumbbelldumbelAeroangkasaTiadaSatu olah gerak dalam satah menegak dilakukan oleh helikopter dalam membuat laluan rendah berulang kali pada tempat yang sama.,Seret yang terhasil kerana pembentukan vorteks di hujung sayap dan mengekori di belakang pesawat udara.,Satu olah gerak dalam satah menegak dilakukan oleh helikopter dalam membuat laluan rendah berulang kali pada tempat yang sama.
flat spinspin datarAeroangkasaTiadaSatu olah gerak spin pada sudut serang yang besar, iaitu paksi membujur pesawat udara menjadi hampir mendatar.,Sejenis aileron yang ditempatkan di sebelah dalam sayap dan digunakan semasa penerbangan laju tinggi sahaja.,Satu olah gerak spin pada sudut serang yang besar, iaitu paksi membujur pesawat udara menjadi hampir mendatar.
12345678910...

Kembali ke atas