Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.la.han] | اولهن

Definisi : cara mengolah atau diolah: dgn itu susunan dan ~nya amat penting, agar dapat bahasa itu menjalankan tugas-tugasnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.la.han] | اولهن

Definisi : suka berperangai, suka bertingkah: se­orang laki-laki yg keterlaluan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata olahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan diantara lakaran alat telekomunikasi dengan lakaran olahan ilustrasi alat telekomunikasi?Lakaran yang pertama bermaksud lakaran alat telekomunikasi.iaitu merujuk alat.   Lakaran olahan ilustrasi alat telekomunikasi merujuk lakaran olahan ilustrasi yang dibuat oleg alat telekomunikasi. Lain-lain27.03.2008
Bagaimana saya mahu mencari pengertian dan olahan maksud sajak "sejarah" karya prof. dr. Muhammad Haji SallehSaudara boleh dapatkan buku analisis tentang teks KOMSAS dalam antologi "Kerusi" yang banyak dijual di pasaran.Lain-lain01.04.2008
Salam Sejahtera, Kami sedang dalam proses menghasilkan sebuah buku cerita yang mengumpulkan cerita-cerita daripada beberapa pelajar di sekolah PINTAR. Cerita-cerita dalam buku tersebut merupakan olahan pengalaman yang pernah dilalui oleh pelajar atau cerita teladan bertujuan untuk memberi inspirasi kepada para pelajar lain yang membacanya. Sasaran golongan pembaca adalah kanak-kanak dan remaja berusia 9-15 tahun. Kami bercadang untuk menerbitkan dua versi bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dan telah melantik dua orang pengarang untuk tujuan tersebut. Walaubagaimanapun, kami tidak mempunyai penasihat bahasa bagi cerita yang diolah dalam bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, kami ingin mendapatkan khidmat semakan bahasa daripada DBP untuk menyemak cerita yang telah dikarang bagi memastikan tatabahasa dan olahan cerita digarap dengan baik agar objektif untuk memberi inspirasi kepada pembaca tercapai. Jadi boleh kami tahu dengan siapa kami boleh berhubung untuk perkara ini dan apakah langkah yang harus kami lakukan dalam mendapatkan khidmat semak bahasa oleh DBP. Kami boleh menghantar cerita contoh untuk dijadikan rujukan pihak DBP.Khidmat nasihat bahasa tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen melebihi 100 patah perkataan. Walau bagaimanapun DBP boleh membantu saudara mengenal pasti pegawai yang boleh melaksanakan tugasan tersebut di luar waktu pejabat. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Puteri Aishah melalui e-mel aishah3@dbp.gov.my.Lain-lain20.07.2012
Adakah frasa "menjana pendapatan" gramatis, atau perlu diubah kepada "menjanakan pendapatan"?
Frasa "menjana pendapatan" adalah lebih gramatis. Sila rujuk olahan menjana dan menjanakan yang dipetik daripada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), iaitu:

menjana منجان 
kt [psf: dijana, jana] 1 menghasilkan atau mengeluarkan (wang, tenaga dll): Institut tsb bertanggungjawab
menjana tenaga kerja berkemahiran tinggi utk memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi.Bekalan kuasa elektrik di atas kapal datang drp sumber kuasa yg dijana oleh generator. Janalah pendapatan anda dr rumah sehingga RM100.00 sehari.

2 menyebabkan (sst keadaan, sistem dsb) berlaku atau terlaksana: Tanggungjawab kita mengemukakan
idea praktikal utk menjana sistem ekonomi Islam yg realistik. Kemajuan akan dijana oleh pelaburan luar dan juga peruntukan dalaman drp kerajaan.

3 menjadikan (akal atau minda) berfikir dgn baik, kreatif, kritis dsb: Hadis hendaklah dijadikan panduan utk menjana akal kita supaya berfikir pd landasan yg betul.

menjanakan منجاناكن  kt [psf: dijanakan, janakan] menjana;
 
Lain-lain10.06.2021
Salam sejahtera. Apakah perkataan Bahasa Melayu bagi perkataan 'stylised' yang membawa maksud 'depict or treat in a mannered and non-realistic style'? Terima kasih.Pihak kami mencadangkan perkataan  'stylised' dalam bahasa Melayu sebagai "olahan semula".  Namun ia perlu diselaraskan dengan konteks ayat yang digunakan. Terima kasih. Makna26.08.2020
Apakah perbezaan antara cikgu dan guru
Perkataan cikgu dan guru mempunyai makna yang hampir sama tetapi laras dan kaedah penggunaannya adalah berbeza. Perkataan cikgu digunakan dalam bahasa basahan untuk merujuk kepada guru, iaitu orang yang kerjanya mengajar atau mendidik
pelajar secara formal di sekolah. Cikgu juga digunakan sebagai kata panggilan kepada orang yang mengajar secara formal
di sekolah. Saya memetik olahan cikgu dan guru daripada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk rujukan saudara, iaitu:



cikgu 
n 1 panggilan kpd orang yg mengajar secara formal di sekolah: Cikgu Sahar membawa murid-muridnya
beriadah di Taman Tasik Titiwangsa. Saya ingin belajar tarian ini, boleh cikgu tunjukkan
caranya?
2 bb orang yg mengajar secara formal di sekolah; guru: Kedua-dua cikgu itu baru tahun ini
mengajar di sekolah kami.


guru
n 1 orang yg kerjanya mengajar atau mendidik pelajar secara formal di sekolah: Pelajar perlu
menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dlm kelas.
2 orang yg mengajar atau mendidik ttg
sst perkara, bidang dsb: Masalahnya bermula apb guru kelas gimnastik enggan meneruskan kelasnya.
tGuru beliau dlm bidang fiqah ialah Sufyan al-Sauri, Malik bin Anas dan Abu Hanifah.
3 pemimpin
agama Hindu;
Makna24.08.2023
perbezaan penggunaan perkataan kategori & pengkategorian contoh ayatMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kategori bermaksud bahagian dalam sesuatu sistem klasifikasi, kumpulan (golongan dan sebagainya) besar berdasarkan ciri-ciri tertentu. Contoh ayat ialah Dewan Pelajar, Dewan Ekonomi dan Dewan Kosmik ialah bahan bacaan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam kategori majalah.

Pengkategorian bermaksud proses mengkategorikan sesuatu, pengklasifikasian dan penggolongan. Contoh ayat ialah pengkategorian karya seni mengikut kriteria tertentu yang berdasarkan bentuk dan olahan pokok persoalan. 
Makna12.09.2020
Salam, untuk kata "memperindah," PRPM menyebut "Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperindah." Akan tetapi, takrifan ada diberikan. Saya dapati ada kes-kes seperti ini. http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=memperindah+ PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya, selain daripada Kamus Dewan Edisi Keempat, Kamus Dewan Perdana dan kamus-kamus lain terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Manakala tesaurus pula ialah buku yang mengandungi senarai kata seerti atau sinonim dan kata yang berkaitan maknanya, yang disusun mengikut sistem atau olahan tertentu. Sehubungan dengan itu, disebabkan fungsinya yang berbeza, tidak semua kata yang terakam dalam PRPM dilengkapi dengan maklumat tesaurus, termasuk perkataan “memperindah”.

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan tesaurus, sila rujuk Tesaurus Bahasa Melayu Dewan Edisi Baharu. Tesaurus tersebut mengandungi kira-kira 5,400 entri utama dan 18,000 subentri yang dilengkapkan dengan pilihan sinonim dan kata-kata yang berkaitan serta lebih tersusun dan jelas berdasarkan pecahan makna dan kolokasi, selain dilengkapi  dengan kelas kata dan label geografi.
Lain-lain19.02.2022
Assalammualaikum/Salam Sejahtera. Merujuk kepada soalan saya pada 20.9.2017 seperti di bawah: Saya ingin bertanya kepada pihak DBP, apakah istilah yang tepat bagi Solow residual dalam Bahasa Melayu? Adakah sisa solow? Dan jawapan dan soalan daripada pihak tuan pada 28.9.2017 seperti di bawah : Salam sejahtera, Tuan, Boleh berikan maksud perkataan yang diajukan atau bidang penggunaan perkataan di aats. Hal ini untuk pihak kami beri terjemahan yang sesuai. Sekian, terima kasih. Penerangan : maksud perkataan yang ingin saya ajukan ialah mengenai 'Solow Residual' dan terjemahan yang tepat bagi perkataan ini dalam Bahasa Melayu. Ia merupakan istilah digunakan dalam bidang ekonomi. Sekian, Terima Kasih.

Waalaikumussalam. Menurut data kami, belum ada istilah bahasa Melayu untuk Solow residual. Dalam konteks bidang ekonomi, padanan bahasa Melayu untuk residual yang digunakan ialah baki atau sisa. Contohnya

residual treatment effect kesan olahan baki
residual factor faktor baki
residual autocorrelation autokorelasi sisa

 

 Oleh itu, kami mencadangkan baki Solow atau sisa Solow sebagai padanan bahasa Melayu untuk Solow residual.   Sekian. Terima kasih.
Istilah28.09.2017

Kembali ke atas