Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.lo/.o.lo/] | اولوق٢

Definisi : main-main, lawak-lawak: bang­­kangannya itu hanya ~ sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.lo/.o.lo/] | اولوق٢

Definisi : tidak sungguh-sung­guh (bkn sesuatu perbuatan atau perca­kapan); utk bermain-main saja: Saya harap saudara tidak marah, itu cuma ~ saja. bukan ~ sungguh-sungguh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
make-believeolok-olokKesenianTiadaTiada
mock trialperbicaraan olok-olokUndang-undangTiadaTiada
catch talescerita olok-olokKesusasteraanTiadaCerita-cerita mudah yang direka sekadar untuk bercerita tanpa sebarang tujuan. Contoh: cerita-cerita yang diceritakan oleh nenek sewaktu menidurkan cucu-cucunya.
perceived constipationsembelit olok-olokPerubatanTiadaTanggapan sembelit yang tidak benar.
virus hoaxvirus olok-olokTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang kononnya wujud dalam sistem komputer yang merupakan fail virus yang mampu menyebabkan kerosakan dahsyat kepada sistem komputer. Maklumat palsu ini menyatakan kononnya wujud satu atau lebih fail sistem komputer yang telah dijangkiti virus berbahaya. Maklumat ini juga akan menyebabkan pengguna menjadi panik dan akan berusaha mencari dan membuang fail yang dinamakan tersebut daripada sistem komputer. Biasanya fail yang dinamakan dalam maklumat palsu ini adalah sebenarnya sebahagian daripada sistem pengoperasian. Pembatalan fail tersebut akan menyebabkan sistem pengoperasian tidak dapat berfungsi dengan betul atau berhenti sepenuhnya.
make-believe playpermainan olok-olokPendidikanTiadaTiada
make-believe playpermainan olok-olokSosiologiTiadaTiada
make-believe playpermainan olok-olokPsikologiTiadaTiada
business gamemainan niagaPentadbiranTiadaLatihan berniaga olok-olok menggunakan model matematik bagi suatu situasi perdagangan melibatkan sekumpulan pengurus, pelajar atau lain-lain pihak dalam memutuskan sesuatu tindakan yang dibuat dalam bentuk data.
simulation traininglatihan simulasiPentadbiranTiadaBentuk latihan olok-olok tentang keadaan sebenar pekerjaan untuk memberi peluang kepada pelatih membuat pengarahan yang formal.
12

Kembali ke atas