Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.na/] | اونق

Definisi : 1. = akar ~ sj tumbuhan (pokok men­jalar), akar kait-kait, damai-damai, dedamai, jambu kelawar, kuku lang rimba, Zizyphus calophylla; 2. sj tumbuhan (pokok rotan yg berduri), Plectocomia griffithii; 3. duri yg bengkok (spt kait). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.na/] | اونق

Definisi : duri yg bengkok (spt kait). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata onak

Peribahasa

Kecil anak besar onak.

Bermaksud :

Anak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Mohon penelitian ayat - ayat berikut sebagai lirik lagu Kita semua serupa Berpijak dibumi yang nyata Mendaulatkan prinsip yang lima Bersatu hati demi semua Usah diduga akal dan budi Merobek jiwa meruntuh janji Hitam dan putih tidak bererti Asal semua hormat menghormati Ayuh semua kita Berganding bahu berpimpin tangan Mengharungi onak dan duka Asal kita tidak berangan Nun didesa atau dikota Semua pasti merasa bahagia Menyemai kasih menyulam cinta Melahirkan insan yang setia Apa jua rintangan Jangan ada yang terkesan Memutuskan persahabatan Mencipta jurang perpecahan

Lirik lagu tidak perlu melalui proses semakan DBP. Walau bagaimanapun, mohon pihak tuan membetulkan ejaan seperti di bumi, di desa, di kota dan hormat-menghormati.

Untuk makluman tuan juga, dalam penulisan karya sastera, ada sedikit "kebebasan" diberikan kepada pengkarya untuk menghasilkan karyanya yang diistilahkan sebagai “kebebasan penyair” (poetic licence). Kebebasan yang dimaksudkan adalah mengubah suai bahasa seperti ritma, kiasan kata, nahu dan susun kata mengikut keperluan pengkarya itu sendiri bagi melahirkan kesan tertentu. Biasanya lesen ini lebih banyak melibatkan penyair, cerpenis, novelis dan termasuk penulis lirik lagu. Sungguhpun begitu, karya seni termasuk lirik lagu yang menggunakan bahasa yang baik dan betul dapat memperkasakan penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat. Ini kerana karya seni termasuklah lirik lagu merupakan ranah yang digemari ramai dan dapat mempopularkan sesuatu bahasa dengan cepat.

Untuk membantu tuan membuat semakan penggunaan perkataan yang betul, tuan boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”.


Lain-lain17.11.2021
Assalamualaikum. Saya nak bertanya. Adakah wujud perkataan "sesat barat"? Jika ada, adakah ianya satu bentu penggandaan berentak?

Untuk makluman saudara, sesat barat bukan kata ganda berentak. Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 2083) sesat barat diolah sebagai frasa di bawah entri sesat dan takrifannya adalah seperti yang berikut:

 

sesat barat

a sesat dan bertambah sesat lagi sehingga tidak tahu akan jalan keluar: Dgn bersusah payah, Nek Munah meredah semak samun, duri dan onak

hingga sesat barat entah ke mana.

b salah sama sekali pegangan, kepercayaan dsb yg diikuti;

c kelam-kabut dan tidak dapat menyelesaikan sst masalah;

 

Saudara juga boleh mendapatkan penerangan berkaitan kata ganda berentak dengan merujuk Tatabahasa Dewan Edis Ketiga (DBP, 2008: 78 - 79).

Lain-lain03.07.2021

Kembali ke atas