Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.pe.ra] | اوڤرا

Definisi : sj drama yg disertai dgn nyanyian dan muzik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.pe.ra] | اوڤرا

Definisi : pertunjukan pentas atau bangsa­wan yg disertai nyanyian dan muzik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata opera


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OPERA KOMEDI

Opera komedi lihat Opera (Opera barok).

UMUM 
OPERA

Opera ialah drama yang pelakonnya

menyanyikan, bukan mengucapkan, semua atau

sebahagian besar dialognya. Jalan ceritanya kerap

kali sangat dramatik, menggambarkan perasaan

yang mendalam yang biasa dialami oleh manusia

sepanjang zaman. Beberapa opera yang paling

masyhur memaparkan unsur yang sangat tragik.

Opera berkemungkinan merupakan yang paling

kompleks antara semua bentuk kesenian. Ia

menggabungkan lakonan, nyanyian, muzik

orkestra, kostum, pemandangan, dan sering kali

balet atau beberapa bentuk tarian yang lain.

UMUM 
SYDNEY OPERA HOUSE

Sydney Opera House di Sydney, Australia

dianggap sebagai salah sebuah bangunan yang

teragung pada tahun 1900-an. Ia terletak di

Bennelong Point, sebuah semenanjung yang

menganjur ke Pelabuhan Sydney. Dua buah

bumbungnya yang seperti layar kapal itu dengan

cangkerang yang tindih-menindih, serta

kejuruteraannya yang mengagumkan telah

menjadikannya terkenal ke seluruh dunia. Gedung

opera ini dapat menampung lebih 6600 orang

penonton. Dewan-dewannya menyediakan

kemudahan untuk konsert simfoni, opera, drama,

balet, filem, resital solo, pameran dan konvensyen.

Bumbung cangkerang itu meliputi dua buah

dewan pertunjukan yang terbesar dan sebuah

restoran.

UMUM 
DONIZETTI, GAETANO

Donizetti, Gaetano (1797–1848), penggubah

opera Itali. Semasa hidupnya, dia menduduki

tempat kedua selepas Gioacchino Rossini.

Donizetti menulis lebih kurang 65 opera

dan opereta, dan menjadi masyhur dengan

kemampuannya mereka cipta opera dalam masa

yang singkat.

UMUM 
ROSSINI, GIOACCHINO ANTONIO

Rossini, Gioacchino Antonio (1792–1868)

ialah penggubah opera Itali. Karyanya, The Barber

of Seville (1816) barangkali merupakan opera farsa

yang paling agung pernah dikarang.

UMUM 
SMETANA, BEDRICH

Smetana, Bedrich (1824–1884) ialah

penggubah Czech. Dia dan Antonín Dvorák

dianggap sebagai pengasas pusat pengajian muzik

kebangsaan Czech. Lapan opera Smetana

memulakan tradisi opera kebangsaan di Czech.

Operanya yang termasyhur ialah The Bartered

Bride (1866). Namun, opera yang paling patriotik

ialah Libuse (1872). Siri enam puisi simfoninya, Ma

Vlast (My Fatherland, 1879) juga terkenal. Ini

termasuklah River Moldau yang dikenali ramai.

Kuartet Alat Tali dalam E minor autobiografi

Smetana iaitu From My Life (1876), mempengaruhi

kuartet selepasnya oleh Leo Janácek, penggubah

berketurunan Czech.

UMUM 
PENTAS OPERA

PENTAS OPERA, drama 13 babak karya Zakaria Ariffin.  Drama ini memenangi hadiah kedua dalam Pertandingan Hadiah Drama ESSO-GAPENA II pada tahun 1988/89, dan dipentaskan buat pertama kalinya di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1989 oleh anggota Badan Budaya DBP.  Zakaria bertindak sebagai pengarah.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
TE KANAWA, DAME KIRI

Te Kanawa, Dame Kiri (1944– ), penyanyi

opera New Zealand, salah seorang penyanyi

soprano yang paling disanjung di dunia. Dia telah

menyanyikan peranan utama dalam opera karya

penggubah seperti Wolfgang Amadeus Mozart,

Giacomo Puccini, Giuseppe Verdi, Georges Bizet,

dan Richard Strauss.

UMUM 
OPERETA

Opereta ialah sejenis teater muzikal yang

popular sejak pertengahan tahun 1800-an hingga

tahun 1920-an. Opereta berkembang daripada

opera komedi Perancis. Walau bagaimanapun,

tidak seperti opera, opereta mengandungi dialog

yang diucapkan, bukan dialog yang dinyanyikan,

dan lagu, bukan aria. Overtur opereta sering kali

lebih merupakan rangkai lagu daripada

pertunjukan itu daripada gubahan yang

berasingan, seperti dalam opera.

UMUM 
MUSSORGSKY, MODEST

Mussorgsky, Modest (1839–1881) ialah salah

seorang komposer Rusia yang ulung dalam

sejarah. Opera yang bertenaga Boris Godunov

(1874) merupakan gubahan yang paling baik. Opera

ini berasaskan kehidupan tsar, mencerminkan

tarikan minat kepada tema tentang Rusia yang

dalam hampir kesemua muzik Mussorgsky.

UMUM 
12345

Kembali ke atas