Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.pe.ra] | اوڤرا

Definisi : sj drama yg disertai dgn nyanyian dan muzik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.pe.ra] | اوڤرا

Definisi : pertunjukan pentas atau bangsa­wan yg disertai nyanyian dan muzik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata opera


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
operaoperaMuzikTiada

 Genre muzik yang wujud pada akhir abad ke-16 dan terus dikarya sehingga kini. Genre ini terdiri daripada drama, lakonan dan muzik, hiasan pentas dan kostum. Temanya berkenaan dengan cerita legenda, mitos atau kehidupan seharian. Opera biasanya dimulakan dengan satu ouverture dan diikuti beberapa babak dan adegan. Muzik opera mengandungi pelbagai jenis lagu seperti aria, duo, ensembel, korus dan resitatif. Komposer opera yang utama ialah Montiverdi, Mozart, Purcell, Rossini, Verdi dan Puccini. Lihat juga opera buffa, opera seria, opera comique, singspiel, number opera, opera balada, operetta.

comic operaopera komikMuzikTiada

 Opera yang mempunyai elemen jenaka. Opera jenis ini muncul pada abad ke-18 di Itali dan di Perancis. Plot ceritanya berkenaan peristiwa seharian dalam masyarakat. Muziknya digubah mengikut gaya popular semasa dan liriknya, iaitu li­bretto pula ditulis berdasarkan laras jenaka. Opera komik biasanya lebih pendek jika dibandingkan dengan opera jenis lain seperti opera seria. Opera komik juga merujuk kepada opera comique Perancis dan opera buffa Itali. Contohnya, he Devin du Village (1752) oleh Rousseau, Le Zite 'ngalera (1722) oleh Leonardo Vinci.

light operaopera ringanKesusasteraanTiadaOpera yang kurang nilai persembahannya dan tidak serius sebagaimana opera besar.
Chinese operaopera CinaMuzikTiadaTeater yang berasal dari China dan dibawa ke Malaysia oleh imigran Cina pada abad ke-19 dan abad ke-20. Opera Cina terdiri daripada lakonan, tarian, muzik instrumental dan nyanyian. Teater ini dimainkan semasa perayaan kelahiran dewa-dewi kuil Cina. Terdapat beberapa jenis opera Cina di Malaysia seperti opera Teochiu, Hainan, Hokkien dan Kantonis. Secara amnya, ensembel muzik yang mengiringi opera Cina dibahagikan kepada ensembel sivil yang mengutamakan alat muzik bertali dan ensembel tentera yang terdiri daripada alat genderang seperti gong, simbal, blok kayu dan dram. Contohnya, ensembel sivil yang mengiringi opera Kan­tonis di Malaysia terdiri daripada yiahu, yuehu, pipa, yang qin, saksofon, violin dan gitar Hawaii.
grand operaopera agungKesenianDrama dan TeaterPersembahan opera yang lebih gemilang dari segi gubahan persembahan berbanding dengan opera biasa.
light operaopera ringanKesenianTiadaCorak persembahan opera yang membawa cerita lebih sederhana dan turut mengandungi dialog selain lagu dan muzik. Dalam konteks masa kini, teater muzikal boleh dianggap sebagai opera ringan. Sinonim opereta.
operaoperaKesusasteraanTiadaBentuk persembahan teater atau drama yang merangkumi unsur-unsur muzik, tarian dan dialog yang berasal daripada tragedi yang didikirkan. Persembahan teater ini merupakan suatu percubaan untuk menghidupkan kembali tragedi Yunani klasikal yang amat berpengaruh. Perkembangannya juga didorong oleh bentuk persembahan masque. Dari kurun ke-16 hingga pertengahan kurun ke-17, opera merupakan hiburan khas istana dan akademik (pusat pengajian tinggi). Pada tahun 1637, pelancaran dan perasmian Opera House di Venice membuka opera kepada tontonan orang ramai. Opera kemudian berkembang di seluruh Eropah dengan sumbangan Richard Wagner (1813-1883) di Jerman. Opera pada masa kini menjadi salah satu bentuk teater utama di Barat dan kepentingannya dibuktikan dengan kewujudan karya besar oleh komposer seperti Mozart, Puccini, Monteverdi dan sebagainya. Antara contoh opera ialah Aida, Madam Butterfly, Don Giovani, Dan Carlos dan Faust. Lihat juga masque.
opera comiqueopera comiqueMuzikTiada

 Opera jenaka Perancis. Selain aria dan resitatif, dialog juga digunakan dalam opera jenis ini. Skripnya, iaitu libretto opera comique dalam bahasa Perancis. Contohnya, Carmen (1873 -1874) ciptaan Bizet.

comic operaopera komikKesusasteraanTiadaOpera komedi yang dipersembahkan secara muzik, sama ada dengan atau tanpa dialog.
ballad operaopera baladaKesenianTiadaOpera berdialog menggunakan lagu popular semasa dengan lirik baru.
12345678910...

Kembali ke atas