Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.pe.ra.si] | اوڤراسي

Definisi : 1. pembedahan: ia sanggup men­jalani suatu ~ asal sahaja penyakitnya itu boleh hilang; 2. perjalanan (alat, pesawat, jentera, dll): buku ini juga menjelaskan ~ beberapa alat berdasarkan prinsip me­kanik; 3. ke­giatan (syarikat perniagaan, per­usahaan, dsb); 4. gerakan tentera, polis, dll: ~ jenayah dan keselamatan; daerah ~ daerah yg sedang di­jalankan gerakan tentera; kamar ~ a) bilik tem­pat dilakukan pembedahan, bilik bedah; b) bilik tempat dikawal atau diken­dalikan se­suatu gerakan, bilik gerakan; eroperasi 1. melakukan gerakan (tentera dll); 2. bergerak, berjalan: menerangkan cara sistem itu ~ dlm situasi-situasi baru; 3. menjalankan kegiatan (perniagaan dsb): sehingga kini sebanyak 15 buah syarikat telah ~; mengoperasi melakukan pembedahan (atas), membedah: ~ orang yg sakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.pe.ra.si] | اوڤراسي

Definisi : 1 gerakan tentera, polis dll utk mencegah atau utk mengawal se­suatu: ~ mencegah jenayah. 2 gotong-royong yg dilakukan oleh pihak-pihak tertentu terhadap kerja-kerja kebajikan: Masyarakat kampung itu menjalankan ~ membersihkan masjid dan kawasan perku­buran. 3 proses hitungan campur, hi­tungan tolak, hitungan darab dll yg di­lakukan mengikut tatacara tertentu. ~ dedua operasi yg menggabungkan dua unsur utk menghasilkan unsur yg ketiga (spt 2 + 5 = 7). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
operasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan gerakan, tindakan, kegiatan, aktiviti, langkah, usaha, kempen;,
Kata Terbitan : beroperasi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan cerakinkan ayat Pihak polis mengadakan operasi untuk membanteras kegiatan jenayah. Ayat 1: pihak polis mengadakan operasi. Ayat 2: operasi ini membanteras kegiatan jenayah. Soalan saya: betulkah jawaban ayat 2. Terima kasih
Jawapan ayat 2 betul. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan ayat yang lebih tepat seperti yang berikut:

Ayat 1: Pihak polis mengadakan operasi.
Ayat 2: Operasi ini adalah untuk membanteras kegiatan jenayah.
Tatabahasa18.05.2023
Yang manakah lebih sesuai, 1. operasi pungutan tol atau 2. operasi kutipan tol atau ada lain-lain istilah yang lebih tepat? Terima kasih.Jawapan yang tepat ialah operasi memungut tol ataupun operasi mengutip tol. Terima kasih.  Tatabahasa15.01.2009
Operasi besar-besaran hendaklah dibuat sebagaimana yang telah dilakukan dalam usaha membanteras VCD cetak rompak. (Munsyi, saya ada membaca tentang istilah sebagaimana , seperti mana tidak sesuai digunakan dalam ayat, sama seperti yang mana, di mana. adakah ini benar? TK)Perkataan sebagaimana dan sepertimana boleh digunakan. Penggunaan perkataan ini tidak sama seperti perkataan yang mana dan di mana dalam ayat penyata. Perkataan yang mana dan di mana tidak digunakan kerana frasa ini lebih merupakan terjemahan langsung bagi perkataan which dan where dalam ayat penyata bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu.Tatabahasa05.04.2012
Apakah perbezaan antara Peraturan Tetap Operasi dan Prosedur Tetap Operasi

Peraturan  ialah segala yang telah ditentukan (ditetapkan dan sebagainya) dan mesti diikuti atau dipatuhi dan peraturan yang berkuat kuasa contohnya, Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020. Manakala prosedur ialah aturan, tatacara, kaedah bekerja atau melakukan sesuatu yang perlu dipatuhi bagi mencapai tujuan tertentu. Prosedur juga termasuk sebahagian daripada peraturan contohnya, Prosedur Kerja Selamat Pencegahan COVID-19 di Tempat Kerja yang disediakan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia merupakan sebahagian daripada Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

 

Makna29.01.2021
Pertanyaan. Apakah istilah sebenar bagi SOP (Standard Operating Procedures)? Di dalam PRPM memberikan hasil gelintaran berikut iaitu tatacara operasi standard tetapi di kebanyakan akhbar pula menggunakan Prosedur Operasi Standard. Mohon kepastian.Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan istilah Prosedur Kendalian Standard, walau bagaimanapun tidaklah menjadi suatu kesalahan jika menggunakan istilah Prosedur Operasi standard.Istilah02.11.2011
Adakah Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu dieja dengan huruf besar atau huruf kecil? Saya kerap melihat kedua-dua ejaan diguna pakai dalam media massa. "KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melihat semula prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan berkaitan kenderaan elektrik (EV) bagi memastikan sektor itu dapat dibangunkan dengan lestari di dalam negara." Dipetik daripada "Kementerian Pengangkutan arah JPJ lihat peraturan, SOP berkaitan EV", BERNAMA, 16 Oktober 2023.

Penulisan  bagi istilah Standard Operating Procedure (SOP) dalam bahasa Melayu ialah “Prosedur Operasi Standard”.  Namun, terdapat variasi penggunaan istilah ini seperti yang berikut:
 

i.          Prosedur Pengendalian Standard

ii.         Tatacara Pengendalian Piawai (bidang Ekonomi)

iii.        Tatacara Operasi Standard (bidang Sains Politik)

Istilah17.10.2023
Adakah Perintak Kawalan pergerakan (PKP) Dan Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagai akronim .terima kasih.Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Prosedur Operasi Standard (SOP) merupakan singkatan frasa.Tatabahasa09.11.2022
Wujud" pertindihan usaha "dalam menguruskan operasi kerana penekanan kepada pengguna dan bukannya tugas. Apakah maksud rangkaian perkataan bagi pertindihan usaha dalam ayat ini?Wujud pertindihan usaha dalam menguruskan operasi kerana penekanan kepada pengguna dan bukannya tugas. Maksud "pertindihan usaha" dalam ayat tersebut ialah berlehih-lebihan atau berlaku pengulangan dalam perkara yang dilakukan. Makna21.02.2023
Boleh kongsikan format / pengisian wajib dalam "Polisi Operasi Perkhidmatan". Terima kasih.Selamat petang

Pihak kami mohon maaf kerana tidak mempunyai maklumat atau data tentang "Polisi Operasi Perkhidmatan" tersebut. Sekian. Terima kasih.
Lain-lain27.06.2016
1. Saya ingin mohon khidmat nasihat berkaitan istilah-istilah SOP yang sedang digunakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar istilah yang digunakan adalah selaras di peringkat jabatan. Contoh penggunaan istilah yang merujuk kepada SOP adalah seperti berikut: i) Prosedur Tetap Operasi Pengurusan Kes Keganasan Rumah Tangga ii) Prosedur Operasi Standard Perintah Khidmat Masyarakat iii) Peraturan Tetap Operasi Penguatkuasaan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) dan Pusat Jagaan 2. Sehubungan itu, perkara ini dirujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mendapatkan pandangan dan penyeragaman penggunaan istilah tersebut. Sekian, terima kasihPadanan standard operating procedure (SOP) dalam bahasa Melayu ialah "tatacara pengendalian piawai", "tatacara pengendalian standard", "prosedur pengendalian standard" dan "prosedur operasi standard". Walau bagaimanapun, istilah "prosedur operasi standard" paling banyak digunakan khususnya dalam dokumen rasmi kerajaan. Istilah22.02.2022
12345678910

Kembali ke atas