Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.pe.ra.si] | اوڤراسي

Definisi : 1. pembedahan: ia sanggup men­jalani suatu ~ asal sahaja penyakitnya itu boleh hilang; 2. perjalanan (alat, pesawat, jentera, dll): buku ini juga menjelaskan ~ beberapa alat berdasarkan prinsip me­kanik; 3. ke­giatan (syarikat perniagaan, per­usahaan, dsb); 4. gerakan tentera, polis, dll: ~ jenayah dan keselamatan; daerah ~ daerah yg sedang di­jalankan gerakan tentera; kamar ~ a) bilik tem­pat dilakukan pembedahan, bilik bedah; b) bilik tempat dikawal atau diken­dalikan se­suatu gerakan, bilik gerakan; eroperasi 1. melakukan gerakan (tentera dll); 2. bergerak, berjalan: menerangkan cara sistem itu ~ dlm situasi-situasi baru; 3. menjalankan kegiatan (perniagaan dsb): sehingga kini sebanyak 15 buah syarikat telah ~; mengoperasi melakukan pembedahan (atas), membedah: ~ orang yg sakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.pe.ra.si] | اوڤراسي

Definisi : 1 gerakan tentera, polis dll utk mencegah atau utk mengawal se­suatu: ~ mencegah jenayah. 2 gotong-royong yg dilakukan oleh pihak-pihak tertentu terhadap kerja-kerja kebajikan: Masyarakat kampung itu menjalankan ~ membersihkan masjid dan kawasan perku­buran. 3 proses hitungan campur, hi­tungan tolak, hitungan darab dll yg di­lakukan mengikut tatacara tertentu. ~ dedua operasi yg menggabungkan dua unsur utk menghasilkan unsur yg ketiga (spt 2 + 5 = 7). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
operasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan gerakan, tindakan, kegiatan, aktiviti, langkah, usaha, kempen;,
Kata Terbitan : beroperasi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
water welltelaga airKejuruteraanPetroleumTelaga yang digerudi bagi mendapatkan bekalan air untuk kegunaan awam dan/atau untuk mendapatkan persediaan air yang diperlukan bagi membantu operasi penggerudian, operasi perolehan sekunder, atau operasi-operasi lain yang mesti dilakukan terhadap telaga minyak dan/atau telaga gas.
algebraic solutionpenyelesaian algebraMatematikTiadaBukti atau penyelesaian yang menggunakan simbol-simbol aljabar dan operasi-operasi aljabar.
data manipulation instructionsuruhan pengolahan dataKejuruteraanTiadaSuruhan dalam atur cara komputer untuk melakukan operasi-operasi piawai pengisihan, pencantuman, masukan/keluaran dan penjanaan laporan.
completed operations insuranceinsurans operasi sempurnaPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans yang dikeluarkan bagi berbagai-bagai jenis kontraktor. Insurans ini melindungi liabiliti kontraktor bagi kemalangan yang timbul akibat tugas-tugas atau operasi-operasi yang telah disempurnakan.
residue checksemakan bakiKejuruteraanTiada1. Semakan yang dilakukan untuk mengesahkan operasi matematik dengan setiap kendalian dibahagi dengan nombor n yang menjana pesisa yang mengiringi kendalian itu sebagai digit semakan dalam operasi-operasi yang berikutnya. Sinonim: semakan modula-N>,2. Kaedah pengesahan dengan menggunakan keserbasamaan. Sinonim: semakan modula-N
rackingpenyadakan; penggerekanKejuruteraanTiada1. Menjauhkan hujung setiap baris bata atau batu daripada baris yang sebelumnya.,2. Mengampaikan kerja pada kerangka yang mengalirkan arus kepada elektrod untuk elektropenyaduran dan operasi-operasi elektrokimia lain.,3. Menempatkan paip tegak secara teratur di dalam derik semasa mengangkat paip keluar daripada lubang telaga semasa penggerudian telaga minyak.,4. Daya-daya mendatar pada satah siku yang cenderung untuk mengherotkan bentuk segi empat tepat kepada paralelogram. Sinonim: daya pemusnah.
skinkulitKejuruteraanPetroleumBahagian dari formasi, biasanya relatif tipis, di sekeliling lubang telaga yang rosak akibat serbuan bahan asing ke dalam bahagian formasi tersebut. serbuan bahan asing ini boleh berlaku semasa operasi-operasi seperti penggerudian, pelengkapan dan sebagainya.
composite ratekadar kompositinsuransTiadaKadar tunggal yang menggunakan satu asas sahaja bagi pengiraan premium, seperti gaji atau hasil jualan. Bagi kadar tunggal ini, insured dilindungi daripada berbagai bahaya yang berkaitan dengan Premis dan Operasi, Operasi Dempurna, Liabiliti Keluaran dan Automobil. Tujuan utama ialah untuk memudahkan pengiraan premium polisi tersebut.
composite ratekadar kompositPentadbiran PerniagaanTiadaKadar tunggal yang menggunakan satu asas sahaja bagi pengiraan premium, seperti gaji atau hasil jualan. Bagi kadar tunggal ini, insured dilindungi daripada berbagai bahaya yang berkaitan dengan Premis dan Operasi, Operasi Sempurna, Liabiliti Keluaran dan Automobil. Tujuan utama ialah untuk memudahkan pengiraan premium polisi tersebut.
manufacturing operationoperasi perkilangan; operasi pembuatanPentadbiranTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas