Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana betul ungkapan berikut : i. kata orang-orang tua ii kata orang tua-tua1.orang tua-tua membawa maksud orang-orang lama yang merujuk pengalaman atau petua orang-orang lama. 2.orang-orang tua pula merujuk golongan warga emas.Makna02.02.2017
1. apakah penjodoh bilangan yang sesuai bagi 'orang-orang' yang digunakan di tengah-tengah sawah? 2. apakah perbezaan penggunaan perkataan 'ramai' dan 'banyak', perkataan manakah yang sesuai digunakan untuk menunjukkan bilangan orang?1. Orang-orang merujuk kepada sesuatu yang dibuat seperti orang atau patung. penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebuah.

2. Banyak boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia, manakala ramai hanya digunakan untuk manusia sahaja. Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan.

3. Banyak orang.

Lain-lain06.08.2011
1)Manakah antara berikut yang benar? rumah orang-orang tua, rumah orang tua-tua atau rumah orang tua sahaja. * Ramai rakan saya yang mengatakan "rumah orang-orang tua" sedangkan saya berpendapat orang-orang membawa maksud sejenis patung yang dibuat untuk menakutkan burung di bendang. 2) Manakah ayat yang berikut benar? i) Mereka sedang menjalankan latihan kawat di padang. ii) Mereka sedang menjalani latihan kawat di padang. 3)

1. Frasa yang betul ialah rumah orang tua. 

2. Ayat yang betul ialah mereka sedang menjalani latihan kawad di padang. 

Istilah12.04.2009
Salam.. saya hendak bertanya mengenai penggunaan penjodoh bilangan orang.. 1. Dua pelajar atau dua orang pelajar 2. Dua orang ahli PBSM atau dua ahli PBSM 3. Setiap murid atau setiap orang murid 4. Setia guru atau setiap orang guruPenjodoh bilangan "orang" perlu hadir dalam ayat tersebut sebagai penerang pada kata nama yang mengikutinya, seperti dua orang pelajar ...  dua orang ahli PBSM .... setiap orang murid...Tatabahasa17.02.2013
Adakah "orang-orang" bentuk jamak (plural form) untuk "orang"? Yang manakah ayat yang betul (1) orang ramai berkumpul di hadapan stadium. (2) ramai orang berkumpul di hadapan stadium.

Gunakan penanda jamak seperti ramai untuk menggantikan orang-orang.

Kedua-dua ayat tersebut adalah betul.

Lain-lain13.12.2022
1. Mana yang betul, Bahasa Malaysia atau bahasa Malaysia? 2. orang atau orang-orang untuk jamak/plural? (Dalam banyak tulisan - akhbar dan buku - 'orang-orang' digunakan untuk bentuk jamak.1. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu.
2. Orang boleh bermaksud tunggal atau jamak. Dalam data rujukan banyak digunakan perkataan orang-orang bagi menunjukkan jamak. Walau bagaimanapun tidak salah jika kita menggunakan orang, lebih-lebih lagi kecenderungan penulis kini yang mementingkan nilai ekonomi dalam berbahasa.
Tatabahasa31.05.2012
1. Orang tua itu memberitahu kisahnya kepada beberapa orang murid. 2. Orang tua itu memberitahu beberapa orang murid ceritanya. ayat di atas betul? Apakah perbezaan antara memberitahu dengan memberitahukan? Terima kasih1. Orang tua itu memberitahu kisahnya kepada beberapa orang murid. 2. Orang tua itu memberitahu beberapa orang murid ceritanya.
 Jawapan: Kedua-dua ayat di atas adalah betul.
 Apakah perbezaan antara memberitahu dengan memberitahukan?
Jawapan; Memberitahukan  bermaksud menyampaikan atau melaporkan sesuatu (berita dsb), memberitakan (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Memberitahu bermaksud memberi khabar kepada seseorang supaya tahu (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tatabahasa22.07.2014
Tuan, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, bukan : 1.=bukannya. Antara ayat, "Bukannya mudah hendak menyesuaikan diri dengan adat resam orang-orang di sana." dengan, "Bukan mudah hendak menyesuaikan diri dengan adat resam orang-orang di sana."; Adakah terdapat perbezaan dari segi penekanan maksud atau penekanan terhadap mana-mana (subjek atau objek) dengan menggantikan perkataan 'bukan' dengan 'bukannya'? Sekiranya ada, apakah yang ditekankan dalam ayat ini dan mengapa? Atau tiada apa-apa perbezaan langsung? Terima kasih.Perkataan "nya" dalam konteks yang tersebut berfungsi sebagai penegas, boleh hadir atau digugurkan dalam ayat tersebut.Tatabahasa07.01.2015
Assalamualaikum w.b.t Bagaimanakah ejaan bagi perkataan orang asli yang sebenar-benarnya? 1. Orang Asli 2. orang Asli 3. orang asli Terima Kasih.Salam,

Ejaan yang betul ialah orang asli kerana ia merupakan kata nama am, bukannya kata nama khas yang perlu dieja dengan huruf besar.
Tatabahasa03.12.2015
Salam sejahtera tuan. Soalan 1 Ayat Majmuk: Orang yang datang ke rumah itu tadi tidak saya kenali. Ayat tunggal 1: Orang itu datang ke rumah tadi. Ayat tunggal 1: Orang itu tidak saya kenali. Adakah ayat tunggal di atas betul? Soalan 2 Adakah walaupun...tetapi/namun boleh wujud dalam satu ayat? Saya mendapati ada dua penjelasan yang berbeza daripada laman web DBP. Ada jawaban yang kata boleh, ada yang kata tidak boleh. Sekian, terima kasih.
  1. Ayat tunggal yang diberikan adalah betul.
  2. Kata hubung “walaupun…tetapi” boleh digunakan dalam satu ayat. Walau bagaimanapun, kata hubung “walaupun…namun” tidak gramatis jika digunakan dalam satu ayat. Kata hubung “walaupun” dan “namun” merupakan kata hubung keterangan pertentangan yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung “tetapi” pula merupakan kata hubung gabungan yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya.

    Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 251- 252 dan 517.

Tatabahasa03.03.2022
12345678910...

Kembali ke atas