Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) rakyat biasa, khalayak ramai; b) orang preman, bukan anggota polis atau tentera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) orang preman (bukan anggota tentera atau polis); b) orang kebanyakan; c) orang biasa (bukan ahli atau istimewa); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. rakyat biasa; khalayak ramai. b. bukan anggota ten­tera; orang preman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Encik< Antara 2 ayat yang berikut, manakah yang betul? 1. Orang awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan pembinaan projek itu. 2. Orang awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan projek pembinaan itu. Terima kasih atas kerjasama encik.
Menurut data kami, ayat yang betul ialah orang awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan projek pembinaan itu.
Lain-lain24.10.2016
Mohon disemak : " Orang awam dilarang menggunakan tempat letak kenderaan berbumbung yang dikhaskan untuk pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Papar sahaja" Terima kasih.Orang awam dilarang menggunakan tempat letak kenderaan berbumbung yang dikhaskan untuk pegawai dan kakitangan  Majlis Daerah Papar sahaja. Ayat ini betul.Tatabahasa19.09.2014
Adakah ayat berikut gramatis? Orang awam boleh mendaftar untuk mendapatkan lesen perniagaan melalui portal Sistem Lesen Sejahtera di pautan https://www.sistem.com.my.

Ayat yang betul ialah “Orang awam boleh mendaftar untuk mendapatkan lesen perniagaan melalui portal Sistem Lesen Sejahtera, pautan https://www.sistem.com.my.”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 432-575.

Tatabahasa13.02.2024
Orang awam tidak dibenarkan masuk ke pusat pembinaan projek itu di atas sebab sebab keselamatan Bolehkah saya tahu apakah kesalahan istilah di atas?Soalan anda tidak difahami. Mohon berikan istilah khusus yang berkaitan untuk rujukan dan semakan kami.Istilah11.01.2021
orang awam yang ingin menyertai larian amal hendaklah menggunakan borang rasmi (surat)borangLain-lain14.05.2007
boleh saya semak tentang penggunaan perkataan PUBLIK. Adakah boleh digunakan dalam penulisan kita? Contoh...Talian ini dibuka kepada publik untuk mengemukakan aduan atau pertanyanPerkataan yang sesuai digunakan ialah orang awam. Sehubungan dengan itu, ayat yang betul ialah talian ini dibuka kepada orang awam untuk mengemukakan aduan atau pertanyaan.Tatabahasa08.09.2017
Mohon pandangan pernyataan yang paling bersesuaian bagi tema persidangan untuk orang awam yang telah dilantik sebagai wakil masyarakat sebagai agen perubahan tingkah laku untuk amalan kesihatan a. Kenali Ubat: Duta Pemangkin Komuniti Sihat. b. Duta Kenali Ubat, Pemangkin Komuniti Sihat. c. Kenali Ubat: Komuniti Sihat Sejahtera. d. Kenali Ubat: Duta Hebat rakyat sihat. Untuk makluman, Kenali Ubat Anda merupakan aktiviti berterusan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bertujuan mendidik dan memberi pendedahan kepada orang awam berkaitan penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti. Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan pernyataan d.  , iaitu Kenali Ubat: Duta Hebat, Rakyat Sihat.Lain-lain22.01.2018
Saya dapati sekarang ramai orang awam menggunakan dengan meluasnya perkataan yang dieja berlainan apa yang saya fahami selama ini seperti kebaikkan, kecantikkan dan sebagainya. Adakah konsep penggunaan perkataan "kan" sudah berubah ?Ejaan yang betul ialah kebaikan dan kecantikan, apitan ke-...-an bertemu dengan kata dasar baik/cantik dan menerbitkan kata berkenaan. Tidak ada apitan ke-...-kan untuk menerbitkan kata kebaikkan dan kecantikan.Tatabahasa05.02.2017
Assalamualaikum, pertama sekali saya adalah orang awam yang tiada pelajaran, akan tetapi saya suka membaca sehingga membuat keputusan untuk menulis sebuah buku, tapi bagaimanakah untuk menghasilkan sebuah buku? saya tiada pengalaman dan pengetahuan sama sekali.Penulisan buku dan majalah sama seperti menulis esei. Penulis perlu faham tentang struktur kandungan buku/majalah sebelum mula menulis. Penulisan sesebuah buku memerlukan perancangan yang rapi berbanding dengan majalah. Hal ini demikian kerana sesebuah buku itu mestilah mengandungi binaan kulit buku yang terdiri daripada kulit depan, kulit belakang dan tulang. Binaan buku juga mengandungi bahagian awalan (contoh: halaman separa judul, halaman judul, halaman hak cipta, dedikasi, halaman kandungan, prakata), bahagian teks (pendahuluan/bab), dan bahagian akhiran ( lampiran, glosari, bibliografi, indeks, biodata penulis). Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Memahami penerbitan buku:siri penulisan,penerbitan dan percetakan, terbitan Wei-Ling Gallery, 2008.Lain-lain09.04.2013
Saya perlu membuat papan tanda untuk orang awam turun dari basikal dan menolaknya di kawasan sempit. adakah "Turun dan tolak basikal di laluan sempit" sesuai digunakan?Kami mencadangkan frasa "TUNTUN BASIKAL ANDA DI KAKI LIMA" atau "TUNTUN BASIKAL ANDA DI LALUAN TEPI JALAN" digunakan.Tatabahasa31.05.2016
12345678910...

Kembali ke atas