Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) rakyat biasa, khalayak ramai; b) orang preman, bukan anggota polis atau tentera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) orang preman (bukan anggota tentera atau polis); b) orang kebanyakan; c) orang biasa (bukan ahli atau istimewa); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. rakyat biasa; khalayak ramai. b. bukan anggota tenĀ­tera; orang preman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
press gangedkerahSejarahTiadaKumpulan orang yang ditugaskan di bawah pengawalan pegawai tertinggi mempunyai kuasa mengarah orang-orang awam menyertai angkatan tentera atau biasanya tentera laut.
war perilperil perangPentadbiran PerniagaanTiadaDalam insurans marin, istilah ini bermaksud peril tawanan, rampasan, penangkapan, penahanan putera raja, orang awam, orang yang terlibat dalam peperangan, kelengkapan peperangan bom, periuk api, torpedo atau sebarang tindakan bermusuhan.
non-combatantbukan penempurUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBerkaitan dengan orang-orang yang tidak mengambil bahagian dalam permusuhan. Golongan bukan penempur terdiri daripada orang awam, tawanan perang, anggota perubatan dan golongan agama angkatan bersenjata. Mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa, golongan bukan penempur ini tidak boleh disasarkan dalam sesuatu konflik bersenjata.
distinction principleprinsip pembezaanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSalah satu prinsip yang perlu diikuti oleh pihak-pihak berperang seperti mana yang digariskan dalam cara berperang menurut undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Prinsip ini membezakan pihak yang terlibat dengan perang, iaitu penempur dan objek ketenteraan dengan orang awam dan objek awam. Prinsip ini perlu bagi mengetahui apakah perkara yang boleh dan perkara yang tidak boleh dijadikan sasaran perang. Menurut prinsip ini, orang awam dan objek awam tidak boleh dijadikan sasaran perang walaupun atas alasan untuk membalas serangan. Pihak-pihak yang bersengketa seharusnya dapat membezakan antara penempur dengan orang awam supaya dapat menyelamatkan orang awam dan objek awam yang tidak terlibat dengan perang.
mouldkulapukBiologiMikologiIstilah yang digunakan oleh orang awam untuk merujuk kepada kulat yang membentuk lapisan tampak yang terdiri daripada miselium dan/atau spora di permukaan makanan, dinding, dan sebagainya, tetapi tidak membentuk jasad buah makroskopik.
City Beautiful MovementGerakan Keindahan KotaLandskapTiadaKumpulan orang awam dan profesional di Amerika Syarikat yang muncul sesudah Eksposisi Agung Chicago. Mereka aktif dalam menyedarkan kerajaan supaya membangunkan dan mengindahkan bandar raya di negara tersebut.
toadstoolcendawan payungBiologiMikologiNama yang sering digunakan oleh orang awam untuk merujuk kepada cendawan yang tidak boleh dimakan.
commonerrakyat jelata; orang kebanyakan; orang awamSejarahTiadaOrang yang bukan dari golongan bangsawan.
raindeer mosslumut rusaBiologiMikologiNama am yang digunakan oleh orang awam untuk Cladonia rangifera yang menjadi makanan kesukaan rusa di kawasan beriklim sejuk.
biological terrorismkeganasan biologiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKeganasan terhadap orang awam yang melibatkan penggunaan agen biologi untuk mencapai matlamat yang bersifat politik, agama atau ideologi. Tindakan ini dilakukan melalui ugutan, paksaan atau dengan menanamkan rasa takut kepada sesuatu pihak. Contohnya, tindakan keganasan terhadap sesebuah negara dengan menggunakan agen biologi seperti bakteria, virus atau toksin.
12345678910...

Kembali ke atas