Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : khalayak ramai, orang biasa, orang awam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Banyak-banyak kerbau di padang,
     Memakan rumput di tepi telaga;
Banyak-banyak orang kupandang,
     Ada seorang permainan mata.


Lihat selanjutnya...(195)
Peribahasa

Bergelanggang di mata orang banyak.

Bermaksud :

Terang atau nyata sekali.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, antara dua frasa berikut, yang manakah betull? 1. (a) membedakan banyak orang dengan orang banyak, (b) membedakan banyak orang daripada orang banyak. Sebelum tuan menjawab soal saya dengan pendapat kewarasan tuan, silalah teliti pendapat saya dalam WordPad yang terlampir untuk menimang betul salah huraian saya itu.Kata bilangan menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Frasa yang betul ialah "banyak orang".Tatabahasa15.12.2016
Frasa yang betul ialah "Rumah Orang-orang Tua". Jawapan ini diberi oleh Khidmat Nasihat DBP untuk soalan "Rumah Orang Tua-Tua" atau "Rumah Orang-orang Tua". Jika ...orang-orang tua... maka 'orang-orang' di sini bentuknya jamak? Namun, jika DBP ditanya, 'orang' atau 'orang-orang' untuk bentuk jamak, jawapannya 'orang' kerana 'orang-orang' hanya merujuk orang-orangan di sawah. Tidak bolehkah penggunaan sebenar diambil kira? Banyak orang menggunakan 'orang-orang' utk merujuk jamak. Kalau terlalu disempitkan penggunaannya, ini tidak mencerminkan keadaan sebenar dalam kalangan penutur.Frasa "orang tua" ialah kata majmuk. Apabila kita menggandakan kata majmuk hanya perkataan pertama digandakan, maka terhasillah orang-orang tua seperti Rumah Orang-orang Tua, sama seperti Mesyuarat Menteri-menteri Besar. Saudara boleh menggunakan orang atau orang-orang bagi menandakan jamak. Malah korpus bahasa Melayu kerap ditemukan perkataan orang-orang bagi menandakan jamak. Walau bagaimanapun kecenderungan sesetengah penulis yang mementingkan nilai ekonomi dalam berbahasa tidak menggandakan perkataan kerana maksud tunggal atau jamaknya boleh dilihat pada konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa31.05.2012
adakah banyak boleh menggantikan ramai untuk orang contoh ayat: banyak orang banyak murid banyak ibu bapaPerkataan ramai membawa maksud terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Frasa ramai orang dan banyak orang kedua-duanya betul dan penggunaannya disesuaikan mengikut konteks ayat. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak  orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan, seperti banyak ibu bapa merujuk bilangan ibu bapa yang besar jumlahnya. Tatabahasa12.02.2018
ramai orang atau banyak orang. mana lebih tepat untuk digunakan.Ramai orang dan banyak orang, kedua-duanya betul. Lazimnya ramai orang merujuk kepada suasana seperti Ramai orang membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada musim raya, dan banyak orang merujuk kepada bilangan seperti Banyak orang tidak setuju dengan keputusan tersebut.Tatabahasa18.08.2011
Banyak orang suka melancong ke negeri Sabah. Banyak orang suka melancong ke Sabah. Ayat yang mana satu baru betul? Terima kasih.

Banyak orang suka melancong ke negeri Sabah dan Banyak orang suka melancong ke Sabah, kedua-dua ayat ini betul.

Tatabahasa27.09.2021
terangkan apakah maksud ummah?Ummah merupakan sebutan dalam bahasa Arab. Biasanya kita menyebutkannya sebagai umat yang bermaksud 1. Para pemeluk atau penganut sesuatu agama (biasanya dimaksudkan umat Islam). 2. Seluruh rakyat atau orang banyak. 3. Segolongan manusia atau bangsa.Makna04.10.2002
Boleh saya dapatkan istilah tepat bagi 'scarecrow'. Adakah orang-orang atau orang-orangan? Kedua, bolehkah saya gunakan orang-orang sebagai penanda jamak bagi perkataan orang. Terima kasihKedua-dua "orang-orang" dan "orang-orangan" adalah betul dan boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk scarecrow. Dalam data rujukan banyak digunakan perkataan orang-orang bagi menunjukkan jamak. Walau bagaimanapun, tidak salah jika kita menggunakan orang, lebih-lebih lagi kecenderungan penulis kini yang mementingkan nilai ekonomi dalam berbahasa.Istilah27.07.2016
Banyak orang/Ramai orang suka akan waklil rakyat yang prihatin dan peramah itu. ramai orang betul atau banyak orang betul? atau kedua-duanya betul? apa rasionalnya?

Banyak/ramai orang suka akan waklil rakyat yang prihatin dan peramah itu. Banyak dan ramai kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat tersebut. Dalam Kamus Dewan, banyak sama makna dengan bukan sedikit, tidak sedikit seperti orang dan sebagainya.

Tatabahasa04.09.2008
Salam sejahtera, saya ingin mengetahui tentang penggunaan perkataan banyak dan ramai. Contoh; 1) ... banyak orang; atau 2) ... ramai orang. Sekian, terima kasih.Ramai orang dan banyak orang, kedua-duanya betul. Lazimnya ramai orang merujuk kepada suasana seperti Ramai orang membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada musim raya, dan banyak orang merujuk kepada bilangan seperti Banyak orang tidak setuju dengan keputusan tersebut.Tatabahasa26.02.2017
Perbezaan perkataan banyak dengan ramaiRamai terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan.Tatabahasa21.05.2013
12345678910...

Kembali ke atas