Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : khalayak ramai, orang biasa, orang awam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Banyak-banyak kerbau di padang,
     Memakan rumput di tepi telaga;
Banyak-banyak orang kupandang,
     Ada seorang permainan mata.


Lihat selanjutnya...(195)
Peribahasa

Bergelanggang di mata orang banyak.

Bermaksud :

Terang atau nyata sekali.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SITTING BULL

Sitting Bull (1834?–1890) ialah dukun dan

pemimpin Orang Asli Amerika Hunkpapa Sioux

yang terkenal. Banyak orang yang menyangka

bahawa dialah yang mengetuai Orang Asli dalam

pertempuran Little Bighorn di Montana pada

25 Jun 1876. Dalam pertempuran ini, Leftenan

Kolonel George Custer meninggal dunia.

Sebenarnya, Sitting Bull bertindak hanya sebagai

dukun utama dalam persediaan menghadapi

pertempuran tersebut. Pada tahun sebelumnya,

dia menerima visi bahawa semua musuh akan

jatuh ke tangannya. Pada musim bunga tahun 1876,

Sitting Bull mengetuai tarian matahari sambil

memberitahu Orang Asli supaya mengubah cara

mereka berperang. Daripada menunjuk-nunjuk

untuk membuktikan keberanian mereka hendaklah

berlawan untuk, membunuh, atau tanah mereka

akan jatuh ke tangan orang kulit putih. Taktik baru

ini membawa kepada terhapusnya Custer dan

tenteranya.

UMUM 
ARAK PAHIT

Arak pahit ialah istilah bagi cecair yang

diekstrak daripada herba, daun, kulit kayu, akar,

atau putik buah yang pahit. Banyak orang yang

meminum arak pahit sebagai ubat untuk

menambahkan selera dan mengaktifkan

pencernaan. Manusia juga menggunakan arak

pahit sebagai perisa dalam minuman alkohol

tertentu. Sesetengah arak pahit jenis tertentu

termasuklah Angostura, cinchona, limau oren,

gentian, dan camomile.

UMUM 
NAMA

Nama. Setiap orang mempunyai nama.

Sesetengah orang mempunyai banyak nama.

Dalam kebanyakan negara, orang mempunyai

sekurang-kurangnya dua nama, iaitu nama yang

diberi dan nama keluarga. Nama keluarga adalah

nama keturunan yang diturunkan kepada semua

ahli keluarga. Ia juga dikenali sebagai nama

keluarga atau nama akhir, kerana di sesetengah

negara nama ini diletakkan selepas nama yang

diberi. Nama yang diberi atau nama pertama

membezakan ahli-ahli dalam keluarga. Nama yang

diberi dan nama keluarga adalah nama yang sah

seseorang. Orang di Asia dan Afrika kerap

memberi nama kepada anak-anak mereka dengan

makna tertentu. Kerap kali mereka tidak

menggunakan nama keluarga. Nama boleh jadi

nama peribadi, nama gelaran, atau nama sukuan.

Sistem penamaan tradisional kerap diubahsuai

untuk disesuaikan dengan penggunaan moden.

UMUM 
SINDROM TOURETTE

Sindrom Tourette ialah gangguan yang diwarisi

dan ditandai oleh penyebutan dan pergerakan

tubuh yang tidak terkawal. Sindrom ini lebih banyak

menyerang orang lelaki daripada orang perempuan.

Gangguan ini dinamakan sempena nama Georges

Gilles de la Tourette, iaitu doktor Perancis yang

memerikan gejala ini pada tahun 1885.

UMUM 
ORANG KOSSAK

Orang Kossak merupakan askar yang asalnya

petani yang menetap terutamanya di kawasan

Sungai Dnepr dan Don, yang kini dikenali sebagai

Ukraine Timur dan Rusia Barat. Bermula pada

tahun 1400-an, Poland dan Rusia melatih mengatur

orang Kossak memasuki unit ketenteraan untuk

membantu menentang pencerobohan kaum Tartar.

Poland dan Rusia memberikan banyak

keistimewaan kepada orang Kossak sebagai

ganjaran perkhidmatan mereka. Orang Kossak

membentuk komuniti pemerintahan mereka

sendiri, yang diasaskan kepada prinsip demokrasi.

Perkataan Kossak dalam bahasa Turki bermaksud

orang yang merdeka .

UMUM 
MENEMBAK

Menembak ialah sukan yang popular di banyak

negara. Orang yang berminat dalam sukan ini

boleh menembak (haiwan) atau menembak dalam

pertandingan. Biasanya, lesen diperlukan untuk

membawa atau menggunakan senapang patah dan

lesen lain untuk menembak haiwan buruan.

UMUM 
SARAJEVO

Sarajevo (pend. 447 687) ialah ibu negara Bosnia-

Herzegovina (lihat Bosnia-Herzegovina [peta]).

Sarajevo terkenal dengan keluaran tenunan

permaidani, pertukangan perak, dan terdapat

banyak masjid. Orang Turki yang memerintah

bandar ini dari tahun 1400-an hingga tahun 1878

membina banyak masjid. Sarajevo juga terkenal

sebagai tempat Archduke Austria Francis

Ferdinand dibunuh pada 28 Jun 1914. Peristiwa ini

menyebabkan tercetusnya Perang Dunia I (lihat

Perang Dunia I [Pengenalan]).

UMUM 
ORANG ASLI JÍVARO

Orang Asli Jívaro, puak yang terkenal dengan

sifat bengis dan adat mengecutkan kepala. Mereka

tinggal di kawasan pergunungan di timur Ecuador.

Walaupun Jívaro disebut sebagai satu suku kaum,

mereka terbahagi kepada banyak kumpulan kecil

yang sering berperang antara satu sama lain.

UMUM 
KOBOI

Koboi ialah orang yang membantu menjaga

sekawanan besar lembu untuk pemilik ladang

ternak. Di Amerika Syarikat, koboi menjadi

masyhur pada zaman sempadan Barat dahulu.

Reputasi kerana berani menghadapi bahaya dan

kesusahan menjadikan mereka wira kepada

banyak orang Amerika. Kisah-kisah yang

menyeronokkan tentang kehidupan koboi,

nyanyian koboi yang merawan hati, dan bahasa

koboi yang berwarna-warni semuanya telah

menjadi sebahagian daripada cerita rakyat

Amerika. Kebanyakan novel, pertunjukan wayang

gambar, dan televisyen yang paling popular adalah

tentang koboi.

UMUM 
MUMIA

Mumia ialah mayat yang telah diawet dan

dipulihara selama beribu-ribu tahun. Orang Mesir

purba percaya bahawa orang yang telah mati terus

hidup di alam lain dan tubuhnya perlu dipelihara

selama-lamanya seolah-olah orang itu hidup.

Mereka percaya tubuh mayat diperlukan oleh si

mati dalam alam tersebut dan mereka berusaha

keras untuk mencari kaedah pengawetan. Beribu-ribu

tahun kemudian, ahli kaji purba telah

menjumpai banyak mayat yang telah diawet di

dalam makam. Kebanyakan muzium di seluruh

dunia mempunyai satu atau lebih mumia orang

Mesir. Mumia yang paling terkenal

kemungkinannya ialah mumia Ramses II dan

Tutankhamen, iaitu firaun (pemerintah) Mesir.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas