Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : khalayak ramai, orang biasa, orang awam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Banyak-banyak kerbau di padang,
     Memakan rumput di tepi telaga;
Banyak-banyak orang kupandang,
     Ada seorang permainan mata.


Lihat selanjutnya...(195)
Peribahasa

Bergelanggang di mata orang banyak.

Bermaksud :

Terang atau nyata sekali.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
carmenkarmenKesusasteraanPuisiBaris pertama puisi berperanan sebagai pembayang yang mengandungi nada sindiran. Contohnya, Banyak udang banyak garam, Banyak orang banyak ragam.
neck riddleteka-teki leherKesusasteraanTiadaTeka-teki yang berupa masalah dan selalu diberikan kepada orang-orang yang akan dihukum bunuh, ada kalanya orang ini dapat melepaskan diri dengan memberikan jawapan yang betul. Contoh: teka-teki yang diberikan oleh Sultan Harun Al-Rashid kepada Abu Nawas, berapa banyak bintang di langit atau di mana letaknya pusat dunia. Semuanya dapat dijawab oleh Abu Nawas untuk mengelakkan dirinya dari dihukum oleh Sultan.
mnemonia patterningpemolaan ingatanKesusasteraanTiadaPola yang menjadi pembantu pengingat dalam sebuah penceritaan. Contoh: jeritan dari kubur merupakan pola pengingat kepada orang mati berdarah atau orang yang banyak dosa sewaktu hidupnya.
dependency behaviortingkah laku kebergantunganPsikologiPsikologi UmumTingkah laku yang banyak bergantung pada orang lain atau masyarakat. Kebanyakan tingkah laku individu ini ditentukan oleh orang lain sehingga menyebabkan kepercayaan dirinya berkurangan. Contohnya, kanak-kanak yang terlalu bergantung pada ibu bapanya sehingga gagal membuat sesuatu keputusan sekalipun keputusan yang mudah.
YankeeYankeeSains PolitikPolitik PerbandinganGelaran kepada orang Amerika Syarikat oleh orang luar. Dalam negara Amerika Syarikat sendiri, gelaran ini dirujuk kepada penduduk timur laut negara tersebut iaitu di sekitar New England. Nama ini diberi oleh penduduk Perancis yang datang awal ke kawasan tersebut kepada pendatang Inggeris yang tiba kemudian. Walau bagaimanapun, gelaran yankee kini lebih banyak merujuk kepada semua penduduk Amerika Syarikat dari New England tanpa mengira asal keturunannya.
social psychologypsikologi sosialPsikologiPsikologi UmumBidang yang banyak mengkaji tentang cara pemikiran, perasaan dan tindakan individu yang dipengaruhi oleh orang lain. Bidang ini menumpukan kajian pengaruh orang lain terhadap tingkah laku individu atau sebaliknya. Tingkah laku sosial yang menjadi tumpuan ahli psikologi sosial ialah pembentukan sikap, pemujukan, kefahaman diri, keagresifan, hubungan interpersonal, keakuran dan apa-apa sahaja tingkah laku yang berkaitan dengan hubungan individu dengan individu lain. Contohnya, ahli psikologi sosial boleh mengkaji alasan di sebalik peningkatan bilangan ramai orang yang sudi menolong mangsa bencana alam seperti puting beliung, banjir besar, tsunami dan runtuhan bangunan tinggi.
overcompensationimbuhan lanjurPerubatanTiadaPenonjolan sesuatu reaksi yang berlebihan dalam diri seseorang, terutamanya untuk memenuhi dorongan nafsu untuk melebihi orang lain dalam banyak hal supaya dapat mengimbangi kompleks rendah diri.
vertical equityekuiti menegakEkonomiTiadaPrinsip kesaksamaan atau keadilan dalam menanggung beban cukai. Mengikut ekuiti menegak, pembayar cukai yang mempunyai pendapatan atau kekayaan (sebagai ukuran kemampuan membayar cukai) yang berbeza, patut membayar cukai yang berbeza. Misalnya, orang yang berpendapatan RM50 000 setahun patut membayar cukai yang lebih banyak daripada orang yang berpendapatan RM20 000 setahun. Sinonim kesaksamaan menegak, keadilan menegak.
macchiamacchiaGeografiTiadaIstilah orang Scotland bagi pasir pantai yang mengandungi serpihan kulit kerang yang banyak, yang terdapat di pinggir laut Scotland.
junior scriptwriterpenulis skrip mudaKomunikasiTiadaOrang yang baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan skrip dan tidak banyak pengalaman mengenainya.
1234

Kembali ke atas