Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) bp isteri; b) orang yg akan datang (lahir) kemudian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Ikan sengat ikan sembilang,
     Tebuk belakang ambil hati;
Kus semangat abang seorang,
     Tolak belakang ada ganti.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Hati orang yang bodoh itu di mulutnya,
     dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya.

Bermaksud :

Orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum berkata-kata.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Anak tidak boleh melupakan jasa orang tuanya sendiri. Adakah ayat ini betul ? Perlukah sendiri diletak di belakang orang tuanya? Terima kasihAyat "Anak tidak boleh melupakan jasa orang tuanya" sudah memadai.  Tidak perlu ditambah perkataan "sendiri" kerana sudah ada perkataan "nya" pada "orang tuanya".Lain-lain20.03.2016
Apakah beza mengikut dan mengikuti?Moho penjelasan. Terima kasih.Untuk makluman, “mengikut” bermaksud “pergi bersama-sama dengan”. Contoh dalam ayat, Budak itu "mengikut" ayahnya ke hutan memikat burung.”  Manakala “mengikuti” bermaksud “turut di belakang orang”. Contoh dalam ayat, Dia "mengikuti" ayahnya keluar dari rumah secara sembunyi-sembunyi”.Tatabahasa20.05.2020
Selamat petang,apakah jawapan yang betul bagi soalan di bawah? Orang ramai yang menunggu kereta api itu diminta berdiri di _______ garisan kuning. A.hadapan B.belakangb. belakangTatabahasa01.12.2017
Minta pencerahan guru-guru sekalian. Mana satu penggunaan yang betul atau lebih gramatis? A) Berapakah orang mangsa yang terlibat? B) Berapa orangkah mangsa yang terlibat? C) Berapakah mangsa yang terlibat? - partikel -kah nak letak di belakang perkataan 'berapa' atau 'orang'? - perlu penjodoh bilangan 'orang' Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat.  Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadiran dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel-kah. Penggunaan dalam ayat adalah seperti yang berikut: Berapakah orang mangsa yang terlibat?

 

Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 441 untuk keterangan lanjut. 

Lain-lain07.07.2015
Merujuk kepada soalan dan jawapan yang diberi: Beberapa orang murid yang tekun mengulang kaji pelajaran mereka di perpustakaan. ( Beberapa orang murid mengulang kaji pelajaran mereka di perpustakaan dengan tekun) Saya sering keliru dengan kata adjektif, ditulis di depan atau di belakang dan bagaimana menentukan di mana yang paling sesuai ditulis?Kata adjektif sebagai predikat boleh hadir di bahagian belakang kerana kata adjektif boleh hadir sebagai unsur inti dalam frasa adjektif atau boleh hadir sebagai keterangan dalam frasa kerja. Tidak ada jalan mudah untuk mengenal binaan ayat dengan betul, melainkan belajar dan melihat contoh binaan ayat yang diterangkan bab demi bab dalam buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa16.07.2014
tuan 1. kerja-kerja pembaikan jambatan itu akan dijalankan oleh syarikat yang terlantik oleh kerajaan.(tuan, mengapakah terlantik tidak boleh digunakan?) 2. sehubungan dengan itu atau sehubungan itu? 3. dia begitu cermat dan prihatin ketika berbelanja. (kesalahan ialah prihatin..ini menimbulkan kekeliruan kepada saya.) 4. dia terpaksa berpindah mengikuti keluarganya setelah ayahnya membeli sebuah rumah baharu. ( kesalahan ialah mengikuti? tapi, kamus dewan mengikuti bermaksud 1. turut di belakang orang, menurut apa yg telah terjadi atau ada:maka, saya berasa waswas semasa menerang kepada pelajar saya.) terima kasih

1. Kata terbitan yang betul ialah dilantik, kata kerja pasif dan pelakunya orang ketiga (dari kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek sebagai pelengkap). Kata kerja 'terlantik' tidak ada dalam contoh penggunaannya dalam sumber rujukan kami. 

2. Mengikut Kamus Dewan, istilah sehubungan bermaksud berkaitan dengan. Sehubungan dengan itu bermajksud sama dengan. Oleh yang demikian, frasa 'sehubungan itu' dan 'sehubungan dengan itu' sama, kedua-duanya boleh digunakan. Walau bagaimanapun, yang lebih tepat antara sehubungan itu dan sehubungan dengan itu ialah sehubungan dengan itu, kerana merujuk perkataan berhubung dengan itu...perlu ada dengan.

3. Prihatin bermaksud mengambil berat, perhatian terhadap sesuatu perkara dan perkataan ini daripada aspek maknanya kurang tepat untuk menerangkan perbuatan berbelanja itu. 

4. Mengikuti seperti dalam kamus bermaksud turut di belakang orang seperti dalam ayat: Dia mengikuti ayahnya berjalan kakai ke masjid. Manakala mengikut bermaksud 'pergi bersama-sama dengan' dalam ayat ini berpindah bersama-sama dengan keluarganya bukan turut di belakang keluarganya sahaja. 

Tatabahasa31.03.2011
1. bilakah kita seharusnya menggunakan penjodoh bilangan di belakang kata bilangan himpunan, contohnya; a) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan. b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. 2. Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipana) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan.
b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. 

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Contohnya beratus-ratus orang penonton  dan kelima-lima ekor kambing. Lazimnya  kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya.
penggunaan penjodoh bilangan adalah tidak diwajibkan dalam konteks ini dan kedua-dua contoh yang dikemukakan adalah betul.


 Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipan.

Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. Begitu juga dengan perkataan kewajipan.

Dari segi pembentukan kata apabila perkataan "wajib" menerima imbuhan ke-...-an menjadi kewajiban, tetapi apabila dikira dari segi sosiolinguistik dan penggunaan yang lazim, menjadi kewajipan.
Tatabahasa24.09.2012
Salam, betulkah penggunaan penjodoh bilangan dalam ayat ini? - Chu Yong menyorok di belakang seketul batu besar. Terima kasih.

Jika dalam saiz yang kecil lazimnya digunakan sebiji batu, jika dalam bentuk gumpalan seperti tanah boleh digunakan seketul batu dan sekiranya besar sehingga orang boleh menyorok di belakang, tidak perlu  diletakkan penjodoh bilangan.

Tatabahasa11.08.2014
yang manakah betul? ketiga-tiga kucing itu/ketiga-tiga ekor kucing itu kedua-dua ibu bapa/kedua-dua orang ibu bapa Adakah perlu diletakkan penjodoh bilangan di belakang kata bilangan himpunan? Apakah keadaan yang tidak perlu diletak?Frasa yang betul ialah "ketiga-tiga ekor kucing itu" dan "kedua-dua ibu bapa". 

Untuk soalan "Adakah perlu diletakkan penjodoh bilangan di belakang kata bilangan himpunan? Apakah keadaan yang tidak perlu diletak?", soalan tersebut kurang jelas. Mohon tuan nyatakan soalan dengan lebih terperinci. Untuk makluman, tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan tetapi lazimnya penjodoh bilangan mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. 
Tatabahasa02.10.2023
Salam sejahtera. Tolong bantu saya. 1) Kata penguat bebas ; sangat, amat, sungguh boleh diletakkan di hadapan kata adjektif atau di belakang kata adjektif. Jika diletakkan di hadapan kata adjektif,pastinya boleh menerima perkataan sekali. Contohnya, Zali amat baik sekali. Adakah hanya perkataan 'sekali' sahaja yang boleh diterima atau adakah perkataan lain? 2) Bolehkah sungguh, amat dan sangat digunakan serentak seperti ayat ini? Jika boleh, kenapa? Ayatnya : Amir mengalami kerinduan yang amat sangat terhadap neneknya di kampung. 3)Kata penguat belakang ....nian. a)Adakah 'nian' digunakan hanya untuk pemandangan? b)Bolehkah 'nian' digunakan dengan kata penguat bebas;sangat, amat, sungguh?Contoh frasa; amat indah nian, dan sangat dalam nian. Adakah kedua-kedua frasa ini betul? 4)Antara frasa di bawah,yang manakah betul? a) Dedaun berguguran, atau b) Daun berguguran 5)Adakah perbezaan antara 'mengajar' dan 'mengajarkan'. Keadaan bagaimanakah harus kita bezakan penggunaannya? Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.

1) Sekali ialah kata penguat belakang sama seperti sungguh, benar dan nian. Oleh itu, semua kata penguat belakang boleh digunakan selain daripada sekali.

2) Amat sangat bermaksud terlalu atau terlampau dan boleh digunakan secara serentak. 

3) Amat indah nian sangat dalam nian, kedua-dua frasa ini betul.

4) Daun berguguran.

5) Mengajar bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain. Mengajarkan bermaksud mengajar sesuatu (kepada seseorang dan lain-lain), memberi sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sebagainya).

Tatabahasa03.08.2011
123456

Kembali ke atas