Menetak dengan belakang parang. | Menyuruh orang malas bekerja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hati orang yang bodoh itu di mulutnya, dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya. | Orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum berkata-kata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengasah belakang kapak, bilakah tajamnya? | Mengajar orang malas, bilakah akan pandai? | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ditarik ia menanduk, digiring ia menyepak. | Orang bodoh, yang tidak mahu menurut bicara orang. (Bandingkan dengan: a. Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula, b. Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk) | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti gajah berpaling. | Kepayahan orang yang gemuk berpusing ke belakang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Datang nampak muka, pergi nampak belakang. | Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuat sepit kerana kempa. | Orang kuat dalam sesuatu perkara, kerana ada yang menolong atau menyokongnya di belakang. kempa = apitan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar mati ditangkap harimau, jangan mati digigit anjing. | Alah di tangan orang yang kuat lebih baik daripada alah di tangan orang lemah. (Bandingkan dengan: Biar luka di dada, jangan luka di belakang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk. | Keadaan yang serba salah, terutama dalam menghadapi orang bodoh; diajak berunding tak tentu fikirannya, tak diajak ia marah. (Bandingkan dengan: Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Datang tampak muka, pulang tampak punggung. | Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Datang nampak muka, pergi nampak belakang). (Bandingkan dengan: Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |