Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) bp isteri; b) orang yg akan datang (lahir) kemudian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Ikan sengat ikan sembilang,
     Tebuk belakang ambil hati;
Kus semangat abang seorang,
     Tolak belakang ada ganti.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Hati orang yang bodoh itu di mulutnya,
     dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya.

Bermaksud :

Orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum berkata-kata.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chroma keypemayangKomunikasiTiadaTeknik yang digunakan untuk memperlihatkan visual yang berada di belakang orang yang menyampaikan sesebuah rancangan. Teknik ini sering digunakan untuk melengkapi berita yang sedang dibacakan oleh penyampai berita. Visual yang ditunjukkan boleh berbentuk gambar statik atau gambar bergerak bagi menjelaskan lagi siaran berita tersebut.
set scrumskrumSukanTiadaPerlakuan kedua-dua pasukan membariskan tiga 3. orang pemain bahagian hadapan berpautan, disokong oleh dua 2. orang pemain barisan kedua yang juga berpautan, dan tiga 3. orang pemain barisan belakang yang memegang serta mengunci barisan pemain hadapan serta bersedia untuk menolak dan merebut bola yang dimasukkan ke dalam lorong antara kedua-dua pasukan.
second row forwardforward baris tengah (P.JAS)SukanTiadaPemain baris kedua: Dua orang pemain yang posisi mereka di belakang tiga 3. orang pemain barisan pertama semasa skrum. Mereka bertindak sebagai pengunci skrum.
work force analysisanalisis tenaga kerjaPentadbiranTiadaAnalisis yang menyenaraikan kesemua nama jawatan dan kadar gaji serta pecahan mengikut jantina, dan latar belakang etnik bagi jumlah orang yang memegang setiap jawatan.
backsbekSukanTiadaTujuh orang pemain berkedudukan di barisan belakang yang bertindak sebagai penyerang dan adakalanya sebagai pemain pertahanan.
French potrait buttonsbutang potrait PerancisKesenianTiadaButang bergambar orang kenamaan, berwarna muda, berlatar belakang sutera hitam dan bersembir timah, popular pada tahun 1790-an.
scissor crosslintasan guntingKesenianDrama dan TeaterPergerakan dua orang pelakon secara serentak dalam keadaan bersilang sama ada daripada bahagian pentas belakang ke pentas depan atau sebaliknya.
osteoporosisosteoporosisPerubatanTiadaKelampungan tulang yang biasanya dialami oleh orang tua. Keterukan keadaan ini bergantung pada darjah penyahmineralan tulang. Keadaan ini mungkin diiringi dengan rasa sakit, terutama di bahagian bawah belakang, ketinggian tubuh yang mengurang dan fraktur patologi. Keadaan ini boleh terjadi secara idiopatik (puncanya tidak diketahui) atau akibat penyakit-penyakit lain seperti tirotoksikosis.
political recruitmentpengambilan politikSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan menarik orang baru atau golongan lebih muda supaya melibatkan diri secara aktif dalam politik. Proses ini boleh berjalan secara rasmi seperti kempen pengambilan ahli atau jawatankuasa baru oleh parti politik, dan boleh juga secara tidak rasmi atau tanpa sedar seperti timbul kesedaran orang ramai yang kemudian memilih menyertai parti politik atau NGO untuk bergerak aktif. Bentuk pengambilan ini boleh berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain bergantung kepada sistem dan budaya politik, latar belakang masyarakat, sejarah negara, taraf hidup dan ekonomi negara. Proses ini lebih longgar dalam negara demokrasi dan lebih terkawal dalam negara komunis dan autoritarian lain. Contohnya, pengambilan politik dalam politik Malaysia berjalan secara tidak rasmi apabila rakyat dibolehkan menyertai mana-mana parti politik yang disukainya pada bila-bila masa.
pharyngeal tonsiltonsil farinksBiologiHistologi dan SitologiJisim tisu limfa di belakang farinks dan terletak di antara tiub Eustachao di dalam lamina propria. Tisu ini berkembang dengan sempurna pada kanak-kanak, tetapi menjadi lisut pada kalangan orang dewasa. tonsila faringea.
12

Kembali ke atas