Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Sesudah malam bulan cerah,
     Bintang jua tumpang berada;
Jangan adik duk ambil susah,
     Abang ada di depan mata.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Majlis di tepi air,
     merdesa di perut kenyang.

Bermaksud :

Orang yang berada dengan mudah dapat memilih apa yang diingininya. majlis = bersih; merdesa = orang pemilih makanan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
combatantpenempurUndang-undangUndang-undang AntarabangsaOrang-orang yang menyertai pertempuran atau medan peperangan secara langsung. Golongan penempur boleh terdiri daripada angkatan bersenjata rasmi dari sesebuah negara, tentera sukarela dan gerakan tentangan terancang seperti gerila. Apabila penempur tertangkap oleh pihak musuh, mereka dianggap sebagai tawanan perang dan perlu dilindungi sebagaimana yang ditetapkan dalam Konvensyen Geneva III 1949. Tugas penempur adalah untuk bertempur dan mara ke medan peperangan. Sekiranya perlu, penempur harus melukakan, menghancurkan, melakukan tindakan ketenteraan lain atau membunuh kerana sekiranya mereka tidak berbuat sedemikian, maka merekalah yang akan menjadi sasaran serangan musuh. Dalam peperangan, semua orang yang berada dalam golongan penempur akan menjadi sasaran atau objek serangan. Apabila seorang penempur membunuh penempur lain dari pihak musuh, maka perbuatan tersebut bukan dianggap sebagai tindakan yang melanggar undang-undang.
quandarykebimbanganSejarahTiadaPerihal keadaan orang yang berada dalam kebingungan atau tidak tetap fikirannya.
enemy aliensorang asing musuhUndang-undangTiadaOrang asing yang berada di negara yang bermusuhan dengan negaranya.
tank priscopeperiskop kereta kebalFizikOptikPeriskop yang membolehkan orang yang berada di dalam kereta kebal melihat ke luar tanpa terdedah kepada tembakan peluru. Periskop ini menggunakan sepasang permukaan pantulan rata yang selari (sama ada cermin ataupun prisma) di atas meja kecil supaya jejak cahaya yang melalui alat ini akan membentuk seperti huruf z.
repopulationpemulihan pendudukGeografiTiadaIstilah yang diguna untuk merujuk perihal orang yang berada pada peringkat lewat kitaran hayat yang menuju ke kawasan luar bandar yang secara langsungnya menambah bilangan penduduk tempatan.
mentorpenasihatPentadbiranTiadaIndividu yang menjadi contoh, mengasah bakat, dan memberi nasihat yang bernas kepada orang yang berada di bawah naungannya.
quagmirekuagmireSejarahTiada1. Tanih yang merupakan lumpur jerlus, yang lembut, basah dan melekat pada kaki khususnya pada hari hujan.,2. Keadaan sesuatu atau orang yang berada dalam serba salah atau sukar untuk diselesaikan.
crowd shottangkap ramaiKomunikasiTiadaTangkapan yang menunjukkan orang ramai yang berada dalam keadaan bersesak- sesak sehingga memenuhi bingkai.
chroma keypemayangKomunikasiTiadaTeknik yang digunakan untuk memperlihatkan visual yang berada di belakang orang yang menyampaikan sesebuah rancangan. Teknik ini sering digunakan untuk melengkapi berita yang sedang dibacakan oleh penyampai berita. Visual yang ditunjukkan boleh berbentuk gambar statik atau gambar bergerak bagi menjelaskan lagi siaran berita tersebut.
closed accesskemudahan tertutupPerpustakaanTiadaBahan arkib yang tidak terbuka pada orang ramai kerana masih berada pada tahap sulit tetapi bahan-bahan tersebut dianggap terbuka apabila jarak waktu keterbatasannya telah tamat.
1234

Kembali ke atas