Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : rakyat biasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Kuda ini kuda biasa,
     Kuda biasa berjalan malam;
Budak ini budak biasa,
     Buah mabuk hendak dimakan.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Banyak air sedikit minyak,
     minyak juga di atas.

Bermaksud :

Kedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang yang berpangkat.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bukannya bersuluh batang pisang, bersuluh bulan matahari.Kebenaran yang sudah terang dan nyata, tidak saja disaksikan oleh orang-orang biasa, tetapi juga oleh orang-orang yang berkuasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Banyak air sedikit minyak, minyak juga di atas.Kedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang yang berpangkat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Matilah kuman kena pelantik, sekalian alam melimpah darahnya.Orang biasa yang kahwin dengan orang bangsawan, sehingga menjadi buah percakapan di merata-rata tempat. pelantik = belantik, tombak yang berpegas untuk membunuh binatang perburuan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak sama air hujan dengan air telaga.Orang bangsawan dengan orang biasa tidak sama derajatnya (darjatnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Batu kecil berguling naik, batu besar berguling turun.Orang biasa menjadi mulia kerana harta; orang mulia menjadi hina sebab tiada berharta.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tahan racik burung tak masuk, burung biasa makan di tangan.Orang yang biasa bercampur dengan orang-orang yang berakal, susahlah hendak dipengapakan dia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga.Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga.Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anjing dengan tahi, tidak makan atau menjilat, tetapi mencium ada juga.Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga, b. Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Meragakan pakaian cantik kepada si buta.Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan). (Biasa juga: Bersifat kepada si buta).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas