Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : rakyat biasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Kuda ini kuda biasa,
     Kuda biasa berjalan malam;
Budak ini budak biasa,
     Buah mabuk hendak dimakan.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Banyak air sedikit minyak,
     minyak juga di atas.

Bermaksud :

Kedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang yang berpangkat.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plain folkrakyat biasaSejarahTiadaGolongan manusia dalam sesebuah masyarakat yang terletak di bawah dalam susunan piramid yang terdiri daripada orang biasa, kalangan paderi dan orang-orang kampung.
layman (non-professional)orang biasaSejarahTiadaTiada
common man levelaras orang biasaSosiologiTiadaTiada
publicrakyat; awamSejarahTiadaGolongan masyarakat yang merupakan golongan rakyat biasa, orang awam atau orang ramai.
mysticmistikKesusasteraanTiadaKepercayaan dan gagasan orang-orang yang beranggapan bahawa mereka memiliki institusi dan pengertian langsung tentang rahsia kehidupan di luar pemahaman manusia biasa.
biographybiografiKesusasteraanTiadaRiwayat hidup seseorang atau sebuah keluarga yang ditulis oleh orang lain secara menyeluruh. Penulisan biografi diusahakan untuk memperlihatkan perwatakan individu atau sesebuah keluarga termasuklah aktiviti dan pengalamannya serta persekitaran yang mengelilinginya. Pada zaman Yunani dan Romawi, biografi dianggap sebahagian daripada tulisan sejarah. Bentuk bagiografi atau kisah hidup para santo (saints) adalah antara tulisan biografi yang awal. Selain itu, biografi awal juga berlegar pada periwayatan raja dan tokoh wira. Rata-rata penekanan tulisan adalah pada kekuatan dan kebaikan tokoh yang diperkatakan. Bentuk biografi pada tahap ini lebih bersifat pemujaan yang tidak objektif. Walau bagaimanapun, dalam karya Lives of The Poets, Samuel Johnson mula meninggalkan ciri-ciri pendewaan tokoh dan penulisannya memperlihatkan objektiviti yang menjadi tuntutan sesebuah biografi. Johnson meletakkan biografi sebagai genres sastera yang diakui dan diterima khalayaknya. Dengan terhasilnya tulisan James Boswell berjudul Life of Samuel Johnson, biografi sebagai bentuk tulisan menjadi lebih kukuh. Sementara dalam tulisan Lytton Strachey berjudul Eminent Victorians, bentuk penulisan ini lebih mantap seperti yang dilihat dan difahami sekarang. Dewasa ini, biografi meliputi kisah riwayat hidup orang biasa, dan tulisannya berbentuk ilmiah dan popular. Contoh biografi dalam sastera Arab ialah Hayat Salah al-Din al-Ayubbi oleh Ahmad Bili. Dalam kesusasteraan Melayu, bentuk biografi dapat dilihat pada karya seperti Pendeta Za�ba dalam Kenangan oleh Abdullah Hussain, dan Biografi Usman Awang: Sebuah Benua Rusuh oleh Muhammad Haji Salleh. Biografi berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan riwayat hidup�. Lihat juga anekdot, autobiografi, hagiografi.
shovel-shaped incisorinsisor bentuk penyodokPerubatanTiadaGigi insisor atas yang batas pinggir mesial dan distal di permukaan lingual sangat ketara, biasa kelihatan di kalangan orang-orang Eropah.
dekorumketertibanKesusasteraanTiadaPrinsip yang menekankan pentingnya komponen sesebuah karya sastera saling berpadanan antara satu sama lain. Contohnya, isi, bentuk, watak, latar, aksi dan gaya. Prinsip ini bertolak daripada teori klasik Yunani dan Romawi yang mewujudkan hierarki bagi jenis tulisan serta gaya yang sepadan dengannya. Umpamanya, tragedi dan epik yang dianggap bentuk sastera yang tinggi hanya wajar memperkatakan perkara yang serius, berlegar pada watak raja, orang bangsawan atau mereka yang mempunyai kedudukan penting sahaja dengan menggunakan bahasa yang tinggi dan halus. Sebaliknya, komedi yang dianggap sebagai bentuk sastera yang rendah perlu menggarap permasalahan yang sederhana dan lucu, memaparkan watak orang biasa atau bawahan dengan menggunakan bahasa harian yang kasar. Namun, prinsip ini telah ditentang oleh kebanyakan pengarang. Pengarang berasakan mereka lebih bebas berkarya dan memanfaatkan bentuk dan gaya yang berbeza dalam karya mereka. Ketertiban berasal daripada bahasa Latin decorum bermaksud �yang sesuai�. Lihat juga diksi, gaya, konvensi sastera, neoklasisme.
populacerakyat; orang ramai; pendudukSejarahTiadaGolongan rakyat biasa atau orang bawahan dalam sesebuah masyarakat.
menoramenoraKesusasteraanTiadaPersembahan teater tarian rakyat yang menggunakan unsur-unsur tari, muzik dan ucapan. Pada suatu ketika dahulu, menora merupakan teater popular di selatan Thailand. Menora mempersembahkan cerita-cerita Buddhist Jataka, cerita dongeng dan mitos. Antara cerita tempatan yang dipersembahkan ialah Peak Prod � Pahlawan Kedah, Lakanawong �Pahlawan Thai, Chau tha Kirruk � isteri curang, Sinrad � tentang seorang suami yang mencari isterinya yang telah dilarikan oleh raksasa, Chaychid � putera remaja, perkelahian dan pembunuhan di antara isteri-isterinya, Darawong � cerita cinta, Chaukrey � cerita seorang Puteri Manora, dan Khrubuk � cerita Pahlawan Thai. Persembahan menora hampir sama seperti makyung, iaitu mengabungkan unsur-unsur dialog, muzik dan tari. Kumpulan muziknya mengandungi alat-alat pi (serunai), klong (sebiji geduk), tharp (sepasang gedombak), mong, cing dan cerek. Gerak tari merangkumi 12 peringkat abjad tari yang ditunjukkan dalam persembahan pembukaan Sembah Guru � Wai kru. Antara lain gerak tari mengiringi nyanyian pada akhir setiap adegan atau pada permulaan adegan apabila watak memperkenalkan dirinya. Watak utama dalam menora ialah: (a) Watak kayangan seperti dewa, gergawi, raksasa, kinaree. (b) Watak kaum kerabat diraja seperti raja, permaisuri, putera dan puteri. (c) Peran atau pelawak. (d) Orang biasa seperti dayang dan orang kampung. Struktur persembahan menora merangkumi empat bahagian, iaitu: (a) Wai kru � sembah guru. (b) Wrai na tret � tarian dan nyanyian. (c) Leukamprat pleng ton � watak utama menyembah gendang. (d) Cabbot � cerita. Asal usul menora masih lagi kabur dalam mitos dan dongeng. Menora dibawa masuk dari selatan Thailand ke Kelantan yang dahulunya merupakan jajahan Negara Thai. Pada tahun 1950, menora dipentaskan di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk meraikan perayaan hari Wesak (hari kelahiran Buddha), Hari Thambun (upacara berhala), upacara menandakan kesyukuran dan sebagai persembahan komersial. Menora dikenali sebagai nora. Lihat juga makyung.
12345

Kembali ke atas