Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp isteri atau orang perempuan yg menguruskan penyediaan makanan sehari-hari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Dapur kayu dapur belulang,
     Nampak saja berkilat-kilat;
Cakap tuan tak usah berulang,
     Adik pandai menangkap kilat.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Melakak kucing di dapur.

Bermaksud :

Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melukah ikan dalam panai, b. Memukul kucing di dapur). melakak = memukul dengan barang keras.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
orang dapurbp isteri atau orang perempuan yg menguruskan penyediaan makanan sehari-hari;Kamus Dewan Edisi Keempat
bandungdua benda yg dirangkaikan, pasang; dapur ~ dapur kembar (hanya diperbolehkan oleh Yamtuan di Seri Menanti);sebandung sepasang, dua serangkai; ayam ~ dua anak ayam yg keluar dr satu biji telur; rumah ~ dua buah rumah yg dijadikan (bercantum menjadi) satu; telur dua ~, pecah satu pecah kedua prb orang yg satu hati, sehidup semati.Kamus Dewan Edisi Keempat
sabak II1. dapur tempat memasak nasi ketika diadakan kenduri: datanglah orang-orang negeri itu membuat ~, membuat balai, ber-bagai-bagailah permainannya; 2. dapur tempat memasak nira; menyabak memasak nira (utk membuat gula).Kamus Dewan Edisi Keempat
pelayan1. orang yg kerjanya melayan, orang suruhan, pembantu; 2. (Komp) peranti atau program komputer yg membekalkan data dan maklumat kpd komputer lain yg mempunyai hubungan rangkaian dengannya; ~ besar ketua orang suruhan; ~ dapur orang yg bertugas di dapur (spt memasak dll); ~ pejabat budak suruhan (membantu kerja) di pejabat.Kamus Dewan Edisi Keempat
pelayan dapurorang yg bertugas di dapur (spt memasak dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
dapur1. bahagian rumah tempat memasak; 2. alat utk memasak (nasi, gulai, dll), tempat membakar (roti, kapur, dll); belanja ~ perbe­lanjaan utk keperluan makanan sehari-hari; orang ~ bp isteri atau orang perempuan yg menguruskan penyediaan makanan sehari-hari; orang se~ seisi rumah (kaum keluarga); ~ arang dapur yg menggunakan arang sbg bahan pembakar; ~ basah dapur tempat me­lakukan kerja masak-memasak yg biasanya banyak menggunakan air; ~ elektrik = ~ karan dapur yg menggunakan kuasa elektrik; ~ gas dapur yg menggunakan gas sbg bahan bakar; ~ kayu dapur yg menggunakan kayu sbg bahan pembakar; ~ kering dapur yg hanya digunakan utk menyediakan makanan ringan atau meng­hidangkan makanan (biasanya berkeadaan kering); ~ minyak tanah dapur yg meng­guna­kan minyak tanah sbg bahan pembakar; ~ umum dapur tempat menyediakan makanan utk orang ramai (dlm keadaan darurat dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
minta permisiminta izin (kebenaran), minta diri: Aziz ~ pulang lalu keluar; orang-orang yg ~ bertambah banyak sehingga tambah lama tambah kosong rumah; Wati minta ~ masuk ke dapur dan kembali dgn semangkuk teh;Kamus Dewan Edisi Keempat
mandurorang yg mengawasi pekerja-pekerja, kepala pekerja-pekerja; ~ jalan a) mandur yg mengurus orang-orang yg membuat atau membaiki jalan; b) bp orang yg berjalan ke sana ke mari, penganggur; memanduri mengawasi pekerja-pekerja: Mak Som ~ pelayan-pelayan di dapur.Kamus Dewan Edisi Keempat
dapur umumdapur tempat menyediakan makanan utk orang ramai (dlm keadaan darurat dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
riuh Ibising, gempar, ramai (bunyi, suara, dll): suara di dapur orang sebelah masih ~; mulut ~ bp bercakap banyak (kuat), suka bercakap; ~-rendah sangat riuh, gegak, gempita, hiruk-pikuk; meriuhkan menjadikan riuh, mem­bising­kan, menggemparkan: suara kanak-kanak menjerit lebih ~ lagi suasana; keriuhan perihal riuh, kebisingan, ke­gem­par­an: orang dapat merasakan ke­hadiran mereka hanya apabila mereka mengadakan parti-parti kerana ~nya meng­ganggu orang sebelah; tiba-tiba berlaku ~ dan orang ramai pun tergesa-gesa ke arah gereja.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas