Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pembantu rumah tangga yg diberi gaji, pembantu rumah, amah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (an) orang yg bekerja di rumah orang, babu, pem­bantu rumah, amah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg bekerja di rumah orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SALAM.. TOLONG JELASKAN MAKSUD PERKATAAN AMAHAmah bermaksud perempuan yang bekerja sebagai pembantu rumah atau orang gaji.Makna23.06.2011
soalan kedua saya ialah, panggilan "Ah Moi" pada perempuan berbangsa cina. Ada tak perkataan lain yang dapat mengganti panggilan ini dengan lebih sopan? Ini adalah kerana pada pendapat saya, panggilan ini dalam masyarakat cina terutama orang kantonis, maksudnya adik perempuan, tetapi pada sesetengah orang, panggilan sebegini adalah panggilan untuk orang gaji mereka. Kadang-kala, penggunaan panggilan ini akan menyebabkan situasi yang kurang sopan dan salah faham antara bangsa.Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pada pandangan saya panggilan 'Ah Moi' lebih kepada dialek tempatan yang digunakan dalam daerah tertentu dan dalam konteks yang tidak rasmi. Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maksud bagi gelaran tersebut. Oleh itu, untuk mengelak salah faham tentang penggunaan gelaran itu sebaik-baiknya kita menggunakan gelaran yang baik seperti 'cik' untuk yang belum berkahwin dan 'puan' untuk wanita yang telah berkahwin.Lain-lain10.12.2010
Assalamualaikum tuan/puan, apakah terjemahan sesuai untuk pelajar intern? Bolehkah kita gunakan pelajar magang? Definisi : orang yg bakal atau calon menjadi pegawai (tetapi masih belum menerima gaji): dia mula-mula bekerja sbg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Terima kasihMaksud intern dalam bidang pentadbiran dan perubatan ialah doktor siswazah namun perkataan intern juga sudah digunakan dalam bidang pentadbiran perniagaan. Kebiasaannya perkataan pelajar intern diterjemahkan sebagai pelajar latihan industri atau pelajar latihan amali. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud 'apprentice' ialah magang atau perantis yang bermksud orang yang bakal atau calon menjadi pegawai (tetapi masih belum menerima gaji)
Makna23.09.2021
Betulkah tanda baca pada ayat di bawah: a) Mereka mempertahankan pendirian dengan komen seperti, "Saya dibayar dengan gaji yang besar.", "Begini caranya saya mencari nafkah untuk keluarga.", dan "Saya perlu buat begini supaya dapat bersaing dengan orang lain di pejabat.".Penggunaan tanda baca dalam ayat tersebut betul.Tatabahasa29.02.2012
I Tiada sesiapa yang meragui kelulusan hatinya. II Abangnya graduan kelulusan Universiti Putera Malaysia. III Encik Zahari mendapat kelulusan doktor untuk mengambil cuti tanpa gaji. IV Kita tidak sepatutnya belajar hanya untuk mendapat kelulusan dalam peperiksaan. Jawapan bagi soalan ini ialah III dan IV. Soalan saya ialah mengapa II adalah salah?Dalam ayat II perkataan yang betul ialah lulusan.  Lulusan bermaksud orang yang telah lulus dalam peperiksaan , lepasan.Tatabahasa05.06.2008
Apakah perbezaan antara "setiausaha agung", "setiausaha eksekutif" dan "setiausaha kehormat" dalam sesebuah persatuan/kelab?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) makna bagi setiausaha agung ialah orang yang mengendalikan pentadbiran atau pengurusan sesuatu organisasi politik yang besar, seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu manakala setiausaha kehormat pula bermaksud setiausaha yang melakukan tugas secara sukarela tanpa menerima upah atau gaji, biasanya dalam persatuan, pertubuhan dan sebagainya. Setiausaha eksekutif pula ialah setiausaha yang mempunyai kuasa dalam membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadap pentadbiran atau pengurusan sesuatu agensi, organisasi, syarikat perniagaan dan sebagainya.

Semua maksud tersebut disesuaikan mengikut undang-undang dan keperluan penubuhan sesebuah organisasi, syarikat, pertubuhan dan sebagainya.
Makna08.03.2024
Apakah perbezaan antara memontong dengan memangkas?contoh,memangkas dahan pokok

Memangkas ialah 1. memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek: 2. memotong dengan gunting; menggunting.

Manakala memotong pula ialah 1. memutuskan sesuatu dengan pisau (gergaji dan lain-lain), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dan lain-lain); 3. menebang (kayu, pokok dan lain-lain); 4. menyembelih (binatang dan lain-lain); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dan lain-lain); 7. menuai (jagung, padi dan lain-lain); 8. mengudungkan (tangan dan lain-lain); 9. membedah (perut dan lain-lain); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dan lain-lain); 11. memintasi (jalan, per­jalanan dan lain-lain); 12. menyelang (percakapan, orang dan lain-lain); 13. memendekkan (kata, nama dan lain-lain)

Contoh Ayat:  

        1.   Ali sedang memotong daging di dapur.

        2.   Ali sedang memangkas dahan pokok di kebun.

Tatabahasa21.08.2021
Assalamualaikum, Saya mahu bertanya, 1) Apakah beza antara presiden, pengerusi dan yang dipertua? 2) Apakah beza antara timbalan dan naib? 3) Apakah beza antara setiausaha, setiausaha agung dan setiausaha kehormat? 4) Apakah beza antara bendahari, bendahari agung dan bendahari kehormat? 5) Apakah beza antara lajnah dan unit? 6) Apakah beza antara ahli jawatankuasa dan majlis eksekutif?

1) Apakah perbezaaan antara presiden, pengerusi dan yang dipertua?

Presiden - Merupakan ketua negara dalam sesebuah negara republik dan gelaran untuk ketua negara republik atau orang yang menjadi ketua sesuatu persatuan, pertubuhan dan lain-lain.

dipertua  -  orang yg dilantik menjadi ketua sesuatu perkumpulan (persatuan dan lain-lain)

pengerusi  -  ketua dalam mesyuarat dan lain-lain. atau pemimpin jawatankuasa, pertubuhan dan lain-lain.

2) Apakah perbezaaan  antara timbalan dan naib? 
timbalan -  ialah penolong ketua dan lain-lain
naib   -  ialah pengganti atau wakil

3) Apakah perbezaaan antara setiausaha, setiausaha agung dan setiausaha kehormat?

setiausaha  - Seseorang yang diambil bekerja untuk mengurus urusan surat-menyurat (menyimpan rekod, membuat kerja-kerja perkeranian, dan sebagainya). Melaksanakan kerja untuk orang perseorangan atau untuk sesebuah pertubuhan.

setiausaha kehormat - setiausaha yang menjalankan tugas atau yang berkhidmat secara sukarela yang tidak  diberi gaji atau upah.

4) Apakah perbezaaan  antara bendahari, bendahari agung dan bendahari kehormat?

bendahari - pegawai yang menguruskan harta benda kerajaan atau menguruskan wang persatuan dan lain-lain.

bendahari kehormat -  pegawai persatuan yang bertugas tanpa dibayar

5) Apakah perbezaaan  antara lajnah dan unit?

lajnah  -  sebuah badan yang menjalankan (mengurus, mengelola) kerja sesuatu per­tubuh­an dan lain-lain, jawatankuasa kerja.

unit -  bahagian terkecil daripada sesuatu yang dapat berdiri sendiri.

6) Apakah perbezaaan  antara ahli jawatankuasa dan majlis eksekutif?

ahli jawatankuasa - orang yang dipilih untuk menjalankan pentadbiran sesuatu urusan (persatuan, kesatuan dan sebagainya)

majlis eksekutif - sebuah Badan tetap UPU yang ditugaskan oleh kongres untuk menentukan kesinambungan tugas-tugas pentadbiran, mengawasi kegiatan kerjasama teknikal, perundangan, juriselidik dan sebagainya.

Untuk maklumat lebih lanjut, pihak tuan boleh merujuk  Bahagian Protokol dan Adat Istiadat di Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih.

Lain-lain27.12.2019

Kembali ke atas