Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg terkenal, orang yg masyhur, orang besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris "Foot Guard"? Foot Guard merujuk kepada rejimen infantri kanan yang bertugas sebagai pengawal diraja dan orang-orang kenamaan, contohnya Askar Timbalan Setia. Terima kasih.Salam, 

Saudara,

Terjemahan bagi istilah Foot Guard ialah Pengawal istana.

Terima kasih.
Istilah19.08.2020
adakah perkataan wawancara dan temuramah membawa maksud yang sama? dari segi penggunaan adakah wawancara hanya ekslusif untuk penemuramah yang berjumpa dengan orang kenamaan?

·         Kedua-dua perkataan, “temu ramah” dan “wawancara” sama maksudnya. Mengikut Kamus Dewan, “temu ramah” diberikan maksud ‘tanya jawab antara pemberita dengan tokoh politik dan lain-lain untuk mendapat berita dan lain-lain, wawancara.

·          “Wawancara” diberikan maksud soal jawab antara wartawan dengan orang yang terkemuka untuk mendapatkan keterangan, pandangan untuk disiarkan, temu ramah. Tidak ada peraturan yang menyatakan hanya “wawancara” untuk orang kenamaan. Dalam masyarakat kita, orang kenamaan dan tokoh politik boleh sahaja orang yang sama.

Istilah20.02.2014
Ada kamus untuk menyemak terjemahan sama ada dari B. Malaysia ke B. Inggeris dan sebaliknya untuk terma-terma politik, serta pangkat dan darjat, dan gelaran untuk orang kenamaan dan Keluarga DiRaja. Terima kasih.Untuk merujuk protokol di Malaysia termasuklah gelaran pangkat dan sebagainya kami mencadangkan saudara merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisidan Amalan (Mokhtar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri) dan Malaysian Protocol: and Correct Forms of Address (Abdullah Ali).Lain-lain26.03.2009
mengapakah panggilan kehormat begitu penting dalam majlis rasmi ?Panggilan kehormat begitu penting dalam sesuatu majlis rasmi kerana bagi menghormati kedudukan atau pangkat yang dianugerahkan kepada orang kenamaan yang hadir dalam majlis itu. panggilan hormat ini juga mengikut hirarki dalam masyarakat di samping mengikut adat serta protokol sesutau majlis. Terima kasih.Lain-lain03.11.2007
Tuan/Puan, Saya ingin bertanya mengenai pengunaan Darjah Kebesaran atau gelaran Dato' dan Datuk/Datuk Seri dalam penulisan. Soalan pertama, apa perbezaan Dato' dan Datuk? Kedua, sekiranya orang kenamaan dianugerahkan Dato' (oleh Sultan di negerinya) dan Datuk Seri (Darjah Seri Mahkota Wilayah oleh Yang DiPertuan Agong), gelaran manakah harus diutamakan apabila kita hendak memanggil mereka atau menulis kepada mereka dalam bentuk pengumuman, emel atau surat? Akhir sekali adakah bagi hakim atau peguam yang menggunakan Yang Amat Arif bolehkah kita menambah gelaran kehormat seperti Datuk atau Dato' di belakang nama mereka juga sekiranya mereka dianugerahkan gelaran tersebut? Contohnya Yang Amat Arif Dato'/Datuk Seri.

1.     Gelaran Dato' diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh negeri yang bersultan/beraja, manakala gelaran Datuk diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong dan negeri-negeri yang tidak  mempunyai sultan.

2.     Lazimnya gelaran yang akan digunakan ialah gelaran yang lebih tinggi, iaitu Datuk Seri atau Dato’ Seri.

3.     Gelaran Yang Amat Arif boleh diikuti dengan pangkat seperti Yang Amat Arif Dato’ atau Datuk Seri.

Makna12.08.2021
PANGGILAN UNTUK INDIVIDU DALAM BAHASA SURAT E.G Y.BHG, Y.BHG dllPanggilan untuk individu YBhg bagi orang biasa dan orang kenamaan ialah tuan atau puan.Lain-lain05.06.2009
1. VIP & VVIP dalam Bahasa Malaysia 2. Apa perbezaan VIP & VVIP?1. VIP dalam bahasa Melayu ialah orang penting atau orang kenamaan. VVIP pula ialah tetamu kehormat utama.
2. VIP terdiri daripada golongan yang lebih penting daripada orang kebanyakan, manakala VVIP pula terdiri daripada golongan yang amat berpengaruh seperti kerabat diraja, ahli politik dan sebagainya.
Istilah15.12.2020
kata alu-aluan kepada siapakah yang perlu diutamakan? tetamu kehormat atau ketua di organisasi tersebut? adakah perlu mengikut jawatan dan pangkat tidak kira beliau tetamu atau ketua di organisasi tersebut. terima kasih.Kata alu-aluan biasanya ditujukan kepada orang kenamaan yang menjadi tetamu (dipanggil tetamu kehormat) kepada majlis di sesebuah organisasi. Biasanya kata alu-aluan ini dibacakan oleh ketua organisasi yang mengadakan majlis itu untuk menyambut tetamu kehormat tersebut.Lain-lain03.08.2016
Apa beza soal siasat, uji kaji, temu duga dan soal jawab?Soal siasat ialah kaedah formal menyoal pesalah, saksi, pengintip, dll untuk mendapatkan mak­lumat; menyoal siasat menyoal dalam usaha menyia­sat sesuatu; penyoal siasat orang yang menyoal siasat.

Uji kaji ialah ujian atau penyelidikan untuk mengetahui atau memastikan sesuatu percubaan, eksperimen: ~ sains.

Temu duga ialah soal jawab antara majikan dengan orang yang memohon kerja dll. 2 soal jawab antara pemberita surat khabar dengan orang kenamaan, seperti tokoh politik; temu bual; wawancara. 

Soal jawab pula ialah pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dalam akhbar, majalah, dsb);
Makna22.09.2013
Tetamu kehormat merupakan istilah yang telah digubal oleh pihak DBP bagi padanan Guest of honour. Namun terdapat juga pihak yang menggunakan istilah 'tetamu terhormat' . Adakah kedua-dua istilah iaitu tetamu kehormat dan tetamu terhormat sama maknanya dan boleh digunakan secara silih ganti?

Tetamu kehormat merupakan satu-satunya padanan yang rasmi untuk "Guest of honour". Penggunaan selain daripada itu tidak diterima sebagai rasmi.

Tetamu kehormat -  orang yg diundang khas (biasanya orang kenamaan, pemimpin, atau pembesar) utk menghadiri sesuatu majlis atau upacara; ruang ~ ruang utk melayan tetamu.

Istilah17.05.2017
12

Kembali ke atas