Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg terkenal, orang yg masyhur, orang besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ROOSEVELT, ELEANOR

Roosevelt, Eleanor (1884–1962), isteri Presiden

Franklin D. Roosevelt. Dia menjadi orang kenamaan

yang disanjung ramai kerana pencapaiannya sendiri.

Dia barangkali merupakan wanita utama yang paling

aktif dalam sejarah Amerika. Roosevelt, anak saudara

perempuan Presiden Theodore Roosevelt, menjadi

masyhur kerana usahanya dalam kegiatan

kemanusiaan.

UMUM 
VICTORIA INSTITUTION

VICTORIA INSTITUTION, sekolah menengah yang tertua di Kuala Lumpur.  Victoria Institution atau Sekolah Menengah Victoria ditubuhkan hasil daripada kesedaran beberapa orang kenamaan seperti Yap Kwan Seng, Loke Yew dan Thamboosamy Pillay tentang perlunya pendidikan untuk anak-anak watan di negeri Selangor.  Mereka telah mendesak W.H. Treacher, Residen British Selangor, agar lebihan wang kutipan sempena sambutan Jubli Emas Ratu Victoria pada tahun 1887 digunakan untuk tujuan tersebut.  Cadangan mereka disambut baik oleh Sir Frank Swettenham, Residen Jeneral, tetapi wang kutipan berjumlah $3,188 itu tidak mencukupi.  Derma kedua dilancarkan lalu berjaya mengumpul sebanyak $10,753 dan kerajaan Selangor pula memperuntukkan sebanyak $7,000.  Sultan Abdul Samad turut menyumbang sebanyak $1,100.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SAYID

SAYID, gelaran yang diberikan kepada keturunan Arab di Malaysia.  Perkataan Sayid berasal daripada bahasa Arab ‘Sayyid’ yang bermaksud ketua atau pemimpin. Sayid juga bermaksud pemimpin atau ketua kabilah.  Misalnya, Abu Masud mendakwa sebagai ketua kabilah Thaqif dan al-Walid bin al-Mughirah sebagai ketua kabilah Quraisy.  Sayid juga boleh diertikan sebagai orang kenamaan, gelaran yang diberikan kepada golongan ahli tasawuf dan ahli keramat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
DAYANG SULUT SULAMPID

DAYANG SULUT SULAMPID, tarian tradisional Iranun yang amat popular. Tarian ini biasanya ditarikan pada waktu malam semasa bulan mengambang, ketika orang Iranun berehat setelah berpenat lelah bekerja pada waktu siang. Dayang sulut sulampid juga ditarikan untuk meraikan orang kenamaan atau menyambut bayi yang baru lahir.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas