Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : khalayak ramai, orang banyak, umum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : khalayak ramai; umum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : orang kebanyakan; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Daun cenalu berbalik-balik,
     Gugur ke tanah berderai-derai;
Pengantin baru masuk ke bilik,
     Orang ramai mula bersurai.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Tiada terkajang batu di pulau.

Bermaksud :

Tiada terlayan kehendak orang ramai.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

PantunSumberTema
Belilah kain serta selendang, Untuk dipakai ke helat jamu; Hatiku ingin menyapa abang, Orang ramai rasanya malu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Taat laki sayang ke bini, Sayang sampai ke hari tua; Adat berdiri tenang negeri, Orang ramai hidup sejahtera.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Daun cenalu berbalik-balik, Gugur ke tanah berderai-derai; Pengantin baru masuk ke bilik, Orang ramai mula bersurai.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bukan mudah orang berhelat, Helat menjemput orang ramai; Bukan mudah memegang adat, Adat diikut dengan perangai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buah kerba masak merekah, Orang ramai hujung pulut; Apa khabar orang nak nikah, Lepas purnama bulan Maulud.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ramai orang naik pedati, Saya seorang berkuda tunggangan; Ramai orang menurut hati, Saya seorang dilarang jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hujan renyai-renyai, Pacat naik kaki; Orang bujang ramai-ramai, Pakat cari laki.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Ramai orang pergi mengaji, Pergi ke surau datuk penghulu; Andainya saya memungkiri janji, Tanda ajal menjemput dulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sinangan balai batang kapas, Ramai orang pasar tua; Anak menuang laut lepas, Tergadai si emak tua.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Nanas dijual di pasar niaga, Ramai orang datang membeli; Emas perak perhiasan dunia, Budi bahasa perhiasan diri.Kurik Kundi Merah SagaBudi
123

Kembali ke atas