Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg menjadi pendamai bagi pihak-pihak yg berbalah; b) orang yg menjadi pengantara antara penge­luar barang-barang dgn pengguna; c) orang yg menjadi pengantara antara pihak-pihak dlm rundingan kahwin dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. orang yg bertindak menjadi pendamai antara orang-orang atau antara dua pihak yg berbalah. b. orang yg menjadi perantara antara pengeluar barang-barang dgn pengguna. c. orang yg menjadi perantara antara pihak-pihak dlm rundingan kahwin dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Pucuk pauh batangnya pauh,
     Tengah-tengah pokok mengkudu;
Tuan jauh adik pun jauh,
     Sama-sama menahan rindu.


Lihat selanjutnya...(157)
Peribahasa

Ke atas tidak berpucuk,
     ke bawah tidak berurat,
di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang.

Bermaksud :

Sumpah orang yang bersalah: biarlah dia serta kaumnya binasa semuanya. gerek = berlubang-lubang.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara 'pengantara' dengan 'perantara'. Konteks: 'Mediator' yang menjadi orang tengah untuk membantu dua pihak yang bertelagah untuk mencapai kata putus dalam sesuatu kes (perundangan). Pengantara dan perantara mempunyai maksud yang sama iaitu orang tengah, pendamai, dan pelerai. Malaysia menggunakan istilah  pengantara bagi mediator (yang menjadi orang tengah untuk membantu dua pihak atau pihak-pihak yang bertelagah untuk mencapai kata putus dalam sesuatu kes perundangan) tetapi Indonesia menggunakan istilah perantara.  Istilah29.04.2011
APA ISTILAH TONTO DALAM BAHASA YANG DAPAT MENERANGKANNYA DENGAN TEPATorang tengah yang bertindak sebagai pemberi maklumat dan lain-lain untuk menggagalkan tugas penguatkuasaan undang-undang dan lain-lain oleh pihak berkuasa:Tatabahasa04.10.2007
Salam, Boleh saya tahu perbezaan maksud 'perantara' dan 'pengantara' serta konteks penggunaan kedua-duanya? Terima kasih.
Menurut data kami, perkataan perantara membawa maksud orang tengah, peng­hubung (dalam perundingan dan lain-lain): dia hanya berlaku sebagai ~ dalam perselisihan saya dengan Leman. (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala pengantara bermaksud  1. perihal mengantarai (ber­tindak sebagai orang tengah): dalam pertikaian antara Malaysia dgn Indonesia diminta ~ dari negeri Siam; 2. penghubung (antara dua orang dan lain-lain): saya kirim surat ini dengan ~ kawan saya; 3. = dengan ~ dengan jalan, melalui: kursus itu diberikan dengan ~ radio; 4. ark hubungan (pertalian, pergaulan): ~ dgn majikannya sudah kurang baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)Sehubungan dengan itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana membawa maksud hampir sama.
Makna12.08.2018
selamat sejahtera, saya ingin bertanya apa yang dimaksudkan dengan rujukan yang berwasit? sekian terima kasih.Rujukan yang berwasit bermakna sesuatu rujukan perkara yang dibuat dengan menggunakan orang tengah, pendamai dan seumpamanya. Walau bagaimanapun istilah ini bergantung pada bidang dan konteks.Makna13.07.2009
Adakah huruf “s” pada ayat “syarikat ABC Sdn Bhd” dieja menggunakan huruf besar? Perkataan ini digunakan di tengah-tengah ayat. Adakah huruf “k” pada ayat “kilang ABC Sdn Bhd” dieja menggunakan huruf besar? Perkataan ini digunakan di tengah-tengah ayat.

Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 96 kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar walaupun kedudukannya di tengah-tengah ayat, manakala kata nama am ditulis dengan huruf kecil.

Perkataan “syarikat” ialah kata nama am. Oleh itu, huruf “s” ditulis dengan huruf kecil. Namun sekiranya nama perniagaan/organisasi itu ialah “Syarikat ABC Sdn. Bhd.” yang merujuk kepada kata nama khas, huruf “S” ditulis dengan huruf besar.

Begitu juga dengan kilang ABC Sdn. Bhd. Perkataan “kilang” ialah kata nama am. Oleh itu, huruf “k” ditulis dengan huruf kecil. Namun sekiranya nama perniagaan/organisasi itu ialah “Kilang ABC Sdn. Bhd.” yang merujuk kepada kata nama khas, huruf “K” ditulis dengan huruf besar.

Tatabahasa02.02.2024
1. apakah penjodoh bilangan yang sesuai bagi 'orang-orang' yang digunakan di tengah-tengah sawah? 2. apakah perbezaan penggunaan perkataan 'ramai' dan 'banyak', perkataan manakah yang sesuai digunakan untuk menunjukkan bilangan orang?1. Orang-orang merujuk kepada sesuatu yang dibuat seperti orang atau patung. penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebuah.

2. Banyak boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia, manakala ramai hanya digunakan untuk manusia sahaja. Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan.

3. Banyak orang.

Lain-lain06.08.2011
saya keliru dengan pengunaan perkataan orang. adakah perkataan orang sudah menunjukkan bilangan yang banyak seperti masyarakat? adakah perkataan orang boleh digandakan? yang mana tepat rumah orang-orang tua atau rumah orang tua-tua?

Perkataan orang tidak menunjukkan bilangan yang banyak seperti masyarakat. Perkataan orang boleh digandakan tetapi tidak digalakkan kerana ia mempunyai makna kedua, iaitu orang-orang/orang-orangan yang bermaksud patung yang berupa orang yang diletakkan di tengah sawah untuk menakutkan burung. Istilah yang tepat ialah rumah orang-orang tua ataupun  boleh juga digunakan rumah orang tua.  

Istilah24.02.2010
Bolehkah perkataan "orang-orang" digunakan untuk menunjukkan makna ramai orang?Dari segi tatabahasa, kata "orang" tidak perlu digandakan kerana "orang" boleh membawa maksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Orang-orang/orang-orangan yang bermaksud patung yang berupa orang yang diletakkan di tengah sawah untuk menakutkan burung.Tatabahasa13.05.2014
Saya ingin menyoal berkenaan penggunaan perkataan 'orang-orang' dalam bahasa Melayu. Adakah perkataan tersebut sah digunakan sebagai kata jamak ataupun perkataan tersebut hanya merujuk kepada patung yang diletakkan di tengah sawah? Perkataan tersebut tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tetapi saya mendapatinya dalam satu entri Kamus Pelajar Edisi Kedua.Kata "orang" tidak perlu digandakan kerana "orang" boleh membawa maksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Orang-orang/orang-orangan yang bermaksud patung yang berupa orang yang diletakkan di tengah sawah untuk menakutkan burung.Makna03.12.2013
mohon semak ayat di bawah. tq 1. ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibu akibat dilanggar kereta.kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan. 2.hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucibng yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang berlalu-lalang.Salam sejahtera,
 Ayat yang betul:


1. Ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibunya akibat dilanggar kereta. Kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan.

2. Hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucing yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang yang lalu-lalang.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa05.12.2018
12345

Kembali ke atas