Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[or.bit] | اوربيت

Definisi : (Fiz) 1. laluan yg diikuti oleh sesuatu planet, satelit, dsb dlm pergerakannya menge­lilingi jasad cakerawala yg lain di bawah pengaruh graviti; ~ rendah orbit yg biasanya bulat, altitudnya kurang drpd 1000 km dan tempoh bergerak dlm orbit kira-kira 90 minit; 2. laluan elektron mengelilingi nukleus atom; mengorbit 1. bergerak mengikut peredaran orbit: tempoh ~ kira-kira 90 minit; 2. ki men­cari jalan memburu kejayaan (nama) dlm bidang tertentu: manusia hanya sekadar makhluk tidak bererti yg ~ dlm dunia yg maha luas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[or.bit] | اوربيت

Definisi : jalan yg diikuti oleh planet dlm peredarannya mengelilingi planet lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
orbit (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan litaran, laluan, jalan, kitaran, pusingan, putaran.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORBIT

Orbit ialah laluan objek semula jadi atau objek

buatan yang bergerak di bawah suatu daya pusat.

Dalam bidang astronomi, istilah orbit merujuk

secara khusus kepada laluan sebarang objek yang

pergerakannya dikawal oleh tarikan graviti objek

lain. Ahli astronomi menamakan salah satu

daripada dua objek yang lebih berjisim itu

sebagai primer , dan objek yang kurang berjisim

itu sebagai sekunder . Bulan, umpamanya, ialah

sekunder dan berpusing mengelilingi primernya,

bumi. Bumi, sebaliknya ialah sekunder yang

bergerak mengelilingi primernya, matahari. Kapal

angkasa menjadi sekunder kepada bumi atau

planet lain, atau sekunder kepada bulan atau

matahari.

UMUM 
ORBITAL ATOMOrbit dan orbital merupakan dua istilah yang berbeza. Orbit merujuk kepada laluan yang dilalui oleh elektron yang mengelilingi nukleus sesuatu atom, manakala orbital merujuk kepada ruang kawasan di sekitar nukleus atom.KIMIAKonsep
APOGI

Apogi lihat Orbit.

UMUM 
TELESKOP ANGKASA LEPAS HUBBLE

Teleskop Angkasa Lepas Hubble ialah

teleskop pemantul yang dibina sebagai balai cerap

dalam orbit. Cermin pengumpul cahayanya yang

utama mempunyai diameter 240 sentimeter. Agensi

angkasa lepas Amerika Syarikat, The National

Aeronautics and Space Administration (NASA), telah

melancarkan teleskop ini di atas kapal bolak-balik

angkasa lepas pada bulan April 1990. Teleskop ini

dinamakan sempena nama ahli astronomi Amerika,

Edwin P. Hubble (lihat Hubble, Edwin Powell) .

UMUM 
KOMET

Komet ialah jasad berais yang biasanya bergerak

di sekeliling matahari mengikut orbit yang

panjang, bujur.

UMUM 
SINKROTRON

Sinkrotron ialah alat yang memecut elektron

dan proton kepada tenaga tinggi. Ia adalah

sejenis pemecut zarah yang menyebabkan zarah

bergerak dalam orbit bulat (lihat Pemecut zarah).

Ahli fizik menggunakan sinkrotron untuk

mengkaji struktur dan daya nukleus atom.

UMUM 
MULLIKEN, ROBERT SANDERSON

Mulliken, Robert Sanderson (1896–1986)

ialah ahli kimia Amerika, yang menerima Hadiah

Nobel tahun 1966 untuk kimia. Dia menerima

hadiah tersebut kerana teori molekul-orbit yang

dikemukakan pada tahun 1928. Teori ini

menerangkan bagaimana atom berpadu untuk

membentuk molekul.

UMUM 
NEPTUN

Neptun ialah salah sebuah daripada dua buah

planet yang tidak boleh dilihat tanpa menggunakan

teleskop. Neptun terletak kira-kira 30 kali ganda

jauh dari matahari berbanding dengan bumi ke

matahari. Pluto ialah satu-satunya planet yang

terletak lebih jauh dari matahari. Tetapi pada setiap

248 tahun, Pluto beredar ke dalam orbit Neptun

untuk jangka masa selama 20 tahun, dan ketika itu

ia terletak lebih dekat dengan matahari berbanding

Neptun. Pluto merentasi orbit Neptun pada

23 Januari 1979 dan akan berada di situ sehingga

15 Mac 1999.

UMUM 
PERISAI HABA

Perisai haba ialah penutup pada kon muncung

kapal angkasa atau roket. Ia melindungi

angkasawan dan peralatan daripada haba yang

amat panas yang dikeluarkan semasa penerbangan

kelajuan tinggi melalui atmosfera. Pemanasan

demikian berlaku apabila kapal angkasa turun dari

orbit bumi. Atom dan molekul udara menjana haba

melalui geseran terhadap permukaan kapal

angkasa.

UMUM 
SOLSTIS

Solstis ialah satu daripada dua ketika yang berlaku

setiap tahun apabila matahari berada pada

kedudukan paling utara atau paling selatan.

Matahari muncul tepat di atas kepala di garisan

lintang yang berubah-ubah sepanjang tahun

disebabkan oleh kecondongan paksi putaran bumi.

Paksi itu condong pada sudut 2327 dari satah orbit

bumi yang mengelilingi matahari. Solstis musim

panas berlaku apabila matahari tiba di titik paling

utara, iaitu tepat di atas kepala di Garisan Sartan

(garisan lintang 2327 utara). Sewaktu solstis musim

sejuk pula, matahari muncul pada kedudukan yang

paling selatan, iaitu tepat di atas kepala di Garisan

Jadi (garis lintang 2327 selatan).

UMUM 

Kembali ke atas