Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[or.bi.tal] | اوربيتل

Definisi : (Fiz) kawasan di sekitar nukleus sesuatu atom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata orbital


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hybridized orbitalorbital hibridFarmasiTiadaSuatu orbital elektron yang terhasil daripada percampuran orbital-orbital atom individu, contohnya, percampuran satu orbital s dan tiga orbital p menghasilkan penghibridan sp3 bergeometri tethedral yang penting kepada kimia karbon dan nitrogen, pencampuran dua orbital d, satu s dan tiga orbital p menghasilkan penghibridan d2sp3 bergeometri oktahedral penting bagi kompleks logam kovalen, pencampuran satu s dan dua orbital p menghasilkan penghibridan d2sp3 bergeometri oktahedral penting bagi kompleks logam kovalen, pencampuran satu s dan dua orbital p menghasilkan penghibridan sp2 bergeometri trigonal sesatah penting dalam etilena, dan pencampuran satu s dan satu p menghasilkan penghibridan sp bergeometri linear seperti laluan asetilena.
molecular orbitalorbital molekulKimiaTiadaOrbital di sekeliling nukleus di dalam molekul yang terbentuk daripada pertindihan orbital-orbital atomnya. Pertindihan orbital ini membentuk ikatan antara atom.
molecular orbitalorbital molekulFarmasiTiadaOrbital yang terhasil daripada pertindihan orbital-orbital atom daripada dua atom untuk menghasilkan ikatan kovalen.
antibonding orbitalorbital pengantiikatanKimiaTiadaOrbital molekul yang mempunyai tenaga yang lebih tinggi daripada orbital atom yang menerbitkannya. Dalam kes ini, tiada elektron pada kawasan di antara dua nukleus, dengan itu penolakan nukleus-nukleus meningkatkan tenaga orbital. Orbital ini diberikan tanda *, misalnya, s*, p*.
bonding orbitalorbital pengikatanKimiaTiadaOrbital molekul yang mempunyai tenaga yang lebih rendah daripada orbital atom yang menerbitkannya. Dalam pembentukan ikatan, elektron dimasukkan ke dalam orbital pengikatan dahulu. Pertindihan dua orbital atom menghasilkan satu orbital pengikatan dan satu orbital pengantiikatan.
hybrid atomic orbitalorbital atom hibridKimiaTiadaOrbital atom yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih orbital dengan nombor kuantum n yang sama. Bilangan orbital setara yang terbentuk bergantung pada bilangan orbital yang terlibat. Misalnya, atom karbon mempunyai satu orbital 2s dan tiga orbital 2p dan ini mungkin membentuk empat orbital hibrid sp3 yang setara seperti dalam metana yang setiap satu karbon mengarah ke sudut tetrahedron sebatian tersebut, dengan sudut 109.5°. Contoh lain orbital atom hibrid ialah sp, sp2, sp3d dan sp3d2.
electron shellpetala elektronKimiaTiadaOrbital-orbital yang mempunyai nilai nombor kuantum utama yang sama.
hybrid orbitalorbital hibridKimiaTiadaOrbital yang terhasil daripada percampuran orbital atom yang berlainan jenis.
antibonding orbitalorbital pengantiikatanFizikTiadaOrbital molekul yang mempunyai tenaga yang lebih tinggi daripada orbital atom yang menerbitkannya.
antibonding orbitalorbital pengantiikatanKimiaTiadaOrbital molekul yang mempunyai tenaga yang lebih tinggi daripada orbital atom yang menerbitkannya.
12345678910...

Kembali ke atas