Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[or.di.nan] | اوردينن

Definisi : perintah, peraturan, statut, dsb oleh se­suatu pihak berkuasa, undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ordinan (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan akta, undang-undang, undang-undang kecil, enakmen, kanun, statut, peraturan, perintah, edik.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORDINAN BARAT LAUT

Ordinan Barat Laut, diluluskan oleh Kongres

Amerika Syarikat pada 13 Julai 1787, merupakan

satu daripada undang-undang paling penting yang

pernah dipakai. Ordinan ini disediakan untuk

kerajaan kawasan utara Sungai Ohio dan barat

Pennsylvania di Amerika Syarikat, yang

kemudiannya dinamakan Wilayah Barat Laut. Ia

menjadi model bagi semua wilayah yang

kemudiannya menyertai Kesatuan sebagai negeri-

negeri. Ordinan ini sebahagian besarnya

merupakan usaha Jeneral Nathan Dane, Rufus King,

dan Manasseh Cutler.

UMUM 
ORDINAN MAHKAMAH ANAK NEGERI

ORDINAN MAHKAMAH ANAK NEGERI, perundangan yang mengandungi peruntukan tentang pembentukan, bidang kuasa, keanggotaan dan tatacara kehakiman Mahkamah Anak Negeri di Sabah. Perundangan ini telah digubal dan diluluskan pada tahun 1953 pada masa pemerintahan British.

BUDAYAPenerbitan
KANUN

Kanun, dalam undang-undang, menggabungkan

semua undang-undang bagi subjek tertentu

dalam sesuatu statut atau ordinan.

UMUM 
MAHKAMAH PENGHULU

MAHKAMAH PENGHULU, mahkamah paling rendah dalam hierarki sistem kehakiman di Semenanjung Malaysia. Menurut Ordinan Mahkamah 1948, bidang kuasa Mahkamah Penghulu, sama ada dalam kes jenayah ataupun kes sivil sangat terhad. Bidang kuasa penghulu, tercatat dalam surat pelantikan penghulu itu.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
BANK NEGARA MALAYSIA

Bank Negara Malaysia, bank pusat Malaysia. Bank Negara Malaysia (BNM) ditubuhkan pada 26 Januari 1959 di bawah Ordinan Bank Negara 1958.

EKONOMI DAN PENGURUSANInstitusi/Organisasi
DARURAT

DARURAT (1948-1960), keadaan tidak aman yang diisytiharkan di Tanah Melayu setelah percubaan komunis menumbangkan pemerintahan British. Undang-undang mengisytiharkan Darurat di Tanah Melayu dibuat oleh kerajaan, iaitu selepas tiga orang Eropah dibunuh di Sungai Siput, Perak pada pertengahan bulan Jun 1948. Pada 18 Jun 1948, Ordinan Darurat telah dikuatkuasakan di Perak dan seterusnya di seluruh negara. Sementara itu, kejadian seperti rusuhan, pembakaran dan pembunuhan, terutamanya di estet, telah berlaku lebih awal. Strategi komunis ternyata telah melumpuhkan ekonomi negara.

   

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa

Kembali ke atas