Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[or.ga.ni.sa.si] | اورݢانيساسي

Definisi : kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm se­suatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan: ~ kaum wanita; ~ politik; berorganisasi mempunyai organisasi, ter­susun dgn baik dan rapi: kaum tani mulai ~ dlm gerakan pertahanan rakyat; kejayaan hidup berkeluarga bergantung pd kejayaan dirinya hidup ~; keganasan yg dilakukan secara ~; mengorganisasikan mengatur dlm organi­sasi, menyusun menjadi kesatuan dsb yg ter­atur: ~ badan politik; pengorganisasian perihal (proses) meng­orga­ni­sasikan sesuatu: institusi itu menitik­beratkan ~ ilmu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[or.ga.ni.sa.si] | اورݢانيساسي

Definisi : kesatuan (susunan) ber­bagai-bagai bahagian (orang dsb) yg bersistem dlm sesuatu pertubuhan atau perbadanan, dan mempunyai tujua­n tertentu. mengorganisasikan menyu­sun dan mengurus berbagai-bagai bahagian (orang dsb) sehingga men­jadi sebuah organisasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
organisasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pertubuhan, perbadanan, persatuan, persekutuan, kesatuan, kumpulan, badan, agensi, jabatan, gabungan, lembaga, syarikat, yayasan, firma, institut, konsortium, kelab, parti, sindiket.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
organisational culturebudaya organisasiPentadbiranTiadaPengamalan nilai-nilai kerja dan hubungan yang wujud dalam sesebuah organisasi. Budaya berbeza antara organisasi dengan organisasi yang lain berdasarkan saiz organisasi, bilangan kakitangan yang ada, bentuk kerja, persekitaran di mana organisasi itu berada dan kekuatan hubungan kemanusiaan yang wujud dalam organisasi tersebut. Impak budaya organisasi akan menyebabkan kekukuhan dan keruntuhan organisasi bergantung kepada kebijaksanaan pihak pengurusan atasan mengurus dan mentadbir organisasi. Contohnya, organisasi memutuskan untuk melaksanakan Hari Keluarga sebagai satu program wajib tahunan untuk kakitangan, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, uniform kakitangan atau berkaitan ganjaran bonus tahunan untuk kakitangan cemerlang.
organisation theoryteori organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

 Gullick (1937), telah menggariskan tiga komponen penting yang terkandung dalam teori ini, iaitu pembahagian kerja, koordinasi kerja dan corak organisasi. Teori ini boleh diklasifikasikan kepada organisasi formal dan tidak formal. Organisasi formal adalah organisasi yang bersistematik, berstruktur, bervisi, bermisi, berobjektif dan bermatlamat. Para sarjana merujuk organisasi formal sebagai organisasi kerja, tanpa mengira bentuk, saiz, struktur atau jenis organisasi. Organisasi jenis ini juga berteraskan kepada kuasa, pangkat, peranan dan tanggungjawab yang diagihkan mengikut kesesuaian dan kelayakan. Organisasi formal  mempunyai tingkat hierarki yang jelas membezakan antara majikan dengan pekerja, melalui hierarki yang ditunjukkan dalam carta dan struktur organisasi. Manakala organisasi tidak formal menjurus kepada pembentukan kumpulan manusia. Mereka membentuk kumpulan atau kelompok untuk bersosial dan mempertingkatkan kualiti kehidupan. Contohnya, kumpulan dalam masyarakat kampung, kumpulan riadah dan rakan sekerja.

organisational ethicsetika organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

Amalan atau budaya kerja yang dilaksanakan dalam sesebuah organisasi berdasarkan tatacara yang mempunyai nilai-nilai murni. Antara unsur penting dalam etika organisasi termasuklah menepati waktu, bertanggungjawab, sopan santun, berbudi bahasa, telus, ikhlas dalam menjalankan tugas, mematuhi arahan dan memelihara keselamatan dan kepentingan harta organisasi. Persekitaran organisasi biasanya memainkan peranan penting dalam membentuk etika organisasi selain daripada peraturan organisasi, sikap pihak pengurusan atasan dan bentuk kerja atau tanggungjawab kakitangan. Etika berbeza dari sebuah organisasi dengan sebuah organisasi yang lain, misalnya, terdapat organisasi yang membenarkan kakitangannya berpakaian singkat atau mendedahkan dengan hasrat menonjolkan imej moden organisasi tersebut, manakala organisasi tertentu khasnya organisasi awam mempunyai etika tersendiri yang berasaskan adat dan budaya tempatan.

organisational valuenilai organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

 Sifat ketinggian yang menjadi panduan atau sempadan dalam perlakuan dan tindakan sesebuah organisasi. Nilai organisasi merangkumi kecekapan, ketelusan, akauntabiliti, komunikasi yang baik, kelancaran dan kejujuran. Nilai organisasi biasanya selari dengan matlamat serta misi organisasi yang secara tidak langsung menggambarkan kerangka kepimpinan organisasi tersebut. Nilai organisasi menentukan perlakuan yang diterima dan menjadi budaya kerja. Tanpa nilai ini, individu boleh bertindak secara bertentangan dan seterusnya memberi imej yang negatif.

internal communicationkomunikasi dalamanKomunikasiKorporatSistem dan proses komunikasi dalam sesebuah organisasi. Setiap organisasi mempunyai sistem dan kaedah pengurusan komunikasi tertentu yang diwujudkan khusus untuk memenuhi keperluan organisasi berkenaan. Sistem komunikasi dalaman berlaku apabila wujudnya perkaitan antara komponen dengan subkomponen dalam organisasi yang disusun atur mengikut keperluan untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi. Rangkaian komunikasi yang diwujudkan bersifat dinamik dan proaktif, serta dapat bertindak balas dengan perubahan persekitaran sama ada di dalam atau di luar organisasi. Rangkaian komunikasi dalaman berfungsi untuk mewujudkan kecekapan dan keberkesanan proses penyaluran mesej sama ada secara menegak atau mendatar. Pelbagai alat komunikasi dalaman diwujudkan dan disesuaikan dengan keperluan sesebuah organisasi. Antara kaedah komunikasi dalaman adalah menyediakan ruang bagi memudahkan berlakunya proses komunikasi antara bahagian dengan individu dalam sesebuah organisasi. Komunikasi dalaman ini dapat dilakukan secara berkesan melalui perbincangan, penggunaan, kemudahan komunikasi interaktif elektronik (Internet, intranet, interkom , papan elektronik), sistem penghantaran surat yang cekap dan papan kenyataan di tempat strategik, serta pengurangan birokrasi dan jurang komunikasi antara pihak pengurusan tinggi dengan kumpulan hadapan.
international organizationorganisasi antarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaOrganisasi ini merupakan salah satu komponen dalam sistem antarabangsa. Keanggotaan sesebuah organisasi tersebut melampaui sempadan negara. Organisasi ini mula wujud pada kurun ke-19 dengan kewujudan negara bangsa sebagai anggotanya. Organisasi tersebut terbahagi kepada Organisasi Antara Kerajaan (IGO ) dan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO s atau INGO s). IGO mempunyai anggota yang terdiri daripada negara seperti PBB, Komanwel, OPEC dan ASEAN, manakala anggota NGOs pula terdiri daripada bukan negara yang terbahagi kepada pertubuhan yang berasaskan keuntungan dan bukan berasaskan keuntungan. Antara sifat IGO dan NGO s yang bukan berasaskan keuntungan ialah organisasinya yang kekal menjalankan fungsinya secara berterusan, keanggotaan secara sukarela, mempunyai matlamat dan struktur tertentu dan sekretariat yang kekal meneruskan hal pentadbiran dan penyelidikan. Selain itu, IGO mempunyai sifat tambahan, iaitu ditubuhkan melalui perjanjian dan beroperasi secara persetujuan dan kerjasama oleh anggotanya bagi memastikan kedaulatan negara anggotanya tidak terjejas.
organisational environmentpersekitaran organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

 Suasana, keadaan atau elemen tertentu yang mempunyai kecenderungan yang kuat untuk mempengaruhi sesuatu perkara di dalam organisasi. Persekitaran organisasi biasanya berkait rapat dengan budaya kerja, bentuk hubungan antara ahli organisasi, etika dan amalan kerja, suasana organisasi yang kondusif, infrastruktur dan kedudukan ekonomi. Kewujudan persekitaran organisasi banyak bergantung kepada daya kreativiti pihak pengurusan mengurus tadbir dengan kerjasama kakitangan yang berpengetahuan, berkemahiran dan memahami tugas serta tanggungjawab. Bentuk persekitaran dalaman dan luaran mempengaruhi kelangsungan organisasi tersebut. 

organisational supportsokongan organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

 Tindakan dan usaha yang dilaksanakan oleh pihak pentadbiran dan pengurusan atasan untuk menjamin kelangsungan serta kelancaran sistem pentadbiran sesebuah organisasi. Sokongan organisasi boleh dilihat dalam pelbagai bentuk, seperti sumber tenaga manusia yang mahir dan terlatih, kedudukan dan kekukuhan sumber modal, kelengkapan infrastruktur organisasi, bahan mentah atau material. Di samping itu, sokongan organisasi turut merangkumi bantuan sistem fail, pegawai pembantu atau pembantu penyelidik, fotokopi, mesin menjawab telefon, usaha mempertingkatkan dana, kemudahan internet, reka bentuk grafik, bilik sumber atau perpustakaan. Kemantapan dan kekuatan sokongan organisasi secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan kecekapan sesebuah organisasi. 

intergrated marketing communications (IMC)komunikasi pemasaran bersepaduKomunikasiKorporatProses seranta bagi tujuan mempromosi organisasi, barangan, atau perkhidmatan. Proses tersebut dilaksanakan secara strategik melibatkan pengintegrasian beberapa bahagian dalam organisasi atau antara organisasi. Contoh pengintegrasian dalam organisasi ialah pengintegrasian antara jabatan perhubungan awam, pemasaran, dan jualan. Pengintegrasian antara organisasi pula ialah kerjasama atau perkongsian kepakaran atau sumber dalam penganjuran sesuatu acara pemasaran seperti pameran dagang dan kempen jualan besar-besaran. Antara unsur yang berintegrasi tersebut melibatkan kepakaran hubungan media, pameran pengurusan acara, dan pemasaran. Sinonim kempen promosi pemasaran, komunikasi pemasaran gabungan, gabungan pemasaran.
organisational leadershipkepimpinan organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

Cara atau gaya bagaimana sesebuah organisasi diurus, ditadbir dan dikawalselia dalam sesebuah organisasi. Kebolehan merancang, merencana, melaksana, menyelaras, mengawal dan menilai adalah ciri utama kepimpinan organisasi. Dari sini konsep kepemimpinan itu dinilai dan diukur sama ada seseorang individu itu mampu atau sebaliknya menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Kesan daripada kepemimpinan yang cekap dan efisien, akan menyebabkan sesebuah organisasi mampu bertahan dalam tempoh jangkamasa yang panjang. Kepimpinan organisasi ini berbeza dengan kepimpinan politik atau kepimpinan desa. Pengaruh peribadi amat terbatas, sebaliknya pengaruh organisasi yang dipimpinnya sama ada syarikat perniagaan, badan korporat, organisasi antarabangsa dan badan kebajikan yang mempengaruhi cara ia melaksanakan kerja, memberi arahan dan menentukan kepentingan yang utama. Sinonim kepemimpinan organisasi

12345678910...

Kembali ke atas